ECO-POWER COMPRESSOR

 

"HARGA MINYAK PETROL KINI RM1.70/L!. LEBIH BERMAKNA LAGI JIKA ANDA DAPAT JIMATKAN 20% PETROL KERETA ANDA!"

Jimatkan minyak petrol kereta dan selamatkan wang anda! Dengan ECO-POWER COMPRESSOR, kereta anda pasti lebih berkuasa untuk lebih kilometer!
 

Site in English | Pengalaman peribadi menggunakan ECO-PC  | Tips penjimatan petrol | Populariti ECO Power CompressorLihat ECO-PC dipasang di Satria 1.3 | Pakej Produk ECO-PC | Mendapatkan ECO-PC | Stay Alert with Smart Alert Safety Device (New) | Download Pelan Pemasaran EPC | Peluang mengiklankan Produk anda di laman ini! (New)

Ads by Google Joomla ke Klang! Ingin membeli apartment di Kajang? Cari kereta terpakai yang OK?
       

  TERUSKAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL!

  

ECO_Power Compressor

"Kau pakai kereta apa Azri? Satria, jawab saya. Kau pakai kereta Satria ni mungkin sebab kau nak jimat minyak kan?"

Pernahkah anda diajukan dengan soalan seperti di atas? Siapa yang tidak peka dengan penggunaan minyak petrol...Bagi kebanyakan orang, jenis kereta yang dipakai menggambarkan penggunaan atau pemakaian minyak yang mereka mahukan!   Sesiapa pun yang mencari kereta baru, selain soal saiz dan dimensi kereta, biasanya akan memilih kereta yang jimat petrol...TAPI yang dah pakai kereta, bagaimana?

Pada Jumaat, 23 Mei 2008 lepas, kita telah dikejutkan dengan berita "Minyak Melambung". Harga minyak telah mencecah AS135 setong. Saya pasti, ketika itu anda yang resah akan bertambah-tambah resah dan gelisah kerana perkara ini melibatkan duit minyak kereta anda.

Walaupun kini harga petrol telah turun ke paras yang agak melegakan, namun keadaan ini tidak dijamin berterusan. Berjimatlah tidak kira ketika harga petrol tinggi ataupun rendah. Anda tidak akan rugi apa-apa pun. Lagipun, ECO-POWER COMPRESSOR bukan sekadar alat penjimat petrol, tetapi lebih dari itu. EPC sebenarnya menawarkan pelan pemasaran yang strategik untuk anda. Ikuti tulisan seterusnya.

   

SELAMAT DATANG ke laman web ini, tentunya anda adalah antara orang yang peka dengan penggunaan minyak petrol dan perkembangan semasa harga petrol dunia. Untuk pengetahuan anda semua, sejak Mac 2008, terdapat satu inovasi dalam teknologi alat penjimatan bahan bakar sama ada petrol, diesel dan gas. Daripada pemerhatian sayalah, inovasi ini cukup mudah mendapat tempat dihati pengguna kerana beberapa sebab. Belum ramai yang menjadi pengguna kepada inovasi teknologi penjimatan minyak ini tetapi ia semakin dipercayai...Selain terbukti menjimatkan petrol, alat ini amat praktikal untuk digunakan.

Ya, produk atau teknologi penjimatan minyak petrol ini dikenali sebagai ECO POWER COMPRESSOR (ECO-PC) edaran ECONUTRIC (M) Sdn. Bhd di Petaling Jaya, Selangor. Pengedaran Eco-PC kini dilaksanakan atas nama MyWiseWay Sdn. Bhd. (MWW) beribu pejabat di Kelana Mall. Jika anda pernah mendengarnya dan memang ingin membelinya, jangan terburu-buru, dapatkan maklumat dahulu sebelum membuat keputusan. Nah! Jika anda adalah pencari maklumat mengenai rumusan bagaimana untuk menjimatkan minyak petrol kereta anda, teruskanlah membaca...

Nota: Pengalaman menggunakan ECO-Power Compressor dikongsikan di sini. Ya, pengalaman saya sendiri dalam penjimatan petrol dan peningkatan prestasi kereta...Terima kasih - Mohd Azeri.
 

Apa itu ECO-POWER COMPRESSOR?

 

ECO-POWER Compressor ialah satu teknologi baru yang direkabentuk untuk memperbaiki penggunaan petrol sebagai bahan api dalam sistem enjin kereta. ECO-POWER Compressor  memastikan pembakaran bahan api yang lengkap agar petrol tidak terbazir. Dengan kata lain, anda jimat petrol dengan ECO-POWER Compressor!

 

ECO-POWER Compressor dibangunkan berasaskan kepada prinsip saiECO_Power Compressor ntifik yang dikenali sebagai "magnetic spintronics".

