Pelan Lantai Ruang Tengah Bilik Tidur Utama
  Bilik Tidur II Bilik Tidur III Dapur
  Bilik Air I Bilik Air II Model Apartment
        ENGLISH
 
Apartment ini telahpun habis dijual.

Anda mencari apartment mampu milik yang berhampiran Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Serdang, Sepang & Cyberjaya?

Inilah peluang terakhir untuk anda  memiliki apartment paling berprestij yang dimajukan oleh TLS Group di kawasan hartanah bernilai tinggi!

LIHAT PROGRES TERKINI PEMBINAAN APARTMENT SRI IXORA!

Miliki apartment dengan binaan berkualiti tinggi serta mempunyai rekabentuk ruangan dalaman yang kontemporari...Temui segalanya di apartmen Sri Ixora!

FASA TERAKHIR DI TAMAN SEPAKAT INDAH II HABIS TERJUAL! PEGANGAN BEBAS - FREE HOLD!

Apartment Sri Ixora merupakan satu lagi pembangunan hartanah yang berprestij oleh TLS Group. Apartment Sri Ixora menawarkan kediaman gaya hotel eksklusif dengan rekabentuk dalaman yang sungguh menawan.

Dengan keluasan sebesar 1028 kakipersegi  dan ketinggian ekstra 10.5 kaki dari lantai, Apartment Sri Ixora menjanjikan lebih ruang untuk keselesaan minda anda.  Tambahan pula kedudukannya di lokasi hartanah strategik menjadikan Sri Ixora suatu pelaburan yang amat bernilai buat anda.

Bacalah coretan saya mengenai apartment pilihan ramai ini! Anda pasti tertarik!

Nota: SRI IXORA adalah projek TLS HOLDINGS

Apartment Sri Ixora

Lebih 80% pembeli adalah bumiputera!

Ingin menjual apartment anda?

Khas untuk pembeli apartment SRI iXORA, Sri Lavender, dan lain-lain apartment TLS di Taman Sepakat Indah, iklankan apartment anda disini jika anda berhasrat untuk menjualnya kepada mereka yang berminat!

Jual apartment anda sekarang!

Projek Apartment Terkini!

Jadilah yang terawal untuk mengetahui projek pembangunan hartanah jenis apartment oleh TLS di Taman Sepakat Indah! Pembinaan akan bermula pada awal 2010! Sila layari laman Pearl Avenue Apartments atau hantarkan alamat emel anda kepada mohd_azeri@yahoo.com atau SMS kan emel anda ke talian 019-676 0020 sekarang!

Web Links Monthly Progress Apartment Sri Ixora TLS Holdings Apartment untuk di jual Joomla Lawat Klang!  
Ketahui #5 faktor mengapa anda perlu memilih Apartment Sri Ixora...
   

Assalamulaikum dan selamat datang ke laman web Sri IXORA! Saya adalah pembeli unit apartment Sri Lavender, iaitu salah satu projek aparment oleh Kumpulan TLS yang berjiran dengan Apartment Sri Ixora nanti.

Dalam laman web ini, saya akan menerangkan kepada anda mengenai Apartment Sri Ixora yang baru sahaja dilancarkan penjualannya pada Mei 2008 yang lalu. Maklumat tentang persekitaran kawasan ini juga saya paparkan untuk anda menilai sama ada anda serasi atau tidak untuk menjadi komuniti Taman Sepakat Indah 2 itu nanti.

   
 

Apartment Sri Ixora boleh dikatakan 'hangat' jualannya kerana ini adalah apartment fasa terakhir di Taman Sepakat Indah. Tidak akan ada lagi Taman Sepakat Indah 3 atau 4 dan lain-lain lagi!

Tahukah anda, Apartment Sri Ixora hanya 15-20 minit untuk tiba ke Pusat Pentadbiran Putrajaya? Menjimatkan masa dan minyak kereta anda untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja! Ramai kakitangan kerajaan di Putrajaya telahpun memiliki hartanah TLS Group di Taman Sepakat Indah 2 ini!

