|
Bandar
Klang
adalah bandar DiRaja Selangor. Bandar DiRaja Klang terletak
kira-kira 30 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Dengan menaiki
bas ekpress KL-Klang melalui lebuhraya Persekutuan, anda
akan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk tiba di hentian
bas awam Klang Utara. Dari Bandar DiRaja Klang, anda boleh
mendapatkan bas untuk ke semua destinasi di Klang dan
Selangor. Perjalanan dari Bandar DiRaja Klang ke
Shah Alam
pula, iaitu ibu negeri Selangor mengambil masa antara 10-15
minit.
Klang is a royal town, close to the new
capital of Selangor,
Shah Alam.
It is located about 32
km
to the west of
Kuala Lumpur
and 6 km east of
Port Klang.
It was the civil capital of Selangor in an
earlier era before the emergence of
Kuala Lumpur
and the current capital,
Shah Alam.
You can reach Shah Alam from Klang for about
10-15 minutes, by car!. Klang is close to natural sites such
as the fireflies of Kuala Selangor. You can have
a good seafood at Port Klang (20 mins away) and
Pulau Ketam.

Selepas plaza tol Sg. Rasa di Lebuhraya Persekutuan...landskap
bertulis Klang Bandar DiRaja (warna kuning di sebelah kiri
lebuhraya)...kurang 5 minit untuk tiba di pusat Bandar
DiRaja Klang.

Tugu Keris Klang menanti kedatangan anda ke Bandar DiRaja
Klang. Selepas anda melalui Bukit Raja, perhatikanlah di
sebelah kiri lebuhraya untuk melihat tugu keris ini.
TUGU KERIS (Kris Monument)
- A towering silver Keris (the Malay crooked dagger)
welcomes visitors who come to Klang via the Federal Highway.
It can be seen on the left hand side of the highway as you
pass the Sungai Rasau toll plaza. The monument was erected
to celebrate the Silver Jubilee of the Sultan of Selangor's
intallation in 1985. The Keris was chosen since it depicts
power, strength and unity. Entry is free of charge.
Klang dengan tema 'Indah dan Permai'
Selamat datang ke Bandar DiRaja Klang. Klang adalah
bandar bertemakan "Klang Indah dan Permai". Sepanjang
tahun ini (2008), jalan-jalan di pusat bandar Klang agak
sesak kerana projek mega untuk menaiktaraf jalan di
tengah-tengah pusat bandar Klang. Harap bersabar dengan
kesesakan ketika ini. Diharapkan, pusat bandar Klang akan
bebas daripada masalah trafik dan lebih cantik dan indah
pada 2009 nanti.
Usaha-usaha mengindahkan Bandar DiRaja Klang dilakukan oleh
Majlis Perbandaran Klang (MPK). Selain daripada usaha
pembersihan sungai Klang yang dilaksanakan sepanjang masa,
pihak MPK turut memperelok tebing dan kawasan sepanjang
sungai misalnya dengan pembinaan Taman Pangkalan
Batu
iaitu di sepanjang tebing Sungai Klang dalam bandar Klang
dan tidak ketinggalan juga pembinaan landskap berhampiran
stesen bas awam Klang.

Taman Pangkalan Batu adalah tempat bersejarah di Klang yang
diperindahkan oleh Majlis perbandaran Klang.
Bandar
DiRaja Klang adalah bandar ke-3 termaju di Selangor selepas
Shah Alam dan Petaling Jaya yang telah mencapai status
sebagai bandaraya. Tidak lama lagi akan muncul pula bandar
baru di Klang iaitu Klang Sentral.
Klang, Sungai Klang dan burung hitam
Sejak
dahulu, bandar Klang terkenal dengan burung gagaknya.
Kempen menembak gagak menawarkan wang tunai RM2.00 - 3.00
untuk setiap bangkai gagak! Burung-burung hitam ini masih lagi dapat dilihat terutamanya
di kawasan berdekatan sungai Klang yang tercemar akibat
perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab di kawasan
hulunya. Walau bagaimanapun, bilangannya tidak sebanyak pada
tahun-tahun 80an dan 90an. Dengan keadaan sungai Klang yang
lebih terjaga pada masa kini, kebanyakan burung gagak mula
berhijrah ke bandar-bandar lain di Selangor.