Menurut Wikipedia, teknologi "Spintronics",  atau juga dikenali   sebagai  magnetoelectronics, adalah teknologi baru yang sedang dikembangkan oleh ahli-ahli fizik yang mengekploitasi putaran elektron (the use of electrons' spins - not just their electrical charge). Hasil teknologi dari USA ini merupakan satu revolusi ciptaan yang mana teknik putaran elektron boleh memperbaiki stuktur molekul-molekul yang terdapat didalam bahanapi seperti petrol untuk menghasilkan pembakaran yang lebih efisyen dan sempurna.

Dalam konteks penggunaan ECO-POWER COMPRESSOR pada kenderaan, alat ini dilekapkan pada hos yang menyalurkan minyak petrol ke sistem penyalaan dalam enjin. ECO-POWER COMPRESSOR mampu bertindak dari luar untuk memastikan molekul petrol yang melepasinya mempunyai struktur atau susunan yang baik yang membolehkan lebih banyak molekul petrol terbakar. Perlu diingat bahawa, jika terdapat banyak molekul petrol yang tidak terbakar, petrol akan terbazir begitu sahaja.

Nota: Petrol ialah campuran beberapa sebatian karbon organik yang berbeza. Dalam petrol, molekul yang biasa terdapat didalamnya ialah alkana (alkane), yang terdiri daripada karbon yang lurus atau bercabang (diantara 5-8 atom karbon) dan ianya dalam keadaan tepu dengan molekul hidrogen (pentane, hexane, heptane and octane).

Wikipedia pula menerangkan teknologi ini sebagai berikut:

"Spintronics exploits the quantum spin states of electrons as well as making use of their charge state. The electron spin itself is manifested as a two state magnetic energy system".

Penemuan teknologi Spintronics juga dilaporkan dalam laman web Argonne National Laboratory dalam satu artikel yang bertajuk "New magnetic polymers may advance spintronics technologies".

Teknologi Spintronics juga digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuklah pembangunan cip komputer dan unit ingatan RAM magnetik atau magnetic RAM (MRAM). Dalam industri enjin automotif, aplikasi teknologi Spintronics (spintronic sensor) ada dijelaskan dalam laman web Visions seperti yang ditunjukkan di sebelah dan sebahagiannya dipaparkan di bawah:

  • Fast accurate position and motion sensing of mechanical components in precision engineering and in robotics

  • All kinds of automotive sensors for fuel handling systems, electronic engine control, antiskid systems, speed control and navigation, etc.

Ads by Google Inginkan apartment kos sederhana? Joomla ke Klang! Belajar sambil bermain

ECO-POWER COMPRESSOR

ECO Power Compressor Jika kanak-kanak diminta untuk menjelaskan tentang ECO-POWER COMPRESSOR (ECO-PC) , ia pasti akan mengatakan bahawa  ECO-POWER COMPRESSOR adalah besi berani!!!  ECO-POWER COMPRESSOR mempunyai saiz yang kecil sahaja (lebih kurang 4.6 cm panjang x 2.7 cm lebar) dan berbentuk 'triangular prism'.

Namun, besi ini memiliki kuasa magnetik yang sangat kuat. EPC mempunyai kekuatan magnet sebanyak 6,000 gouse. Jenis material, saiz dan kekuatan kuasa magnet ini menjadikan ECO-PC lebih istimewa berbanding produk lain. Ia boleh ditempatkan di kawasan bersuhu tinggi berhampiran enjin dalam bonet hadapan kereta untuk menjalankan fungsinya keatas enjin kenderaan.

Tidak seperti jenis alat penjimatan petrol lain yang perlu dipasang di dashboard kenderaan, tempat rokok dan sebagainya (yang boleh mengganggu pemanduan), pemasangan ECO-POWER COMPRESSOR sama sekali tidak mengganggu pemanduan. Anda tidak perlu risau tentang ketahanan ECO-POWER COMPRESSOR terhadap haba. Ia tidak akan lebur di dalam bonet kereta anda! Ia juga tidak akan turut remuk akibat kemalangan di bahagian hadapan kereta. Anda boleh menggunakan ECO-POWER COMPRESSOR sepanjang hayat kenderaan anda!!!

Nota: Daripada ujian yang dilakukan, bahagian tengah (lurah) eco power compressor merupakan kawasan yang memiliki medan magnet tahap maksimum. Bahagian ini lah yang mengepit hos laluan minyak petrol dalam enjin kenderaan anda.

   
Soalan yang selalu ditanya:

Alat ni boleh ke dipindahkan kat kereta lain, manalah tahu saya tukar kereta lain nanti?