 

  Mohd Azeri Hairuddin, Mei 2009
  mohd_azeri@yahoo.com

 

 

 

Apa yang mengelilingi Taman Sepakat Indah 2 ini? Ya, Taman ini dilingkari Sungai Langat (sesuai juga untuk mereka yang suka memancing!) dan sebuah tasik yang terletak betul-betul di tepi apartment Sri Ixora. Jadi, tiada lagi kawasan untuk membina rumah atau bangunan! Inilah peluang terakhir anda yang berminat menetap di kawasan yang boleh saya sebut sebagai 'Pinggiran Bangi' kerana bersempadan dengan Seksyen 7 Bangi.

Sebagai salah seorang yang bakal menjadi komuniti di Taman Sepakat Indah 2 ini, saya berharap, laman web ini dapat memberi panduan kepada prospek yang ingin membeli apartment ini. Pihak pengurusan TLS sebelum ini telahpun mengadakan promosi di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai termasuklah di Alamanda Putrajaya, Tesco dan Giant Saujana Impian, dan model-model apartment Ixora ini pernah ditempatkan untuk tontonan umum di bank CIMB cawangan Kajang.

Pada ketika ini, unit yang available kepada pembeli akan bergantung kepada unit-unit apartment yang tidak dapat dibeli oleh pelanggan yang telah membuat tempahan atas sebab-sebab kewangan.

Relaks dan tenangkan fikiran anda sebelum membuat keputusan. Mungkin anda lebih bersedia untuk membuat keputusan setelah membaca semua maklumat dan melihat gambar-gambar yang ada di dalam laman web ini dan kemudian melawat sendiri apartment Sri Ixora itu nanti.

Oleh yang demikian, saya ucapkan selamat membaca dan terima kasih kerana melayari laman web saya! Wassalam.

Sri Ixora Apartment

FREE

Own dream home with only

RM1000

# FREE Kitchen Cabinet

# FREE Hood & Hob

# FREE Legal Fees for S&P Agreement

# FREE Disbursement for S&P Agreement

# FREE Legal Fees for Loan Agreement

# FREE Disbursement for Loan Agreement

# FREE One (1) Covered Carpark

# FREE Clubhouse Membership

# FREE 12-month Quit Rent

# FREE 12-month Fire Insurance

# FREE 3-month Maintenance Charges

# FREE 3-month Sinking Fund

# FREE Water & Electricity Deposit

# FREE Lump Sum Maintenance Deposit

# FREE Lump Sum Sinking Fund Deposit

# FREE Original Individual CF

# FREE Loan Application Service

 

APARTMENT KOS SEDERHANA

Apartment Sri Ixora adalah apartmen dalam kategori perumahan kos sederhana. Perumahan kos sederhana yang ditakrifkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah rumah dengan keluasan lantai 800 kps dan keatas dan berharga dari RM80,000.

Di Selangor, jualan perumahan kos sederhana sangat memberangsangkan memandangkan taraf hidup golongan sederhana adalah yang terbanyak di negara ini. Walaupun Sri Ixora adalah dalam kategori perumahan kos sederhana (dalam bentuk apartment) tetapi, Sri Ixora direkabentuk dengan ciri-ciri luxury sehinggakan anda merasakan yang anda sedang berada dalam sebuah bilik hotel mewah!

Gambar-gambar yang dipaparkan dalam laman web ini menunjukkan rekabentuk dan contoh set hiasan dalaman unit Apartmen Sri Ixora yang diberikan sentuhan hiasan kontemporari yang indah. Gambar ruang tamu di bawah ini   (yang merupakan ruang utama) diambil dari sudut pintu masuk apartment Sri Ixora.

  REKABENTUK BERKUALITI
 

 

 

Bahagian tengah dan ruang tamu adalah imej pertama yang anda dapat lihat sebaik sahaja melangkah masuk ke unit apartment Ixora ini. Very impressive! Ia juga bakal menjadi pandangan pertama tetamu-tetamu anda nanti.

Susun atur kelengkapan, perabot serta hiasan rumah yang sesuai gaya hidup moden akan menjadikan Sri Ixora begitu eksklusif. Penggunaan cermin dinding menjadikan apartment ini kelihatan lebih luas.

