|
|
|
Artikel
Ilmiah Lain |
|
Tahap Pencapaian
Matematik Malaysia dalam Kajian TIMMS |
|
Bagaimana
interaksi sosial mampu membina dan memperkembangkan pengetahuan
matematik |
|
Bagaimana Kanak-kanak
belajar Matematik |
|
|
|
|
|
|
|
ABSTRAK
|
| |
Tujuan kajian ini
ialah untuk meninjau amalan Pembelajaran Koperatif (PK) oleh
guru-guru matematik sekolah rendah daerah Kuala Terengganu
berdasarkan kekerapan aktiviti PK, masalah pengurusan bilik darjah,
persediaan dari segi pengetahuan dan kemahiran PK, persepsi
guru-guru tentang PK, minat dan penglibatan pelajar terhadap PK (daripada
perspektif guru) dan minat guru-guru terhadap PK. Perkaitan amalan
PK dengan lokasi sekolah, jantina guru dan pengalaman mengajar juga
ditentukan. Seramai 70 orang responden terlibat dan alat kajian
digunakan ialah instrumen amalan PK oleh guru-guru. Data dianalisis
secara deskriptif peratus dan ujian khi kuasadua, didapati hasilnya
ialah guru-guru berminat dan yakin menggunakan amalan PK semasa
mengajar matematik tetapi kekerapan aktiviti adalah tidak memuaskan.
Analisis juga mendapati tiada perkaitan amalan PK antara lokasi
sekolah, jantina guru dan pengalaman mengajar guru.
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
Search GOOGLE untuk pelbagai artikel
mengenai pembelajaran koperatif
di sini.
|
|
|
| |
|
PENGENALAN
Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar
meningkatkan minat dan kecenderungan mereka kearah pelajaran.
Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu
masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina
(Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil
langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini
termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan
pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan
kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan
boleh belajar melalui pengalaman sendiri.
...Amalan
pembelajaran berpusatkan pelajar misalnya
menggunakan pendekatan belajar secara berkumpulan
memberi peluang murid-murid berinteraksi antara satu
sama lain dan boleh belajar melali pengalaman
sendiri... 
Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses
pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai
dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang
sebegitu rupa supaya berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 1994). Semasa
pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi
pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani),
bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran
berkomunikasi (sosial). Justeru itu adalah diharapkan apabila
pelajar-pelajar yang keluar dari bangku sekolah nanti, mereka akan
mencerminkan diri mereka sebagai insan yang menyeluruh dan bersepadu
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran
matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan
sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru
membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan
aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan
masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan
pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk
semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan
kemahiran sosial (Buku Panduan KBSR, 1982).

Permainan matematik
adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berpusat
kepada murid. Permainan matematik menggunakan kad
adalah yang berkesan untuk diamalkan di dalam bilik
darjah.
My Rummy adalah salah satu permainan matematik
yang dirumus khas untuk pembelajaran matematik pada
peringkat sekolah rendah yang telah disusun mengikut
tahap kebolehan kumpulan murid.
Pengajaran dan
pembelajaran matematik dengan kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan
pelbagai strategi. Satu daripada strategi adalah melalui amalan
Pembelajaran Koperatif (PK).
Latar Belakang Kajian
Negara Malaysia kini memerlukan lebih
banyak pakar dalam bidang sains dan teknologi. Bidang ini memerlukan
mereka yang berkebolehan mengasimilasi dan mentafsir maklumat secara
matematik dan statistik. Ini bermakna matematik adalah merupakan
satu mata pelajaran yang sangat penting dalam era menuju kemajuan
sains dan teknologi di samping kehidupan harian dalam ‘survival’
manusia sejagat hari ini. Matematik boleh dikatakan kunci kepada
peluang pekerjaan dan karier di mana kebolehan menyelesaian masalah
dalam matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam
era teknologi terkini.
Pembelajaran matematik KBSR (1993)
dirancang supaya mencapai matlamat iaitu untuk meningkatkan
pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar terhadap matematik.
Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara
berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang
mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif
dalam kerjaya mereka. Mata pelajaran matematik telah dijadikan mata
pelajaran teras di semua peringkat persekolahan. Bagaimanapun
pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut
tidaklah begitu menggalakkan. Ini mungkin ada kaitan dengan
pendekatan pengajaran oleh guru-guru itu sendiri. Menurut Byres
(1993), kaedah pengajaran hanya mementingkan pelajar menurut sahaja
apa yang disampaikan oleh guru. Proses pembelajaran adalah berbentuk
pasif dimana guru menyampaikan pengetahuan dan pelajar menerima dan
berusaha mengingati kebanyakan ilmu itu. Peranan guru dalam bilik
darjah tidak lebih daripada menyuruh pelajar menggunakan
langkah-langkah yang diajar oleh mereka, seterusnya mengikuti
apabila menjawab soalan peperiksaan nanti. Hasilnya ramai pelajar
yang gagal, benci dan takut kepada mata pelajaran ini.
Kaedah pembelajaran sekarang
masih tidak melibatkan murid semasa proses pembelajaran
di bilik darjah. Guru perlu merancang dan memilih
kaedah
pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran matematik berlaku dalam
keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar
bersungguh-sungguh.
Satu perkara yang menjadi
kebimbangan yang serius di negara kita hari ini ialah kesedaran
bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik boleh dikatakan sangat
tidak menggalakkan kerana kebanyakan guru matematik tidak melibatkan
pelajar semasa proses pembelajaran di bilik darjah, yang seterusnya
mencetuskan satu kebimbangan lain yang lebih cemas terutama dalam
menghadapi era Wawasan 2020 nanti. Ini seterusnya menjadi pertanyaan
bagaimana pelajar-pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik yang
berkaitan dengan kehidupan harian selepas meninggalkan sekolah
sekiranya mempunyai sedikit ilmu matematik. Menyedari hakikat ini,
maka sewajarnya guru-guru matematik di sekolah memilih pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar.
Noraini (1994) menyatakan di antara faktor-faktor yang boleh menarik
dan merangsangkan minat seseorang kepada sesuatu perkara iaitu:
 |
Pendengar
atau pengguna sedar atau tahu bahawa perkara atau benda itu
berguna atau berfungsi kepadanya. |
 |
Ia disampaikan atau dipersembahkan
kepadanya dengan cara dan gaya yang menarik. |
 |
Perkara atau benda itu indah,
mengembirakan dan menyeronokkan. |
Dengan cara ini mereka tidak akan
merasakan bahawa mereka berhadapan dengan peraturan yang menakutkan
bahkan mereka akan merasa seronok sewaktu proses pembelajaran
matematik. Justeru itu guru perlu merancang dan memilih kaedah
pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran matematik berlaku dalam
keadaan yang dapat merangsang minat dan tumpuan serta belajar
bersungguh-sungguh. Pendekatan yang menggalakkan pelajar-pelajar
belajar dan mencari ilmu sendiri perlu dipupuk di samping guru
sebagai pembimbing, membimbing supaya mereka lebih ekspresi kendiri
yang kreatif. Iklim bilik darjah pembelajaran matematik dibina
bertujuan memperkembangkan inovasi pelajar-pelajar supaya mempunyai
lokus kawalan dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah
dirinya sendiri dan standard yang hendak dicapai juga adalah relatif
kepada dirinya sendiri. Pemikiran kritikal dipupuk kerana proses
pembelajaran ialah induktif.
|
Pada asasnya Pembelajaran Koperatif
merupakan suatu kaeadah yang menggunakan pendekatan pembelajaran
berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan
penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian
masalah matematik. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu
serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada pelajar memperolehi
ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum
mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai
seorang guru, apa yang diperhatikan ialah guru-guru tidak gemar
mengajar secara kumpulan sebagaimana yang diharapkan. Kedudukan para
pelajar dalam bilik darjah, suasana sekitaran, kekangan masa dan
tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong guru-guru beralih
semula kepada kaedah pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut
Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar dalam kerja
kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru.
Interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial
pembelajaran yang paling berkesan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
:: Download Permainan My Rummy di
sini ::

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dipetik daripada rencana Amalan Pembelajaran Koperatif oleh
Guru-guru Matematik dalam Kertas Projek Sarjana Muda Azlan b.
Ibrahim. Sila rujuk laman web berikut untuk melihat artikel
asal: http://mpkt.edu.my/penyelidikan/mazlan02.htm
My Rummy adalah
permainan matematik yang boleh didapati dari laman web
http://www.my-rummy.com dan
merupakan permainan matematik sekolah rendah yang dicadangkan untuk
digunakan oleh guru-guru matamatik sebagai permainan matematik dalam
bilik darjah. Untuk mendapatkan permainan matematik ini, sila
hubungi sales@my-rummy.com
|
|
|
|
|
|