Jawapan: Boleh!!! Kenapa tidak? Eco power compressor ini hanya diikat dengan sepasang  cable tie daripada plastik. Cable tie memang ikatannya kuat (untuk keselamatan) tapi masih boleh dipotong dengan gunting atau pisau. Jadi, jika ada 2 kereta, anda juga boleh pindah-pindahkannya jika mahu. Sekalipun anda memasang tangki gas (NGV) pada kereta anda untuk penjimatan wang yang total, eco power compressor boleh juga dipindahkan ke hos atau saluran gas kereta anda. Nah! Anda jimat wang anda berkali-kali ganda!

 
Ads by Google Joomla ke Klang! CD belajar Bahasa Inggeris Buku kerja belajar abakus
 

 

 

ECO-POWER COMPRESSOR

Kekuatan kuasa magnet pada ECO-POWER Compressor membolehkan ia bertindak ke atas molekul petrol dari luar paip salur petrol ke enjin.

 

Bagaimana ECO-POWER COMPRESSOR berfungsi.

Power Compressor menghasilkan medan magnet atau medan tenaga yang kuat. Gambar yang ditunjukkan di bawah menunjukkan lokasi pemasangan ECO-POWER Compressor di bahagian enjin sebuah kereta.

pemasangan ECO Power Compressor

Pasanglah Eco Power Compressor pada hos seperti di atas. Foto: Azeri

Medan magnet yang kuat tadi akan terhasil disekitar hos atau tiub saluran minyak petrol.  Apabila petrol mengalir melalui medan magnet tersebut, molekul-molekul petrol menjadi lebih aktif dan akan menjadi seiring dengan medan tenaga tersebut.

Pada mulanya, molekul bahanapi  tidak aktif. Ia digambarkan dengan keadaan molekul yang tak tersusun. Dengan medan magnet dan teknologi Spintronics, molekul menjadi aktif. Struktur molekul diperbaiki dan tersusun rapi untuk membantu pembakaran bahan api petrol yang sempurna dalam enjin kenderaan anda.

Peningkatan aktiviti tersebut disebabkan oleh arah aliran medan tenaga dan ia akan memecahkan molekul-molekul tersebut kepada unsur-unsur hidrokarbon yang lebih kecil. Saiz unsur-unsur hidrokarbon yang lebih kecil menyebabkan molekul-molekul petrol menjadi lebih agresif dan meresap dengan unsur-unsur lain seperti oksigen dalam proses pembakaran didalam silinder enjin.

Gambaran resapan molekul petrol Grafik di sebelah menggambarkan bagaimana molekul petrol meresap dengan unsur-unsur lain seperti oksigen dalam proses pembakaran didalam silinder enjin.

Justeru itu sisa karbon akan dikurangkan supaya enjin bergerak dengan lebih lancar, meningkatkan tenaga dan menjimatkan minyak.

Pembakaran bahan api/bahan bakar seperti petrol atau diesel tidak pernah sempurna dalam sistem kenderaan. Sebab itu kita dapat menghidu bau petrol/diesel dan melihat asap hitam keluar dari paip ekzos. Setiap hari wang dibazirkan dengan pembakaran yang tidak sempurna ini. Sekarang, peluang untuk selesaikan masalah ini untuk selama-lamanya.

Saiz alat ECO-PC dibandingkan dengan saiz sebatang pen...(Photo by: Azeri)
ECO Power Compressor ECO Power Compressor
ECO-POWER COMPRESSOR Bandingkanlah saiznya...

Faedah Menggunakan ECO-POWER Compressor

  • Penggunaan petrol lebih ekonomi sekaligus menjimatkan sebahagian perbelanjaan anda untuk petrol.

  • Prestasi enjin jadi lebih baik daripada sebelumnya. Anda dapat rasakan enjin lebih berkuasa  ketika memotong dan mendaki jalan yang berbukit.

  • Sistem pencucuhan lebih baik dan lancar kerana pembakaran campuran udara-bahan api yang lengkap.

  • Mengurangkan pengeluaran hidrokarbon yang mencemarkan udara dan alam sekitar. Ini menjadikan ECO-POWER Compressor bersifat mesra alam.

  • Kurang karbon yang terhasil dalam enjin kereta anda berbanding biasa. Karbon berlebihan menyebabkan wujud kerak karbon yang menyebabkan prestasi enjin berkurang.

Jenis Kenderaan yang serasi dengan ECO-POWER Compressor

Jangan ingat ECO-PC hanya serasi dengan kereta model baru sahaja! Eco-Power Compressor (ECO-PC) sebenarnya boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, semua buatan, model, tahun dan tentunya semua jenis bahan bakar (petrol /diesel/ LPG).