Apartment contoh Sri Ixora terletak di bangunan TLS Management Office, Sungai Chua, Kajang, sedia dilawati untuk membolehkan anda mengamati rekabentuk kontemporari ini. Sekali pandang, set hiasan dalaman apartmen Sri Ixora menggambarkan yang apartmen ini merupakan apartmen mewah. Namun, sebenarnya apartmen ini merupakan jenis apartmen kos sederhana yang mampu anda miliki! Itulah hakikatnya...

   
Contoh ruang tamu apartment contoh hiasan ruang tamu apartment

Ruang utama - bahagian tengah dan ruang tamu

Fokus: Ruang tamu dan balkoni

   

KEISTIMEWAAN APARTMENT SRI IXORA

   
Keluasan lantai 1028 kps dan ketinggian ekstra 10.5 k.
Tiga (3) bilik tidur dan dua (2) bilik air.
Dua (2) unit point pemanas air disediakan pada dua bilik air.
Mempunyai balcony untuk menghirup udara nyaman di luar apartment
   
Rekabentuk semi-D dengan konsep ‘Hidden Kitchen
Kabinet dapur beserta hood yang tersedia pasang dengan rekabentuk elegan.
Lantai dihamparkan dengan jubin 16-inci White Horse  meliputi ruang makan di tengah, ruang tamu dan kesemua bilik tidur.
Dinding dihiasi 'skirting' penuh.

   

BILIK TIDUR 1 - Master Bedroom

Bilik tidur utama adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas - bilik apartment contoh Oleh kerana bilik tidur utama mempunyai katil kelamin yang memang besar saiznya, anda perlu menyusun atur bilik ini agar ada ruang untuk anda bersolat dalam bilik nanti! Bilik tidur utama mempunyai sebuah bilik air yang luas serta dilengkapi dengan point pemanas air. Tingkap cermin (sliding window) membolehkan anda menimati pemandangan luar apartmen.

 

contoh bilik tidur utama apartment

 

Contoh Bilik Tidur Utama (Master Bedroom)

  BILIK TIDUR 2

Bilik tidur 2 cukup luas. Rajah di kanan menunjukkan bilik tidur 2 dalam apartment contoh. Ia mempunyai tingkap untuk tujuan pengudaraan  yang memperlihatkan pemandangan luar apartmen. Tiada bilik air disediakan di dalam bilik. Lantai menggunakan jubin White Horse dan dinding diliputi 'skirting' yang kemas.

   
gambar bilik tidur 2 apartment
 

Contoh Bilik Tidur 2 (di ruang tengah)

 

BILIK TIDUR 3

Rajah di kanan menunjukkan bilik tidur 3 dalam apartment contoh. Bilik tidur 3 juga luas dan mempunyai tingkap untuk tujuan pengudaraan  yang memperlihatkan ruang antara apartmen. Tiada bilik air disediakan di dalam bilik. Lantai menggunakan jubin White Horse dan dinding diliputi 'skirting' yang kemas.

gambar bilik tidur 3 apartment
  Contoh Bilik Tidur 3 (di ruang belakang)
 

KONSEP 'HIDDEN KITCHEN'

Apartment Sri Ixora mempunyai dapur yang berkonsepkan 'Hidden Kitchen'. Foto di sebelah menunjukkan kedudukan ruang dapur yang diambil dari pintu bilik tidur utama.

Anda tidak menyangka bahawa terdapat sebuah kawasan dapur yang cukup besar dan selesa dalam apartmen ini.

konsep hidden kitchen
  Konsep 'Hidden Kitchen'.
 

RUANG DAPUR

Ruang dapur Apartment Sri Ixora dilengkapi dengan kabinet dapur yang elegan. Foto di sebelah menunjukkan susun letak kabinet di ruang dapur dan peti sejuk disebelah kiri sekali. Kabinet dapur adalah aksesori yang diberikan secara percuma bagi pembelian setiap unit Apartment Sri Ixora. Aksesori lain seperti peti sejuk  tidak termauk dalam pakej ini.