Sungai Klang membahagikan
bandar Klang kepada Klang Utara (kawasan seberang Masjid)
dan Klang Selatan (kawasan Pangkalan Batu)
Majlis
Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan kerja dan kempen
pembersihan sungai sepanjang 47 kilometer yang terletak
dalam sempadan daerah Klang. Penubuhan Unit Litter-Picking
Sungai Klang membuktikan kesungguhan MPK dalam menangani
masalah pencemaran sungai yang dianggap antara paling kotor
di Selangor mahupun Malaysia.
Klang River is a river which
flows through
Kuala Lumpur and
Selangor in
Malaysia and eventually
flows into the
Straits of Malacca. It is
approximately 120 km in length
and drains a basin of about 1288
square kilometres. Klang River
has 11 major tributaries.
Given the fact that the river
flows through
Klang Valley which is a
heavily populated area of more
than four million people, it is
considerably polluted. Heavy
development has narrowed certain
stretches of the river until it
resembles a large storm drain.
This contributes to
flash floods in Kuala
Lumpur, especially after heavy
rain.
Apa yang menarik di Klang...
Apa yang
anda ingin cari apabila datang ke Klang? Apa yang anda ingin
lihat dan lawat bila sampai di Klang? Apa tempat yang 'best"
ada di Klang? Sesak ke jalan untuk pergi ke Klang? Sama kah
Klang dengan Port Klang? Jom kenali Bandar DiRaja Klang!
Tidak lengkap lawatan anda ke Klang jika tidak pergi ke
Klang Utara dan Klang Selatan yang terpisah oleh Sungai
Klang yang terkenal itu! Merentasi sungai Klang melalui dua
buah jambatan utama di Klang adalah pengalaman yang
menyeronokkan bagi sesetengah orang.

Jambatan Kota dikekalkan bagi memberi peluang 'sightseeing'
merentasi Sungai Klang, khas untuk pejalan kaki, penunggang
basikal, beca dan motosikal.
Gambar
jambatan di atas diambil dari Taman Pangkalan Batu. Jika
anda menyeberangi Jambatan Kota dari sini, anda akan sampai
di Jalan Pasar. Jalan Pasar sangat popular kepada peniaga
Melayu kerana di situlah terletaknya 'Pasar Jawa' yang
popular dalam kalangan penduduk Melayu-Jawa di Klang.Pasar
Jawa adalah "syurga kerepek" di mana terdapat pelbagai jenis
kerepek yang segar dijual pada harga yang murah. Pada malam
sebelum Hari Raya Aidilfitri, kawasan ini akan sesak dengan
kenderaan yang datang dari seluruh daerah Klang, Banting
Kuala Selangor dan Shah Alam membuat last minute shopping di
Bazaar Ramadhan berhampiran dan juga memborong kerepek.

Pasar Jawa (kiri) di Jalan Pasar, Klang menjadi tumpuan
peniaga Melayu-Jawa. Disinilah juga sebuah masjid baru yang
besar sedang dibina.
|
Recommendations by Phuah79:PJNet
Newbie :: 25 Feb 2008 |
|
What the nice food in Klang..have a look
overhere .. |
|
1. |
Cendol Klang |
| |
Address: No78, Jalan nanas, 41400
.Klang , Selangor. Business Hour:
11.30am - 7.30pm |
| |
Price: |
-
Cendol Pulut RM 1.70
-
Cendol Kacang - RM1.20
|
| |
Comments:
Authentic cendol is found in Klang town
since long long time ago..no bad u guy
may have a try |
Apa lagi
yang menarik di Bandar DiRaja Klang? Makanan?
Bangunan-bangunan lama? Mercu tanda, pantai, ada ke? Ramai
yang berkunjung ke Bandar DiRaja Klang bukan semata-mata
untuk lihat kemajuan pembandaran, bangunan atau
tempat-tempat bersejarah di Klang tetapi untuk tujuan lain
antaranya ke Pelabuhan Klang - menikmati hidangan di
medan-medan ikan bakarnya - atau mungkin beli ikan fresh di
Pulau Ketam, tengok orang asli di Pulau Carey, memancing di
Pulau Indah dan ada juga yang melalui Klang untuk ke pantai
Morib di Banting. Tapi, ada juga yang datang ke Bandar
DiRaja Klang semata-mata mencari barang atau aksesori kereta
seperti tayar dan sport rim! Ya! Klang Sport Rim memang
popular!

