Home

Hargai Warisan Sejarah Bandar Klang - Bandar DiRaja Selangor

DIRECTORIES KLANG A ROYAL TOWN OF SELANGOR, MALAYSIA
Klang Tourism
Ministry to give Klang tourism boost.
Peta Bandar Klang
Overview of Klang
Place of Interest
Istana Alam Shah Klang
Masjid Sultan Suleiman
Klang Mosque
Jambatan Kota Lama
Gedung Raja Abdullah
Kota Raja Mahadi
Galeri DiRaja
Tugu Keris
Little India
Taman Pengkalan Batu
Tanjung Harapan
Pelabuhan Klang
WestPort
Pulau Indah
Pulau Ketam
Facilities
Hentian Bas Klang Utara
Klang Sentral
Pejabat Pos Klang
JPJ Klang
Tabung Haji
Railway Station
KTM Komuter
 
 
Leisure Square
Klang Parade
Jusco Klang
Jusco-AEON Bukit Tinggi
Shawcenter Point
GM Klang
Property
Business Property
Housing Land
Apartment
 
Hotels
Histana Hotel
Goldcourse Hotel
Prescott Hotel
Crystal Crown Hotel
Embassy Hotel
BlueStar Hotel
Royal Comfort Hotel
 
Housing Project
Taman Botanic
Bandar Puteri
Parklands
 
Other Towns
Pekan Meru
Pekan Kapar
Pekan Banting
Shah Alam
Putrajaya
Other Municipal
Majlis Bandaraya Shah Alam
 
Online Newspaper
Berita Harian Online
Utusan Online
New Straits Times
The Star Online
Harian Metro Online
Links
Ku Nadzri Fotopages
Endau-Rompin
Badang Perkasa
 

MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN KLANG

Pendahuluan

Masjid DiRaja Sultan Suleiman telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan sebagai Masjid Diraja Klang.

 

Masjid Sultan Suleiman - Masjid DiRaja Klang
Masjid Sultan Suleiman. Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana & Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.

 

About Sultan Sulaiman Royal Mosque

Sultan Sulaiman Royal Mosque is Selangor's royal mosque, which is located in Klang, Selangor, Malaysia. It was constructed by the British in the early 1930s and was officially opened in 1932 by the late Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah of Selangor and the British's Federated Malay States High Commissioner Sir Lawrence Nuuns Guillemard.The mosque's architecture is a combination of Western Art Deco and Neoclassical styles.

Its interesting features include the Tangga Diraja (royal stairs) from Istana Alam Shah and a royal mausoleum. The late Sultan Salahuddin was buried in the mosque's grounds.

 

Senibina Masjid Sultan Suleiman

Konsep rekabentuk Masjid Sultan Suleiman di Bandar DiRaja Klang agak berlainan dari mana-mana masjid yang ada di negeri Selangor mahupun di Malaysia. Daripada hasil bacaan buku-buku sejarah Malaysia, ada yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris.

 

Art-Deco Masjid Sultan Suleiman

Ada pula yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman berkonsepkan Art Deco kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.

Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan). Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil.

Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya.

   

Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend. Masjid ini boleh menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.

Lihat senibina bangunan di sebelah (Kansas City Power and Light Building di USA) yang dibina pada tahun 1931, mempunyai persamaan senibina - Art Deco - dengan menara Masjid Sultan Suleiman yang dibina pada tahun yang sama.

 

Masjid Sultan Suleiman yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman dan di kawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-gereja di Eropah. Namun sekarang bentuk Masjid Sultan Suleiman sudah kelihatan seperti segi empat.

Ruang solat utama Masjid Sultan Suleiman berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'. Gambar di bawah menunjukkan bahagian kubah dari pandangan dalam ruang solat Masjid Sultan Suleiman.

   
Kubah Masjid Sultan Suleiman

Dongak ke atas dan anda dapat dilihat dengan jelas kaca-kaca gelas berwarna-warni di puncak kubah utama. Adanya gelas-gelas kaca ini memberikan sinar ke dalam ruang dalaman masjid. Apabila cahaya matahari menembusi kubah terutamanya ketika waktu tengahari, kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.

   

Serambi asal Masjid Sultan Suleiman juga berbentuk oktagon. Dari ruang solat utama ianya dicabangkan ke empat arah - mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama dan ke tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja.

Tempat wuduk nya adalah yang asal, tetapi kolah wuduk telahpun diubahsuai. Kolah yang asal berada pada aras tanah. Kolah sekarang telah dinaikkan keparas 600mm dan disediakan pili air.

Pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber`arch' adalah yang asal.

.

Lantai asal Masjid Sultan Suleiman disudahi dengan marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru

Mihrab Masjid Sultan Suleiman telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama Masjid Sultan Suleiman sehingga ke mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum dekoratif . Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.

Rekabentuk dalaman Masjid Sultan Suleiman. Gelas-gelas berwarna yang terdapat di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.

Zoom in kaca-kaca pelbagai warna di dinding atas masjid Sultan Suleiman.

Pandangan atas-bawah  - kubah masjid hingga ke lantai memperlihatkan rekebentuk senibina Eropah.
Mimbar dan mihrab dalam Masjid Sultan Suleiman Klang.

Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang luas & disediakan rumah petugas-petugas masjid serta wakaf. Untuk menlihat lebih banyak koleksi gambar Masjid Sultan Suleiman di bandar di raja Klang ini, sila layari Ku Nadzri Fotopages.

Mohd Azeri Hairuddin,

Klang, Selangor - 2008

Kembali ke atas...

English learning CD for Kids. Get in now!