Anda akan mendapati ruang dapur ini cukup luas untuk pergerakan si ibu bagi menyediakan makanan untuk anda sekeluarga. Daripada ruang dapur ini, anda boleh mengakses ke bahagian YARD (rujuk pelan lantai apartment ini) Lawatilah rumah contoh di Bangunan Pengurusan TLS Group untuk mengesahkannya!

gambar ruang dapur
  Ruang dapur yang luas dan elegan.

   
 

BILIK AIR 1

Apartment Sri Ixora dilengkapi dengan dua unit bilik air yang cukup luas dan selesa untuk anda mandi dan mengurus diri.

Selain mangkuk tandas, mangkuk cuci tangan juga mempunyai rekabentuk gaya hotel yang moden dan menarik. Ramai yang menyatakan bahawa mereka tertarik dengan rekabentuk bilik air seperti ini.

BILIK AIR 2

Bilik air 2 Apartment Sri Ixora lebih kecil sedikit daripada bilik air 1. Kelengkapan: Point pemanas air dan mangkuk cuci tangan rekabentuk moden. Jubin di dinding adalah setinggi 2 meter dari lantai, iaitu 0.5m lebih tinggi dari jubin apartment Sri Lavender yang dibina sebelum ini.

   
gambar bilik air master bedroom gambar bilik air

Rekabentuk Bilik air 1 di Master Bedroom

Rekabentuk Bilik air 2 berhampiran ruang dapur

 
Model Apartment Sri Ixora

Gambar di bawah (sebelah kiri) menunjukkan model Apartment Sri Ixora yang dipamerkan di bangunan pejabat Pengurusan TLS Group di Taman Sepakat Indah, Sungai Chua, Kajang. Untuk lebih jelas, lawatilah pejabat Pengurusan TLS Group di Taman Sepakat Indah I, Sungai Chua, Kajang.

 

Gambar di sebelah kanan pula adalah sudut pandangan lain bagi model apartment Sri Ixora yang diletakkan di cawangan CIMB Kajang. Kelihatan di antara 2 menara Ixora itu terdapatnya bangunan tempat letak kereta setinggi 5 tingkat dengan rekabentuk yang moden.

Model apartment (right view)

Model apartment (left view)

lake view apartment sri ixora
Pemandangan Sekitar

Di lokasi sebenar, Apartment Sri Ixora berhadapan dengan sebuah tasik yang hijau airnya. Bahagian apartment Sri Ixora yang mengadap ke tasik ini disebut  unit apartment Lake View. Bahagian apartment Sri Ixora yang mengadap ke taman dan landskap pula disebuat unit apartment Garden View. Harga unit apartment Lake View lebih mahal berbanding unit apartment Garden View.

Foto ini diambil daripada kawasan apartment PKNS yang berada di seberang tasik yang memisahkannya daripada Apartmen Sri Ixora. Tasik ini jika di uruskan oleh Pengurusan TLS pastinya akan memberikan suasana persekitaran yang indah dan damai di Apartment Sri Ixora. Dengan adanya tasik dan Sungai Langat mengelilingi apartment Sri Ixora ini, mereka yang gemar memancing bolehlah memancing di sini!

Daripada menara Apartment Sri Ixora, anda akan menikmati pemandangan keseluruhan kawasan Bangi, Reko Sentral dan sebahagian Kajang (terlindung dengan apartment Sri Lavender, Cempaka dan Dahlia).

 

Other Links Joomla Lawat Klang! CD belajar Bahasa Inggeris Mencari alat penjimatan petrol?

   

pelan lantai apartment sri ixora

 

PELAN LANTAI APARTMENT

Apartment Sri Ixora adalah kediaman yang mempunyai rekaletak yang moden dan praktikal untuk seisi rumah. Sri Ixora direkabentuk untuk memaksimumkan ruang dan keselesaan penghuninya.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan rekaletak apartmen ini seluas 1028 sqft.

