|
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apartment
Sri Ixora telah dilancarkan penjualannya oleh TLS Group di
Taman Sepakat Indah 2, Kajang, Selangor pada penghujung Mei 2008
yang lalu. Ironinya, tiada sebarang maklumat penjualan apartment
ini di dalam
laman web rasminya. Sebagai pemaju perumahan yang berprestij,
TLS Group begitu yakin dan optimis terhadap jualan semua projek
apartmentnya. Ini terbukti apabila semua apartment TLS Fasa I di
Taman Sepakat Indah telah habis dijual manakala beribu lagi unit
apartment TLS Fasa II di Taman Sepakat Indah II - Sri Dahlia,
Sri Cempaka dan Sri Lavender juga telah habis dijual tanpa sebarang
promosi besar-besaran sama ada di akhbar-akhar utama mahupun
iklan di televisyen.
Apakah yang menjadi daya tarikan istimewa pemaju perumahan
TLS Group sehingga kesemuanya terjual dalam masa yang singkat?
Beratus ribu penduduk di sekitar Kajang dan Bangi sendiri tidak
sedar bahawa apartment-apartment yang sedang dalam pembinaan ini
sebenarnya telah habis dijual. Saya sendiri yang telah menetap
selama 4 tahun di Kajang tidak sedar akan hal ini sehinggalah
saat-saat akhir pembinaan Apartment Sri Lavender yang bernilai
RM151,000.00 seunit yang sempat saya beli pada April 2008 yang lalu.

Anda perlu miliki apartment Sri Ixora, sepertimana saya memiliki
apartment Sri Lavender!
"Lebih 90%
pengunjung laman web Sri Ixora menyatakan bahawa apartment Sri
Ixora mempunyai rekabentuk yang cantik"
Sememangnya kelompok apartment TLS di Taman Sepakat Indah 2
sangat menarik perhatian saya. Daripada lebuhraya Kajang SILK yang
saya lalui setiap hari, saya dapat lihat kepesatan pembangunan
Apartment TLS Group yang bermula dari kawasan Sungai Chua, Kajang
sehingga ke sempadan Seksyen 7 Bangi. Saya kagum dengan
kepantasan pembinaan apartment-apartment TLS! Apa agaknya
inovasi teknologi pembinaan yang diimplementasikan dalam kerja-kerja
pembinaan apartment ini.

Menarik
perhatian....Pemandangan dari Kajang SILK Highway, dapat
dilihat kepesatan pembangunan hartanah kelompok apartment di
Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang yang dibangunkan oleh
TLS Group.
Nah! Kini Apartment Sri Ixora iaitu satu lagi projek
apartment terbaru daripada TLS Group dibangunkan bersebelahan
dengan Apartment Sri Lavender yang sudah dapat saya miliki.
Apartment ini merupakan apartment Fasa II yang terakhir.
Tiada lagi pembinaan sebarang apartment di kawasan Taman Sepakat
Indah selepas ini kerana kawasan yang diperuntukkan untuk pembinaan
telah mencapai tahap maksimum. Bukan setakat fasa terakhir,
Apartment Sri Ixora merupakan apartment terbaik yang bakal dibina
oleh TLS Group di Taman Sepakat Indah 2.

Apartment
Sri Ixora akan tersergam megah di sini...Sri Ixora merupakan
apartment moden tertinggi di Kajang (19 tingkat)
bersebelahan apartment Sri Lavender (14 tingkat).
Wajarlah bagi
mereka yang berkemampuan, masyarakat kaum bumiputera yang beragama
Islam khasnya merebut peluang ini untuk menjadi sebahagian
daripada komuniti Taman Sepakat Indah 2. Sehingga pertengahan Julai
2008, peluang untuk membeli unit-unit apartment di tingkat 10 ke
bawah masih lagi ada. Dengan faktor kenaikan harga bahan binaan
yang sentiasa menghantui pemaju dan pembeli, keputusan untuk
membeli rumah pada peringkat awal menjanjikan harga yang lebih murah.
Harga rumah
semakin lama semakin mahal. Jika belum berumahtangga atau merancang
untuk lewat berkahwin tetapi mempunyai kewangan yang telah stabil,
dan juga pasangan yang telah bertunang atau baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata
dan merancang memiliki rumah pertama, buatlah keputusan dengan
segera dalam pembelian rumah atau apartment. Anda tidak akan rugi
membeli rumah pada awal usia muda kerana membeli rumah atau
apartment adalah suatu pelaburan yang baik untuk masa depan anda
dan pasti ianya keputusan yang menguntungkan anda.
"Dari
Apartment Sri Ixora sama ada anda menuju ke Putrajaya atau
Serdang, anda tidak melalui plaza tol"
Akhir kata,
kepada mereka yang bekerja di sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya,
Serdang Cyberjaya dan mungkin Kuala Lumpur, apartment Sri
Ixora adalah projek hartanah yang tidak boleh dilepaskan!
Carilah seribu alasan untuk anda memiliki apartment ini
Sekian. |