Video di bawah menunjukkan bagaimana  Eco-Power Compressor (ECO-PC) telah dipasang pada sebuah kereta Satria 1.3.

Video: Ketahui dimana Eco-Power Compressor dipasang pada kenderaan. (Photo by: Azeri)

Ads by Google Joomla ke Klang! CD belajar Bahasa Inggeris

Cara Pemasangan:

ECO-POWER COMPRESSOR didatangkan dengan tali pengikat (cable tie) dalam kotaknya.

Langkah keselamatan: Pastikan anda mematikan enjin kereta ketika ingin melakukan pemasangan ECO-POWER COMPRESSOR. Buka bonet depan kereta dan kenalpasti bahagian enjin anda.

LANGKAH #1: Pasangkan ECO-PC hampir dengan karburator ataupun fuel injector system.

LANGKAH #2: Ikat ECO-PC dengan 2 tali pengikat (cable ties) yang dibekalkan.

LANGKAH #3: Potong tali pengikat yang terjulur berlebihan (jika perlu). Pemasangan selesai.

Pemasangan ECO-PC

ECO-PC yang siap dipasang di bahagian enjin kereta Satria 1.3 (Photo by: Azeri)

Tutup semula bonet depan kereta anda dan anda bersedia untuk menggunakan ECO-POWER COMPRESSOR.

TIPS

  • Start up the engine and step on the throttle in neutral gear, and maintain at around 3000-4000 RPM for 3 minutes, instantly boost to 4500-5500 RPM for 1 second then release the throttle, repeat the action 3-5 times.

  • This action helps the release of accumulated carbon in the combustion chamber.

  • After finishing the above steps, maintain the engine in idle state. These will result in the above mentioned benefits.


Faedah Kepada Anda dan Saya juga...

Saya memang telah lama memikirkan tentang bagaimana untuk menghadapi isu kenaikan harga minyak petrol. Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyewa rumah di taman perumahan yang tidak jauh dari pejabat. Anda pula bagaimana? Selain tidak membazir minyak, saya juga tidak membazir masa perjalanan, duit untuk tol dan saya rasakan saya ada masa extra setiap hari! Walau bagaimanapun, rumah sendiri yang bakal saya duduki tidak lama lagi agak jauh dari pejabat. Justeru, saya perlu ada rumusan mengenai penjimatan petrol. Sebagai seorang yang berhati-hati dalam membuat keputusan, saya mahukan rumusan yang ekonomi dan praktikal.

Saya yakin, ramai orang di luar sana yang juga sama-sama mencari rumusan penjimatan petrol, sama seperti saya. Jika ada produk yang terbaik, saya mesti pilih. Saya pasti dalam banyak-banyak produk penjimatan petrol, mesti ada yang sesuai dan serasi untuk kereta saya. Saya tidak meletakkan jangkaan produk yang saya mahukan itu dapat menjimatkan sehingga 50% petrol kereta. Itu tidak masuk akal. Kalaupun ada dakwaan seperti itu, saya tak akan percaya! Anda pula bagaimana? Logiknya, kalau dapat menjimatkan petrol sebanyak 10%-30% pun sudah memadai untuk saya. Apa yang penting ialah, saya mempunyai strategi berjimat untuk petrol yang memang terpaksa dipakai sehari-hari. Saya berasa cemburu dengan keluarnya model-model kereta baru yang dilengkapi teknologi penjimatan minyak. Tak mungkin kerana hal itu, saya perlu bertukar kereta! Tidak masuk akal! Apa alternatif yang boleh saya cari?

Saya mencemburui Proton SAGA baru dan Perodua Viva dari aspek penjimatan petrol...(Photo by: Azeri)

Selain daripada itu, sebelum membuat keputusan untuk menggunakan mana-mana produk penjimatan petrol, produk tersebut mestilah telah saya lihat digunakan oleh orang terdekat. Ini amat penting kerana pastinya saya tidak akan ada rasa malu dan segan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut atau untuk tujuan sokongan masalah jika perlu.

Membuat keputusan untuk menggunakan produk penjimatan petrol amat penting untuk disegerakan kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kekerapan kerja luar (outstation) dan berjumpa pelanggan di luar pejabat. Kereta saya memang banyak berjalan untuk urusan rasmi syarikat. Tapi tidak mengapalah, kegunaan minyak untuk urusan itu boleh dituntut bayarannya. Namun faktor kenaikan harga minyak menyebabkan saya lebih kerap ke mesin ATM di bandar, mengeluarkan wang dan kemudian menuju ke stesen minyak untuk mengisi minyak!.

