Pendahuluan
Anak anda adalah
salah seorang daripada berjuta kanak-kanak di dunia yang memiliki
sifat unik yang membezakannya dengan kanak-kanak yang lain. Cara
terbaik pembelajaran seseorang kanak-kanak itu bergantung kepada
banyak faktor: umur, gaya pembelajaran, dan personalitinya. Artikel
ini akan menerangkan tentang beberapa gaya pembelajaran
kanak-kanak untuk anda baca dan kemudian membuat penilaian terhadap
anak anda. Ia diharap dapat membantu anda memilih aktiviti dan
kaedah yang paling sesuai untuk pembelajaran anak-anak anda.
Kanak-kanak Melalui Peringkat Pembelajaran yang Berbeza
-
Seorang bayi
belajar mengenal dunia dengan memberikan reaksi terhadap input
yang dirasai melalui derianya.
-
Daripada umur 2
sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan untuk
mencari sebab dan berfikir, namun ia masih bepusat kepada
dirinya sendiri (self-centred).
-
Selepas berumur
7 tahun, kanak-kanak biasanya akan menjadi kurang self-centred
dan boleh melihat di luar daripada dirinya. Sehingga mencapai
umur 12 tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh mula menaakul dan
menguji idea-ideanya mengenai dunia.
Ini bermakna,
bagi kanak-kanak kecil kita perlu untuk 'personalise' dan
memberikan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan diri
mereka sementara kanak-kanak yang lebih berumur memerlukan
bantuan dalam membangunkan kepekaan diri terhadap dunia di
sekeliling mereka. Ini juga bermakna bahawa kanak-kanak mesti
berada pada tahap yang betul sebelum mereka bersedia mempelajari
sesuatu. Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil bersedia untuk
belajar konsep nombor, warna dan bentuk tetapi tidak bersedia
untuk belajar perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa dan
sebagainya.
Pelajar jenis apakah anak-anak anda?
-
Adalah penting
untuk anda mengambil tahu dan memahami bagaimana anak-anak anda
dapat belajar dengan cara yang lebih baik atau dengan cara yang
ia paling suka. Apakah kepekaan mereka yang paling utama? Adakah
mereka sukakan gambar-gambar atau membaca? Jika demikian, anda
bolehlah menggalakkan anak-anak anda menggunakan lukisan, gambar,
peta dan gambarajah sebagai sebahagian daripada
bahan pembelajaran mereka.
-
Sebahagian
kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan
kuat. Anda boleh menggunakan pembacaan cerita untuk menggalakkan
pembelajaran bagi kanak-kanak jenis ini. Kebanyakan kanak-kanak
memang seronok belajar melalui nyanyian dan lagu.
-
Adakah
anak-anak anda suka untuk menyentuh benda dan bergerak bebas?
Ada sebahagian kanak-kanak yang kelihatan sangat bertenaga dan
lincah. Anda boleh menggunakan permainan (game) untuk
menggalakkan mereka bergerak, pembacaan cerita atau mungkin
dengan kaedah menari bersama mereka!
-
Jika anak anda
seorang yang pendiam, mempunyai kosakata yang baik dan boleh
membaca dengan baik, permainan seperti 'word games',
'crosswords' dan carian perkataan sesuai digunakan untuk
menggalakkan mereka belajar.
-
Terdapat
kanak-kanak yang memerlukan penerangan yang terang dan jelas
mengenai peraturan (rules) dan corak (patterns) dan dalam masa
yang sama mereka ini baik dalam menguasai matematik. Untuk
kanak-kanak seperti ini, aktiviti seperti permainan teka-teki
'word puzzles', 'reading and writing puzzles', penyelesaian
masalah (problem-solving), meletakkan benda-benda mengikut
sususan atau kategori dan juga permainan komputer (computer
games) menyediakan peluang pembelajaran yang ideal.
Apakah jenis interaksi yang disukai oleh anak anda?
-
Terdapat
sebahagian kanak-kanak mudah mesra, mampu bersosial dengan baik
dan boleh belajar sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka
hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut untuk
membuat kesilapan.
