Pengenalan
Kanak-kanak adalah
golongan yang dahagakan kepada bahasa. Tidak seperti golongan
dewasa, kanak-kanak bersifat 'self-motivated' untuk mengambil
sesuatu bahasa tanpa berfikir panjang. Kanak-kanak mempunyai
kebolehan untuk membunyikan sebutan mengikut cara mereka sendiri.
Pada mereka, semua yang dituturkan itu tidak salah pun. Mereka juga
tidak merasakan bahawa belajar bertutur dalam bahasa Inggeris itu
sesuatu yang sukar sehinggalah orang-orang disekelilingnya yang
lebih dewasa yang menegur kesilapan mereka (kerana yang lebih dewasa
itu telahpun melalui pengalaman pembelajaran bahasa Inggeris secara
akademik menggunakan buku tatabahasa bahasa Inggeris).
Bahagian seterusnya
akan memberikan tips dan panduan berguna kepada ibu bapa dalam
mendidik anak untuk belajar bahasa Inggeris pada awal usia
kanak-kanak.
Kelebihan memulakan
pembelajaran pada peringkat awal usia
Kanak-kanak pada
peringkat awal usia sebenarnya mempunyai strategi yang tersendiri
(secara semulajadi) untuk belajar bahasa ibundanya dan jika
kanak-kanak disuruh belajar bahasa Inggeris sejak peringkat awal,
mereka akan menggunakan strategi yang sama untuk belajar bahasa
Inggeris.
Kanak-kanak pada
peringkat awal usia juga mempunyai masa yang banyak untuk belajar
menerusi aktiviti bermain. Mereka menangkap sesuatu bahasa dengan
cara mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan mereka
bersama-sama orang yang lebih dewasa. Kebiasaannya, mereka akan
mencuba untuk menyesuaikan dahulu diri mereka dengan aktiviti
permainan tersebut dan selepas itu baharulah mereka akan memahaminya
menerusi bahasa yang didengari daripada orang yang lebih dewasa.
Kanak-kanak pada
peringkat awal usia mempunyai masa yang lebih banyak untuk
menggunakan bahasa Inggeris dalam program-program hariannya (tidak
seperti kanak-kanak yang telah masuk ke alam persekolahan). Kotak
pemikiran mereka juga masih belum ‘penuh’ dengan perkara-perkara
lain, menjadikan mereka lebih mudah menyerap perkara baru.
Kanak-kanak yang dapat
belajar bahasa Inggeris pada peringkat awal usia akan mempunyai
sebutan (pronounciation) yang lebih baik di samping dapat
menjiwai bahasa Inggeris sebagaimana kita menjiwai bahasa ibunda
kita. Jika kanak-kanak dibesarkan dengan hanya satu bahasa sehingga
ke peringkat mampu menyedari kesilapan bahasa, keupayaannya untuk
menangkap bahasa asing atau bahasa kedua akan hilang dan mereka akan
berasakan bahawa perlunya belajar bahasa asing, misalnya bahasa
Inggeris dengan betul dan tepat melalui program bahasa Inggeris yang
menekankan soal tatabahasa.
Tahap-tahap untuk belajar
bahasa Inggeris
Bahasa percakapan
datang sebelum pembacaan dan penulisan. Kanak-kanak belajar bahasa
percakapan yang biasanya merupakan bahasa ibundanya secara tidak
formal di rumah.
-
Pembelajaran ketika dalam
tempoh masa senyap (silent period)
Sewaktu bayi mula
belajar bahasa ibundanya, satu tempoh masa senyap akan dilalui oleh
mereka iaitu sepanjang mereka hanya melihat dan mendengar dan
berkomunikasi melalui ekpressi wajah atau bahasa badan sebelum
mereka boleh mula bertutur. Apabila kanak-kanak pada awal usia
belajar bahasa Inggeris, akan terdapat ‘silent period’ yang sama
dalam komunikasi dan pemahaman sebelum mereka mampu untuk menyebut
atau menuturkan sebarang perkataan-perkataan bahasa Inggeris.
Dalam tempoh masa ini,
ibubapa tidak seharusnya memaksa anak-anak untuk terlibat atau
mengambil bahagian dalam komunikasi atau berdialog. Dialog
percakapan seharusnya berlaku di sebelah pihak saja iaitu orang
dewasa yang bercakap agar percakapan itu dapat memberi ruang kepada
kanak-kanak untuk menangkap atau belajar bahasa Inggeris yang baharu
bagi mereka. Biarkan anak-anak anda menggunakan kemahiran dan
strategi tersendiri (strategi semulajadi mereka ketika belajar
bahasa ibunda) untuk belajar bahasa Inggeris.
-
Mulakan bertutur
Selepas beberapa lama,
bergantung kepada kekerapan sesi pembelajaran bahasa Inggeris,
kanak-kanak akan mula berani menuturkan satu demi satu perkataan
bahasa Inggeris (misalnya ‘cat’, ‘house’) atau mungkin sudah
bersedia dan mampu membuat ayat pendek (misalnya ‘What’s that?’,
‘It’s my book, ‘I can’t’, ‘That’s a car’) dalam perbualannya.
Pada
peringkat ini, kanak-kanak sebenarnya telah dapat mengingati sesuatu
perkataan atau ayat dan kemudian ia menyebut dengan sebutan yang
diingati olehnya. Mereka mungkin belum tahu lagi sama ada sebutan
mereka itu adalah satu perkataan atapun merupakan satu ayat.
Keadaan
seperti ini akan berterusan untuk satu jangka masa tertentu yang
cukup untuk memberi ruang kepada mereka untuk mempelajari lebih
banyak perkataan bahasa Inggeris sebelum mereka benar-benar bersedia
dan mampu membina ayat mereka sendiri.
-
Membangunkan keupayaan
berbahasa Inggeris
Kanak-kanak membina
membina frasa ayat secara berperingkat. Dimulakan dengan cara
menghafal perkataan sehingga mereka sendiri menanmbah perkataan
daripada kosa kata mereka sendiri (misalnya ‘a cat’, ‘a white cat’,
‘a white and a black dog’) atau daripada satu ayat yang dihafalnya
dan kemudian mereka menambahnya (misalnya ‘That’s my chair’, ‘Time
to play’).
Bergantung kepada setakat mana pendedahan yang diterima
dan pengalaman yang dilalui, kanak-kanak akhirnya akan mampu untuk
mencipta dan membina satu ayat penuh yang lebih membawa makna.