Berapa kerap anda ke stesen minyak dalam seminggu? (Photo by: Azeri)

Berulang alik dari rumah ke pejabat tidaklah jauh sangat tetapi kekerapan balik kampung di Klang pada hujung minggu dan berkunjung ke rumah adik beradik memerlukan saya menghitung keperluan minyak! Harga minyak yang mahal menyebabkan saya jarang mengisi full tank. Natijahnya, 2-3 kali singgah ke stesen minyak setiap kali balik ke kampung.

Anda mungkin lebih memerlukan daripada saya! Jika anda bekerja di Selangor  atau KL dan kampung anda di Utara, Selatan ataupun di Timur tanah air, nah! Jangan ragu-ragu lagi untuk untuk memiliki ECO-POWER COMPRESSOR ekslusif untuk kereta kesayangan anda! Saya yakin dengan keputusan penjimatan petrol anda!

Faktor-faktor lain mengapa saya perlu produk penjimatan minyak petrol ialah kerana kegemaran saya melancong dengan kereta bersama kawan-kawan pejabat pada cuti umum atau memenuhi undangan majlis perkahwinan kenalan yang lama dan baru di merata tempat.

Bersiar-siar dengan kereta adalah sebahagian daripada jiwa saya

Sebagai seorang yang suka menyimpan wang dan dalam masa yang sama suka melancong, saya seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu banyak wang dihabiskan untuk minyak. Anda pula bagaimana?

Saya bukanlah orang yang mahir tentang selok belok enjin kenderaan, namun dengan adanya sumber pakar rujuk terdekat yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman, saya menjadi yakin untuk menggunakan ECO-POWER COMPRESSOR. Saya telah memasang ECO-PC seminggu sebelum harga minyak melambung sehingga ke paras USD135 setong. Apa yang nyata, saya tidak mengeluh panjang mendengar berita kenaikan itu, sebagaimana orang lain. Malahan, berita kenaikan harga minyak menjadikan saya lebih agresif untuk menceritakan kebaikan menggunakan produk penjimatan minyak mulai sekarang!!

Pelan Pemasaran EPC

Saya tertarik menggunakan ECO-PC bukan kerana alat ini dijual secara pemasaran berbilang peringkat (multi-level) dan mendapatkan habuan keuntungan yang dikatakan beribu ringgit sebulan... Saya tidak berminat untuk  menceritakan apa-apa pelan MLM untuk ECO-PC dalam laman ini. Namun, jika anda seorang yang assertive dalam hal-hal MLM, pelan pemasaran ECO-PC ini perlu anda baca dan fahamkan.

Ads by Google Joomla ke Klang! CD belajar Bahasa Inggeris Math games

ECO-POWER Compressor mewujudkan peluang perniagaan. Anda boleh menjana wang daripada pelan pemasaran yang disediakan. (Photo by: Azeri)

Saya menggunakan ECO-POWER COMPRESSOR ini kerana yakin dengan keberkesanannya terhadap penjimatan petrol. Itu adalah matlamat saya. Jika kerajaan menaikkan harga petrol dalam tempoh terdekat, sekurang-kurangnya, saya sudah ada penyelesaian kepada masalah kenaikan harga petrol seumur hidup! Biasanya, kesan kenaikan harga petrol akan mengakibatkan inflasi. Barang-barang lain pasti akan turut naik. Jadi, saya boleh fokus dan cari penyelesaian untuk mendepani isu-isu barangan yang lain. Anda ingin mencubanya? Saya amat menggalakkan.


Pakej Produk ECO-POWER Compressor

Tidak kira sama ada anda lelaki mahupun wanita, atau yang diantaranya....yang telah bekerjaya atau belum tetapi mempunyai kenderaan, adalah penting untuk anda mendapatkan peralatan ini.

Pakej ECO_POWER Compressor

Satu pakej ECO-POWER COMPRESSOR berharga RM398.00 (Photo by: Azeri)

Tidak seperti rumusan lain yang dalam bentuk cecair yang akhirnya akan habis dan perlu dibeli lagi, ECO-POWER COMPRESSOR hanya perlu dibeli sekali sahaja untuk sebuah kereta sepanjang hayat kereta itu. Jika anda mempunyai kereta lama pun, tidak mengapa. Beli dan pakai mulai sekarang. Apabila anda telah bertukar kepada kereta baru nanti, pindahkan sahaja  ECO-POWER COMPRESSOR anda dari kereta lama kepada kereta yang baru! Nah! Itu yang saya maksudkan dengan mudah dan praktikal!

Sekarang, cuba anda kira pula berapa banyak penjimatan minyak petrol (dalam RM) yang anda perolehi jika anda membelinya sekarang. Katakan kereta anda boleh digunakan lagi selama 15-25 tahun. Jika dianalisis, penjimatan 10%-20% jauh lebih tinggi nilai ringgitnya berbanding harga  ECO-POWER COMPRESSOR yang ditawarkan kini! Anda pasti setuju...