Menjadi kegilaan mat kereta...Pelbagai pilihan 'sport rim'
boleh didapati di Klang (kawasan jalan Kapar) dengan harga
yang murah.
|
|
Pusat Perkhidmatan Tayar Jln Kapar
Ban Hooi Tayar
Sdn Bhd
2057-2061, Batu 1, Jalan Kapar, Klang
41400 Selangor,
Tel: 03-3342 3146
Hock Li Sdn Bhd
132, Jalan Kapar, Klang
41400 Selangor,
Tel: 03-3348 8539
Chin Heng Sdn Bhd
508, Batu 2 1/2, Jalan Kapar, Klang
41400 Selangor,
Tel: 03-3341 2633 |
Klang Utara Sebagai Pusat Komersial
Sesuai
dengan kedudukannya yang lebih hampir dengan Shah Alam dan
KL, kawasan Klang Utara memiliki banyak pusat beli belah dan
bank dan hotel. Klang City Square, Klang Shaw Center Point,
Plaza Metro, Kompleks MPK, Tabung Haji dan Jabatan
Pendaftaran Negara cawangan Klang berada di kawasan
ini.Justeru, kawasan ini menjadi tumpuan warga asing
termasuklah warga Indonesia, Bangladesh, Nepal untuk
berkumpul dihujung minggu. Bagi kebanyakan orang,
persekitaran di sini yang dipenuhi dengan warga asing
semakin kurang menyenangkan.
Klang Selatan dan Tempat-tempat Menarik
Kebanyakan tempat menarik untuk dilawati berada di Klang
Selatan (iaitu bahagian yang menghala ke Pelabuhan Klang).
Klang Selatan merupakan pusat pentadbiran Klang. Mahkamah,
Pejabat Agama, Istana, Masjid diRaja, Majlis Perbandaran ,
Pejabat Daerah, perpustakaan, hospital, pejabat pos, sekolah
dan kolej terkenal ada di sini.

Bangunan Galeri diRaja Sultan Abdul Aziz Shah (dibuka sejak
Disember 2007) menyimpan pelbagai koleksi DiRaja Selangor di
Klang, berhampiran Little India dan juga Stesen Keretapi
Klang.
Jika
anda ingin menikmati makanan masakan Melayu, cubalah
jalan-jalan di Kampung Jawa Klang. Ada banyak
restoran masakan Melayu di sana dan meriah jika pergi
sebelah malam hari. Jika anda datang dari pusat bandar Klang, dalam
perjalanan ke Kampung Jawa, anda akan melihat beberapa
tempat menarik seperti Istana Alam Shah (1905), Masjid
DiRaja Sultan Sulaiman (1932), Stadium Kota Raja (1975), dan
juga pusat pengajian Islam terkenal (1955) - Kolej Islam
Sultan Alam Shah (KISAS) atau lebih dikenali dengan nama
Kolej Islam Klang!

Masjis DiRaja Sultan Sulaiman (1932) memiliki senibina
kolonial British dengan pengaruh
art-deco.
Sultan Sulaiman Mosque - Situated along
Jalan Raya Timur in Port Klang.It is a former
state mosque. It is a very unique and pictureque
mosque.
Raja Mahadi Fort -
Situated near Kota Bridge on the bank of Klang
River in Port Klang.
The
remains of the fort entrance and some bunkers
can be found here at the compound of the Klang
Town Council.
Medan Ikan Bakar - Situated at Esplanade
facing the Straits of Klang in Port Klang.
A
place must visit by seafood lovers. Here one can
find all kinds of delicious and fresh seafood,
grilled, or cooked. Open-air food stalls and
dining while viewing the scenary of the Klang
Straits. See below for details.
Pusat
Bandar DiRaja Klang lebih tertumpu untuk aktiviti
perniagaan dan bukan untuk pelancongan resort. Namun,
Kerajaan Negeri Selangor ada juga membuat usaha untuk
memperkenalkan bandar DiRaja Klang sebagai destinasi
pelancongan yang unik di Selangor. Di sinilah terletaknya
'Little India' Malaysia. Bagi pencinta etnik, kawasan
ini wajib dikunjungi. Saya juga suka melalui kawasan "Little
India" ini, walau pun sesak kerana ia ada keunikannya yang
tersendiri.

"Little India", pusat tumpuan golongan peniaga dan
masyarakat India telah diiktiraf sebagai salah satu
produk pelancongan di Klang
The Little India from
Wikitravel.org
The Little
India enclave
along Jalan Tengku Kelana, Klang is the biggest
Indian street in Malaysia. Fierce competition among
shop owners translate into cheaper prices for
consumers, and people are literally spoilt for
choice amidst the rows of shops on the left and
right sides of the road, with stalls spilling onto
the sidewalks and backlanes. Myriads of items such
as saris, colorful accessories such as bangles and
necklaces, textiles, stainless steel pots, Indian
delicacies, gold and flowers are sold here.