Anda melangkah masuk ke dalam rumah di bahagian ENTRY. Beberapa langkah sahaja, anda akan memasuki ruang DINING untuk menikmati makanan yang terhidang di atas meja makan atau boleh juga terus ke ruang LIVING untuk berehat sambil membaca akhbar atau menonton siaran televisyen. Lebih daripada itu, anda akan terus menuju ke beranda dan melihat pemandangan luar apartmen.

Apabila melangkah masuk ke Bilik Tidur Utama, anda akan bertemu bilik air dahulu di sebelah kiri. Ia sama seperti rekabentuk bilik hotel.

Bilik tidur utama juga direkabentuk setentang dengan dapur yang terlindung. Ini memudahkan si ibu untuk mengakses ke ruangan tersebut.

Bilik Tidur 2 berjiran dengan Bilik Tidur 3 yang tentunya akan dikhaskan untuk anak-anak. Kedua-dua bilik tidur ini perlu berkongsi bilik BATH 2 iaitu bilik air.

Untuk meletakkan mesin mencuci pakaian, anda akan menggunakan ruang YARD yang berhampiran dengan KITCHEN. Ruang YARD mempunyai palang (grill).

   
Rekabentuk Kontemporari

Grafik di sebelah kanan memberikan gambaran tentang rekabentuk Apatment Sri Ixora dari pandangan luar. Ciri-cirinya yang nyata ialah:

Balkoni yang bergaya.

Rekabentuk bumbung atas yang moden dan kontemporari.
Kawasan taman dengan landskap menarik.
Pintu masuk lobi yang megah.
Kualiti cat ICI untuk dinding luar apartmen yang dijamin ketahanannya sehingga 5 tahun.
 

Setiap unit apartmen ini mempunyai berandanya sendiri. Ini membolehkan anda berehat di luar rumah bagi tujuan menenangkan fikiran ataupun menikmati pemandangan panorama kawasan sekitar Taman Sepakat Indah II ini meliputi kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang, Sungai Ramal dan Lebuhraya Silk yang menghala ke Kuala Lumpur dan Putrajaya.

modern top roof apartment

Rekabentuk moden Apartment Sri Ixora dan mempunyai balkoni.

Kemudahan Sekeliling

Apartment Sri Ixora dibangunkan berdekatan dengan bangunan Pengurusan Kumpulan TLS di Sungai Chua. Di kawasan bangunan Pengurusan TLS, terdapat sebuah Fitness Center yang menawarkan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan kelas pertama seperti berikut:

  • Swimming Pool

  • Wading Pool

  • Gymnasium

  •  Aerobic Studio

  • Cycling Studio

  • Wi-Fi

  • Sauna

  • Steam Room

 

tls fitness center

Gaya Hidup Sihat di Sri Ixora

TLS Fitness Center menawarkan yuran bulanan istimewa serendah RM68 bagi penghuni Apartment Sri Ixora yang berdaftar.

Untuk menggalakkan gaya hidup yang cergas dan sihat, TLS Fitness Center mengaturkan lebih 50 kelas seminggu. Antara program yang dijalankan di TLS Fitness Center adalah:

  • Yoga & pilates classes.

  • Line dancing, MTV dance class.

  • Energy Aerobic Classes

  • BodyStep, RPM Classes

 

Kehidupan Serba Moden di Apartment Sri Ixora

Apartment Sri Ixora menjanjikan kehidupan serba moden dan selamat kepada para penghuni di kediaman ini. Untuk tujuan tersebut, Apartment Sri Ixora menawarkan:

Sistem kad akses untuk tempat letak kereta (carpark) dan lobby entrance.

Kawalan keselamatan yang ketat 24 jam sehari dengan menggunakan SmartGuard Clocking System.

Terdapat Mini Market, surau untuk muslim, kedai dobi, dan tadika (kindergarden).

Penghuni apartment secara automatik mendapat Keahlian Privileged untuk TLS Fitness Center.

 

 

Lokasi Berprestij Apartment Sri Ixora

Sri Ixora terletak di kawasan yang berprestij dan berpotensi tinggi untuk maju dalam jangka masa terdekat.

