Adakah anda sedang
mencari apartment untuk dijual atau anda ingin jual
apartment anda?
Adakah apartment yang hendak dijual itu adalah di
sekitar kajang dan kawasan yang berhampiran dan bangi?
Laman web ini menawarkan kepada anda apartment-apartment
berkualiti untuk anda beli secara terus daripada pihak
pemaju, dan bukannya daripada tangan pemilik
persendirian. Pemaju yang dipilih adalah TLS
Group, iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang
terkenal di Kajang yang telah membangunkan beribu-ribu
unit apartment berkualiti di dalam bandar Kajang.
Tidak seperti
laman web properties yang lain, semua apartment yang
disenaraikan dalam laman web apartment untuk dijual ini
telahpun mempunyai penyewa.
Semua apartment ini
bukanlah apartment yang baru siap pembinaannya tetapi
merupakan apartment yang telah diduduki beberapa tahun
lamanya.
Apa yang menarik bagi
apartment-apartment untuk dijual ini ialah ianya telah
dimajukan sebagai apartment sewa oleh TLS apabila
pembeli terdahulu apartment ini gagal mendapatkan
kelulusan pinjaman bank untuk beli apartment ini.
Terdapat juga beberapa unit apartment ini yang dibeli
semua oleh TLS daripada bank kerana pemilik gagal buat
bayaran kepada bank.
Walau apapun kisah di
sebaliknya, yang penting ialah semua apartment ini telah
disewakan pada harga yang tinggi kepada penyewa. Ini
kerana
kebanyakan unit yang disewakan itu mempunyai kemudahan
dan kelengkapan extra, misalnya grille, kipas angin
siling, water heater, aircond kitchen kabinet dan
lain-lain lagi. Maka, jika anda membeli
apartment-apartment ini, sebaiknya anda juga
menyewakannya kepada penyewa sedia ada. Jadi, tak
payahlah anda bersusah payah mengiklan atau mencari
penyewa untuk apartment anda. Inilah pelaburan hartanah
anda yang paling bijak dan mudah!
Percayalah bahawa kawasan
apartment ini memang tidak pernah kering daripada
penyewa. Biarpun banyak taman perumahan baru di bina,
unit apartment juga yang menjadi pilihan penyewa.
Tambahan pula, Kajang dan
Bangi merupakan destinasi popular kepada penyewa dalam
kalangan pelajar-pelajar IPT dan IPTS. Mereka ini
termasuklah pelajar daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)
dan ada juga daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dari segi lokasi pula,
kedudukan apartment TLS Group memang strategik. Ia
terletak di antara bandar Kajang dan juga Bandar Baru
Bangi. Pekan Sg Chua adalah yang paling hampir. Di Sg
Chua pun terdapat kemudahan bank, 7eleven, kedai 24 jam
dan pasaraya. Lebih-lebih lagi, TLS Fitness Center juga
hanya jarak berjalan kaki sahaja! Jika perlukan lebih
banyak kemudahan dan pilihan, bandar Kajang dan Bandar
Baru Bangi hanya 5-10 minit sahaja!