-
-
Terdapat
sebahagian kanak-kanak lebih pendiam dan lebih reflektif. Mereka
belajar dengan cara mendengar dan memerhati apa yang berlaku.
Kanak-kanak jenis ini tidak suka melakukan kesilapan dan tidak
akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka
mendapat kepastian.
-
Jika anak anda
jenis yang mudah mesra, belajar secara berkumpulan dengan
kanak-kanak lain mungkin lebih baik baginya. Sementara bagi anak
yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang
lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa.
Salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah dengan membacakan
cerita dalam bahasa Inggeris ketika ia hendak tidur.
Memotivasikan Anak Anda
-
Untuk
mewujudkan motivasi dalam diri seseorang kanak-kanak,
pembelajaran perlulah dalam keadaan yang seronok dan tidak
memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk
menuruti kehendak dan minatnya sendiri. Sebagai contoh, jika
anak anda meminati bolasepak, dia biasanya akan gemar untuk
membaca cerita mengenai bolasepak walaupun tahap bahan cerita
itu sukar sedikit. Jadi, dapatkanlah buku tentang bolasepak
dalam bahasa Inggeris. Dalam banyak keadaan, minat dan motivasi
akan membolehkan kanak-kanak mengatasi masalah kesukaran untuk
belajar membaca bahan bahasa Inggeris itu.
-
Cubalah anda
sediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda belajar
bahasa Inggeris. Lagu dan muzik bahasa Inggeris, video dan
DVD, rancangan TV dalam bahasa Inggeris untuk kanak-kanak,
sebarang jenis permainan (game) terutamanya permainan
komputer dapat memotivasikan seseorang kanak-kanak.
Berapa lama anak anda boleh memberikan tumpuan?
-
Kanak-kanak
biasanya hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang
pendek. Oleh yang demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan
anak anda, misalnya menggunakan flash card, ataupun membuat
gerakerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda
berhenti sebentar untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang
lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau menunjukkan
kenakalannya.
Membetulkan Kesilapan Anak Anda
-
Kanak-kanak
akan memberikan maklumbalas yang baik jika diberikan galakan dan
pujian. Dengan memberikan pujian dan galakan, anak anda akan
tahu bahawa apa yang ia lakukan itu betul dan baik dan biarkan
mereka tahu perkara tersebut. Jangan banyak sangat
mengkritik anak anda apabila mereka membuat silap. Membuat silap
adalah suatu perkara yang lumrah apabila belajar bahasa Inggeris.
Jangan menyentuh setiap satu kesilapan tatabahasa. Sebaliknya,
galakkan anak anda menggunakan bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi.
Rutin dan Pengulangan
-
Kanak-kanak
perlu mengulangi sesuatu bahasa sebanyak yang mungkin agar
bahasa tersebut dapat 'melekat' padanya. Jadi, jangan gusar
untuk mengulang bahan yang anak anda gunakan untuk belajar
bahasa Inggeris berkali-kali. Biarkan mereka mengulang sesuatu
aktiviti, tajuk atau set perkataan. Kanak-kanak biasanya suka
untuk mengulang lagu atau cerita yang sama kerana pengulangan
mampu memberikan mereka rasa keyakinan.
-
Mengadakan
rutin yang tetap untuk sesuatu kerja rumah (homework) juga
adalah penting. Anda boleh menyemak apa yang mereka perlu
lakukan untuk 'homework' dan tetapkan masa untuk anak anda
lakukan setiap hari.
|
Have Fun with LIPO Value Pack mengandungi 3
buku aktiviti dan 3 CD untuk pembelajaran bahasa
Inggeris secara interaktif.
The Think Tank - Kad aktiviti matematik
untuk peningkatan kepekaan nombor (number sense)
kanak-kanak. Terdapat 12 set kad dan 20
aktiviti bagi setiap set kad.

Kenali
permainan matematik
MyRummy
Kad Myrummy
mudah dibaca oleh kanak-kanak.
|