Populariti Eco Power Compressor

Sehingga hari ini, Jumaat 27 Jun 2008, laman web Eco Power Compressor saya ini telah berada di Internet selama 27 hari. Berdasarkan statistik pengunjung laman web ini yang boleh saya akses melalui akaun Google Analytics, menunjukkan bahawa pengguna di Malaysia yang mencari maklumat tentang Eco power compressor semakin hari semakin ramai. Jumlah pengunjung sehari paling ramai ialah pada 26 Jun 2008 (60 orang) dan jumlah pengunjung keseluruhan yang dicatatkan ialah seramai 548 orang.

 

Statistik jumlah pengunjung harian laman web ini yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai alat penjimatan petrol eco power compressor terus meningkat. Ini membuktikan bahawa Eco power compressor mula mendapat perhatian ramai pengguna di Malaysia. Selepas 27 hari, seramai 548 orang telah melawat laman ini. Sumber: Google Analytics

Selain daripada untuk mendapatkan maklumat mengenai Eco Power Compressor, pengunjung juga berminat untuk mengetahui pengalaman peribadi saya menggunakan Eco Power Compressor. Daripada kebanyakan SMS yang saya terima, rata-rata ingin menjadi pengguna Eco-Power Compressor semata-mata untuk menjimatkan minyak. Tiada masalah, dengan pembelian Eco Power Compressor bernilai RM398.00, anda tetap akan dapat merasakan penjimatan petrol di antara 10 - 20% serta peningkatan prestasi enjin.

Cuma, kajilah statistik mengenai pengunjung laman web yang saya paparkan. Mungkin anda boleh fikirkan langkah seterusnya - bagaimana untuk menjana wang dengan pelan pemasaran Eco Power Compressor yang saya sediakan untuk dimuat turun (download). Lebih-lebih lagi anda juga telah menjadi seperti saya, dengan mempunyai pengalaman menggunakan teknologi penjimatan petrol Eco Power Compressor ini, tentunya anda boleh menceritakan kepada orang lain tentang kebaikan produk ini dengan lebih yakin!

Saya juga perhatikan, tidak sampai sebulan laman web saya ini berada di Internet, ramai juga bloggers yang mengambil maklumat, imej fotografi dan idea penulisan saya untuk diletakkan di blog masing-masing. Laman web ini kini menjadi sumber maklumat bagi mereka yang baru membangunkan blog dan iklan mengenai Eco Power Compressor sendiri. Jika orang lain berminat, mengapa anda tidak? Saya juga boleh membantu anda untuk berjaya memasarkan Eco Power Compressor sepertimana yang saya lakukan sekarang!


Pelan Strategik Perniagaan Peribadi Anda...

Kepada anda yang skeptical dengan produk Multi Level Marketing (MLM), buat permulaan, abaikan sahaja pelan MLM tersebut. Apa yang penting ialah untuk memiliki dahulu produk penjimatan petrol ini - untuk kegunaan diri sendiri. Usah tergopoh-gapah memikirkan pulangan wang, keuntungan atau apa sahaja! Sebagaimana para Nabi  menerima wahyu  daripada Allah, mereka gunakannya untuk diri sendiri dahulu. Kumpulkan keyakinan dan ilmu pengetahuan.

Ya, untuk merasa faedah daripada inovasi teknologi baru ini, pasti anda perlu membelinya terlebih dahulu dan menggunakannya. Daripada penggunaan tersebut, barulah anda akan merasakan pengalaman yang mana ia adalah sebagai modal dalam perbualan anda bersama orang lain nanti. Langkah ke-2 ialah untuk anda memikirkan bagaimana anda boleh memperoleh pendapatan dengan cara menjual produk ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda. Ya, personal business! Saya pasti ada ramai kenalan anda di luar sana yang belum mengetahui produk ini. Maka, sampaikanlah berita ini kepada mereka. Jika mereka berminat untuk mendengar perbualan business anda, itu rezeki namanya. Dan jika mereka berminat untuk membelinya pula daripada anda, memang itulah rezeki anda.

Satu kebiasaan...ambil kesempatan berbual mengenai isu harga petrol dan produk inovasi ECO-POWER Compressor ketika makan bersama rakan-rakan...(Photo by: Azeri)

Pada peringkat ini, anda yang mulanya skeptical sebelum ini, eloklah membuat perubahan. Jika anda ingin serius mendapatkan wang dalam perniagaan ini, anda perlu cepat dan pantas. MLM memang begitu, lebih cepat anda bertindak, maka lebih cepat anda mendapat klien yang akan menjadi downline anda. Cuba baca, fahami dan dapatkan khidmat penerangan yang jelas mengenai pelan pemasaran MLM bagi produk ECO-POWER COMPRESSOR. Jika anda yakin dengan diri anda, saya doakan anda berjaya!