Daripada apartment ini yang terletak di Taman Sepakat Indah 2, anda boleh mengakses ke pelbagai laluan antaranya:

Lebuhraya Cheras-Kajang
Lebuhraya Kajang Seremban (KASEH)
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
Lebuhraya Utara Selatan (FEDERAL)
Lebuhraya  Damansara Puchong (LDP)
Lebuhraya BESRAYA
   
Semua apartment TLS Group dapat dilihat dengan jelas daripada highway Kajang SILK. Jika anda melalui Kajang SILK menghala ke Tol Sungai Ramal, apartment dalam kawasan Taman Sepakat Indah 2 berada di sebelah kiri anda.

Bagi anda yang bekerja di Putrajaya, laluan dari apartment Sri Ixora ke Putrajaya melalui Kajang SILK tidak akan melalui plaza tol! Anda dapat jimat duit tol! Perjalanan ke Pusat Pentadbiran Putrajaya 15 minit sahaja!

   
TLS Management office Sungai Chua Kajang Taman Sepakat Indah 2

Kiri: Bangunan Pengurusan TLS Group. Kanan: Bangunan TLS Fitness Center. Belakang: Apartment Taman Sepakat Indah I di Sungai Chua, Kajang

Jalan masuk ke 3 apartment utama di Taman Sepakat Indah 2 iaitu Apartment Sri Cempaka, Apartment Sri Dahlia, Apartment Sri Lavender dan Apartment Sri Ixora.

 
 

Begitu Mudah Untuk Memiliki Apartment Sri Ixora

Untuk memiliki seunit Apartment Sri Ixora, anda hanya perlu membuat tempahan unit dengan bayaran RM1000 per unit. Lain-lain urusan akan dilakukan sendiri oleh pihak Pengurusan TLS secara PERCUMA. Ya, tiada kos tersembunyi dan semuanya percuma termasuklah:

Free Loan Application Service.
Free legal fee for S&P Agreement.
Free disbursement charges for SPA
Free legal fees for Loan Agreement
Free disbursement charges for Loan Agreement
brochure apartment sri ixora
  Yuran guaman PERCUMA menjimatkan wang anda!
   
 

Ada lagi kelebihan yang anda perolehi! Apabila anda melangkah masuk untuk mendiami Apartment Sri Ixora, anda akan mendapat lagi beberapa insentif PERCUMA seperti berikut:

Free 12-month Quit Rent.
Free 12-Month Fire Insurance
Free Water Deposit
Free Electricity Deposit
   
Klik gambar di bawah untuk melihat atau download video Persekitaran Apartment Sri Ixora.

Sri Ixora land layout

Klik rajah pelan di atas untuk melihat versi pelan tapak apartment Sri Ixora saiz besar.

 

Kawasan Sekitar Apartment Sri Ixora-Taman Sepakat Indah II

Apartmen Sri Ixora dibangunkan bersebelahan dengan satu lagi projek apartment milik TLS Group yang telah 90% siap iaitu Apartment Sri Lavender dan juga apartment yang telah siap dan diduduki iaitu Apartment Sri Cempaka.

Apartment Sri Lavender mempunyai rekaletak ruang dalaman yang menyamai Apartment Sri Ixora. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh TLS Group pada Jun 2008, nilai hartanah Sri Lavender kini telah meningkat 12% sejak pelancarannya pada 2006 disebabkan peningkatan permintaan untuk perumahan yang berkualiti tinggi di kawasan ini.

Sri Lavender pada awal pelancarannya dijual pada harga antara RM145,800 - RM160,800. Kini, jualan unit-unit terakhir Sri Lavender mencatatkan peningkatan harga antara RM165.800 - RM188.800. Dan kini, semua unit apartment ini telah habis dijual. Tiada satu unitpun yang tinggal.

Tahniah kepada para pembeli Apartment Sri Lavender!

pembinaan apartment sri  ixora July 2008

Blok bangunan Apartment Sri Lavender (siap 90%)disebelah kiri tapak projek Apartment Sri Ixora yang kini sedang giat dilaksanakan. Mengikut jadual, Sri Lavender dijangka siap pada awal tahun 2009, iaitu dalam jangkamasa 3 tahun (2006-2009), tetapi ia berjaya disiapkan lebih awal oleh pihak pemaju.

