Langkah 4: Simbol (Perwakilan)
Langkah berikutnya ialah
guru menggunakan perwakilan berbentuk bahan manipulatif untuk
mewakilkan situasi seperti di atas. Contoh:
3 ekor katak
hijau diwakilkan dengan
dan ditambah dengan 4 ekor katak
kelabu yang diwakilkan dengan
. Jumlahnya ialah tujuh (7).
Situasi ini
boleh dituliskan dengan ringkas seperti
3 + 4 = 7.
Setelah melalui
EMPAT langkah tersebut, adalah diharapkan murid dapat menguasai
sesuatu konsep matematik berdasarkan kemahiran mereka sendiri.
Membina kefahaman melalui perincangan yang dibimbing oleh guru
secara terancang dan mengamalkan prinsip pembelajaran matematik
yang bermakna, berguna, seronok dan mencabar.
Langkah-langkah
ini juga boleh membiasakan murid dengan masalah bercerita dan
boleh membantu mereka memahami masalah bercerita dengan mudah.
Kebiasaan itu nanti akan menolong mereka mahir untuk memetik
maklumat dan data yang relevan untuk membuat pengiraan dan
mendapat jawapan.
Hasil Kaji
selidik Masalah Matematik di Malaysia
Berdasarkan
kajian masalah matematik yang dibuat oleh Clements pada tahun
1970 dan 1983 di Pulau Pinang, didapati bahawa murid Tingkatan 1
di Malaysia tidak menghadapi masalah mengira yang serius. Namun
demikian, didapati ada masalah yang nyata bila membaca, memahami,
dan membuat trasformasi yang betul dalam penyelesaian masalah
matematik. Adalah diharapkan, dengan pendekatan yang telah
dibincangkan di dalam artikel ini iaitu menggunakan bahasa murid
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sedikit sebanyak
dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Beberapa orang
penyelidik telah menggunakan kaedah 'Newman Error Analysis'
untuk mengetahui bidang kelemahan murid dalam pendidikan
matematik. Clements, dengan bantuan guru-guru yang berkursus di
RESCAM telah membuat kajian tentang pengaruh bahasa dalam murid
menjawab soalan yang berbentuk cerita. Semua guru bersetuju
bahawa ayat yang digunakan adalah mudah difahami dan masalah
yang dikemukakan juga tidaklah kompleks atau susah.
Sebanyak 40
soalan diberikan kepada 18 orang murid di tingkatan 1. Ujian ini
dijalankan pada bulan Februari yang memberikan gambaran kepada
kita bahawa kemahiran sedia ada murid adalah setakat kemahiran
dan pengetahuan di tahun 6 sahaja.
Temubual
dijalankan keatas semua murid sebaik sahaja keputusan ujian itu
diperolehi. Di bawah adalah statistik yang diperolehi daripada
temubual tersebut.