Temujanji, Perbincangan & Pemasangan

Jika anda berada di sekitar Kajang, Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur, lebih mudah. Jika anda masih berasa ragu tentang produk ini, temujanji boleh diaturkan untuk kita sama-sama berbincang face-to-face.

Temujanji saya yang terbaru ialah pada hari Khamis, 26 Jun 2008 di Pavillion, Bukit Bintang bersama Mr Wei Leong. Beliau menggunakan kenderaan jenis Honda Civic.

 

 

 

 

 

 

Melalui maklumat yang saya sampaikan dalam laman web ini saja, dua prospek telah membuat pemasangan Eco Power Compressor tanpa ragu! Saya percaya, ada ramai lagi di luar sana yang ingin mencuba Eco Power Compressor, tapi berfikir 2 kali bila saya maklumkan tentang harga dalam emel atau SMS mereka! Mr Wei Leong yang bertemu saya pada 26 Jun lepas lebih yakin, dan ingin terus mendaftar ahli MLM.


Ads by Google Joomla ke Klang! Apartment in Kajang math card games

Emel dari anda...

Saya juga menerima emel dan panggilan daripada beberapa pihak yang berminat untuk menjadikan Eco Power Compressor sebagai barang jualan (konsep trading).

Konsep beli dan jual semula boleh anda lakukan, tetapi sebaik-baiknya jadilah ahli kerana sebab-sebab berikut:

  • Anda layak mendapat *bonus pasangan, bonus pembangunan rangkaian dsb.

  • Mudah mendapatkan stok barang - ambil sendiri atau hantar ke rumah melalui perkhidmatan pos.

  • Boleh memesan seberapa banyak unit Eco Power Compressor yang anda mahu.

*Untuk GOLD PLAN - iaitu anda perlu membeli 3 unit Eco Power Compressor. Satu untuk anda pakai, dan dua lagi untuk dijual kepada prospek anda. Setiap unit Eco Power Compressor yang anda jual, anda akan mendapat RM90. Dua prospek bermakna anda mendapat 2 x RM90 = RM180. Yang seronoknya, apabila anda berjaya menjual kepada sepasang prospek, anda layak mendapat bonus yang dipanggil BONUS PASANGAN sebanyak RM180!

Dengan menjadi ahli MLM Eco Power Compressor, anda boleh membeli bukan 2 atau 3 tetapi seberapa banyak yang anda perlukan.


Eco-Power Compressor PERCUMA!

Pada 2 Julai 2008, pihak pengedar Eco Power Compressor, MyWiseWay Sdn. Bhd. di Kelana Mall  telah membuat pengumuman bahawa hasil jualan Eco PC telah mencecah RM1 juta dalam masa 6 bulan!

Sehubungan dengan permintaan yang tinggi terhadap Eco Power Compressor, pihak MyWiseWay telah mengumumkan apa yang disebut sebagai BONUS RAYA!

Bonus RAYA ini bermaksud, ahli-ahli MyWiseWay berpeluang mendapatkan BONUS menjelang Hari Raya tahun 2008 ini apabila jualan ditingkatkan dengan suntikan pemberian percuma 1 unit Eco Power Compressor kepada setiap ahli baru yang mendaftar pelan GOLD bermula dari 1 Julai hingga 15 Julai 2008! Satu Eco Power Compressor PERCUMA maksudnya anda mendapat ganjaran bernilai RM398.00!

Jika mendaftar pelan GOLD, anda perlu membeli 3 unit Eco Power Compressor dan dapat 1 unit ECO PC percuma. Ingat! Sampai 15 Julai 2008 sahaja!

 

Apa Kata Mereka...

Berikut adalah pandangan daripada beberapa  individu yang telah memandu uji kenderaan yang menggunakan Eco-Power Compressor.

Alat jimat minyak yang kau jual tu berapa kali boleh buat payment? Aku tengok kereta kau jimat gila! Baru lepas satu takuk, padahal jalan cukup jauh. Aku hantar tender kat KL, lepas tu pergi ke HP service center di Bukit Damansara, lepas tu pegi Metronic di Bukit Jelutong, Shah Alam, pegi BCB Seri Petaling, then pegi ofis wife aku di Bangi pulak. Jimat gila!