Jalan masuk ke Taman Sepakat Indah II

Jalan masuk ke Apartment Sri Ixora. Sebelah kiri ialah Apartment Sri Lavender dan sebelah kanannya pula ialah Apartment Sri Cempaka.

apartment Sri Lavender, Kajang Apartment Sri Dahlia, Kajang

Apartment Sri Lavender (Foto Julai 2008) sold out

Apartment Sri Dahlia (Foto Julai 2008) sold out

Progres Projek Pembinaan Apartment Sri Ixora

Pembinaan Apartment Sri Ixora yang mula dilancarkan penjualannya pada May 2008 akan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Kini, tapak projek ini sedang giat dimajukan 7 hari seminggu!

Tarikh ia dijangka siap sepenuhnya ialah pada 30 Jun 2011. Apartment Sri Ixora akan terdiri daripada 2 blok menara bangunan 19 tingkat dengan setiap satu menara apartment terdiri daripada 210 unit rumah.  Jumlah unit rumah bagi keseluruhan 2 menara Apartmen Sri Ixora ialah 390 unit.

Pembinaan Apartment Sri Ixora akan merangkumi pembinaan pusat dobi, kedai dan tadika serta satu blok tempat letak kereta 5 tingkat beserta pejabat pengurusan, surau dan dewan komuniti.

Pihak berkuasa yang meluluskan ialah Majlis Perbandaran Kajang. Harga jualan minimum ialah RM171,720.00 dan Maksimum RM280,000.

Pembeli bumiputera akan mendapat potongan harga 10% daripada harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju. Pihak pengurusan TLS akan membantu anda mendapatkan pinjaman penuh daripada bank-bank tempatan termasuklah AmBank, RHB Bank dsb. Pinjaman Perumahan AmBank merupakan salah satu skim pinjaman yang menjadi pilihan TLS Group.

Diskaun 10% untuk bumiputera. Tempah Sri Ixora sekarang!

HARGA JUALAN: RM178,920.00

Other Links 4U Jooomla Lawat Klang! CD belajar Bahasa Inggeris Buku kerja belajar abakus
 

Brochure di atas dalam format JPG siap sedia untu diemelkan kepada anda, jika anda memerlukannya!

Penjawat jawatan awam juga boleh menggunakan government loan untuk membeli apartment Sri Ixora!

Dijangka Siap: Awal 2010

LIHAT PROGRES PEMBINAAN TERKINI!

Kali pertama dan tidak tahu menahu tentang pembelian rumah atau apartment? Tidak mengapa... Hubungi Saya Sekarang!

Membeli awal akan mendapat harga yang lebih rendah berbanding yang membeli lewat! Jika lambat, harga akan naik atau anda terlepas peluang! Jadi, hubungilah saya sekarang sama ada untuk mendapatkan:

Keterangan lanjut mengenai kelayakan membeli rumah.
Brochure Apartment Sri Ixora
Video ruangan dalaman Apartment Sri Ixora.
Melawat rumah contoh.

Ketahui #5 faktor mengapa anda perlu memilih Apartment Sri Ixora...

Buatlah keputusan yang tepat dengan membeli satu unit Apartment Sri Ixora di kawasan yang berada di antara Kuala Lumpur dan Putrajaya ini. Sri Ixora adalah hartanah pegangan bebas dan ia pasti  menjanjikan pulangan yang boleh anda banggakan!

Harga Jualan: RM178,920.00. Anda boleh mendapatkan 100% kelulusan pinjaman bank tanpa mengusik wang KWSP anda!

Ya! Untuk unit terakhir, hubungi saya sekarang juga!
   

MOHD AZERI HAIRUDDIN di talian    019–676 0020 atau

Emel saya di mohd_azeri@yahoo.com.

   
 

Tarikh Kemaskini: 21 August  2009 oleh Mohd Azeri Hairuddin Tel: 019-676 0020 Emel: mohd_azeri@yahoo.com