Mohd Zamizan Mohd Zawavi, 25 Sept 2008, Bandar Sri Putra, Bangi, Selangor

   

Untuk perjalanan pulang berhari raya tahun ini, saya memberi peluang kpd En. Hairunnizzat Bahtiar dan Pn Azizah Sabri, sepasang suami isteri yang tinggal di Saujana Impian, Kajang untuk mencuba alat penjimatan petrol ECO Power Compressor. Mereka sangat excited untuk berjalan dari KL-Arau-JB tahun ini dengan kereta WAJA dan Eco Power Compressor! Selamat mencuba!

   

Pemasangan Eco Power Compressor di kereta WAJA - Plat Kenderaan No. WLA 6995 pada 23 September 2008 (Photo: Azeri).

   

KAJANG, 6 Oktober 2008: Setelah mencuba untuk perjalanan jauh, akhirnya pasangan suami isteri - En. Hairunnizzat Bahtiar dan Pn Azizah Sabri - bersetuju membeli EPC yang telah mereka gunakan itu. Welcome to the club!

   
Ads by Google Joomla ke Klang! CD belajar Bahasa Inggeris My Rummy

Anda yang neutral...

Bagi mereka yang tidak ambil peduli tentang pelan-pelan MLM ini pun boleh menjadi pengguna sahaja. Anda tetap akan mendapat faedah penjimatan minyak petrol dan peningkatan prestasi kenderaan sehingga 10-20%. Kemudian jika telah rasa yakin untuk memulakan mana-mana pelan MLM, dan anda rasa belum terlambat, mulakanlah langkah anda dengan segera.

"Sesungguhnya kejayaan itu satu pilihan, dan kegagalan juga satu pilihan. Pilihlah mana satu pilihan terbaik untuk kita"

Pertanyaan dan SMS dan Emel...

Saya kerap menerima pertanyaan melalui SMS dan emel daripada mereka yang ingin memastikan kesahihan penjimatan petrol melalui penggunaan ECO-POWER Compressor. Mereka sering meminta pendapat mengenai perbandingan antara pelbagai produk penjimatan petrol yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Pada saya, ECO Power compressor adalah alat penjimatan minyak yang boleh diuji keberkesanannya. Rujuk artikel saya mengenai pengalaman menggunakan Eco Power Compressor. Selain daripada itu, Eco Power Compressor amat mudah dipasang, boleh dipindahkan ke kenderaan lain dengan mudah, kuasa magnetnya kekal dan tidak akan hilang dan serba-serbi praktikal untuk digunakan. Anda tidak perlu risau untuk cari stok 'refill' (seperti dalam penggunaan cecair) atau takut untuk membuka pemasangan jika terpaksa berbuat demikian.

Dan satu lagi kelainan ECO Power Compressor ialah ianya dipasarkan secara MLM. Jika anda tidak berminat kepada pelan MLM, pasti anda merasakan alat ini amat mahal. Tetapi, jika anda faham mengenai MLM, anda akan faham mengapa ia dijual pada harga tetap RM398 per unit.

Saya mendapat SMS dan emel menyatakan yang Eco Power Compressor mula popular di Sabah. Jika anda adalah warga SABAH, mengapa anda tidak mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya bagi menjana pendapatan. Saya turut menerima pertanyaan untuk pemasaran di Australia, mereka di sana turut mendapati yang Eco Power Compressor amat berkesan.

Akhir kata daripada saya, anda perlu yakin sebelum anda membeli dan menggunakan produk ini. Gunakan tanpa was-was!


Selamat Mencuba!

Kepada semua prospek, saya ucapkan selamat mencuba, berusaha dan semoga berjaya mencapai matlamat anda!

 

 

 

 

 

 

Mohd Azeri Hairuddin, Kajang, Selangor.

ECO-POWER COMPRESSOR dikilang khas untuk Econutric (M) Sdn. Bhd. di alamat No. 31-3 & 31A-3 Kelana Mall, Jalan SS6/12, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7804 1080 Fax: 03-7805 3080.

"Ini adalah jawapan yang bijak kepada kenaikan harga minyak. Sekarang, anda boleh menekan pedal minyak kereta anda seperti tiada sesiapa pun yang memperniagakan petrol!!  
   
Ruangan Iklan  
   

Jika berminat untuk mengiklan di sini, sila hubungi saya di talian 019-6760020. Harganya...anda tentukan sendiri!

 
   

 
   
 
 

 

EPC telah diuji dan dipasang pada kenderaan berikut:

 

 

 

 

 

 

Kemaskini pada 18.6.2008

 

 
Ads by Google Cari kereta terpakai yang OK? Inginkan apartment kos sederhana? Joomla ke Klang!
       
 
 

All Rights Reserved. Started on 30 May 2008. Last Updated 1 November 2008.