During Deepavali, the street is
transformed into a colorful spectacle of light and
sound befitting the "festival of light". Most shop
owners pool their resources together to decorate the
street and the walkways of their shops. The street
will be decorated weeks before the actual festival.
The atmosphere is eletrifying and traffic will be
clogged up as thousands of people make their way
from as far as Singapore to make their purchases.
Some shop owners will also invite shoppers into
their shops to sample delicacies and to celebrate
the festival together.
It is easy to be caught up in the
throngs of people walking in the narrow walkways,
but a little awareness and precaution should be
practiced for your own safety. Police patrol the
street during the festive season to avoid unwanted
incidents and to control traffic flow. Moreover, the
Klang main police headquarters is just a stone's
throw away from the street. So this area is quite
safe for tourists.
Parking in this area is very
limited, so it is advisable to take public transport
to Little India. The bus station is located at the
beginning (or the end to some people) of the street.
Take the Metrobus from
the junction facing Pasar Seni, Kuala Lumpur, This
bus goes all the way to the Klang bus station.
Alternatively, you can take the train from KL
Sentral and alight at Klang station. Indian Street
is only ten minutes away from the train station.
Untuk
menggalakkan 'tourism' di Bandar DiRaja Klang, Kerajaan
negeri Selangor turut berhasrat menjadikan Istana Alam Shah,
iaitu Istana Sultan Selangor di Klang yang dibina pada tahun
1932 sebagai Muzium diRaja Klang. Jika mendapat perkenan
Sultan Selangor, ia dijangka akan dapat dibuka pada tahun
2009. Walau bagaimanapun, kawasan istana yang boleh dilawat
terhad di kawasan Balairung Seri dan Dewan Santapan.

Pintu masuk ke Istana Alam Shah, Jalan Istana, Bandar DiRaja
Klang.
Istana Alam Shah is
the
Sultan of Selangor's official palace. It is from here
that His Royal Highness carries out his official duties as
Sultan and ceremonies involving the Selangor royalty are
held here. The palace is located in the south of the royal
town of
Klang,
Malaysia.
Terbaru
pada 2008, Klang juga mula menjadi tumpuan orang membeli
belah. Ada 2 buah pusat beli belah Jusco di Klang, tapi
Jusco Bukit Tinggi Klang adalah pusat beli belah Jusco
terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan ruang niaga
1,000,0000 kaki persegi! Anda pasti teruja melihatnya...Satu
lagi Jusco (yang lama) lama di Bandar Baru Klang (kawasan
Bukit Raja). Tidak susah untuk datang ke sini kerana ia
sangat hampir dengan KESAS Highway.

Southeast Asia's largest Jusco
store, the
ÆON Bukit Tinggi Shopping Centre in
Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Bandar Bukit Tinggi, Klang
Located at the new and rapidly growing Southern Corridor of
Klang, the township is equipped with good infrastructure and
easy access to the Port Klang and West Port.
In fact, Bandar Bukit Tinggi is now a magnet for much of
Klang’s business activities. With the proximity of major
highways such as the Kuala Lumpur-Shah Alam (KESAS)
Expressway and New Klang Valley Expressway (NKVE), this
thriving development enjoys good accessibility to Shah Alam,
Petaling Jaya Kuala Lumpur and other major hubs along the
NKVE.
This township counts among its neighbours Bandar Botanic,
Glenmarie Cove and Bandar Puteri Klang.
With more than 100 food outlets (and counting!) of all kinds
already open here, Bandar Bukit Tinggi is also making a name
for itself as a culinary haven. Current offerings include
everything from the unassuming mamak and hawker stalls to
bak kut teh, steamboat, Kajang satay, Western, Asian, fast
food and vegetarian restaurants.
Dalam beberapa tahun akan datang,
Klang akan dilengkapi dengan sebuh terminal pengangkutan
awam baru di
Klang Sentral, sebuah lagi pembangunan
hartanah yang baru dan sangat berpotensi untuk maju di
bandar Klang.

Ilustrasi bandar baru Klang Sentral yang sedang giat
dimajukan.
Klang
sentral
telah dihubungkan dengan lebuhraya Persekutuan dengan
pembinaan lebuhraya baru. Ini menjadikan kedudukan
Klang
Sentral
begitu stategik. Tidak hairanlah, walaupun
Klang
Sentral belum siap sepenuhnya, tetapi taman perumahan mega
dan pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, Carrefour dan
Giant telah dibina lebih awal.
Melawat Kesan Sejarah di Bandar DiRaja Klang
Selain
daripada itu, Klang juga adalah bandar yang bersejarah di
Selangor. Jika anda ingat, mengapa Perang Kelang berlaku
pada 1867? Perang Klang meletus pada 1867 ekoran tuntutan
Raja Mahadi ke atas daerah Klang daripada Raja Abdullah.
Raja Mahadi adalah putera Sultan Sulaiman yang pernah
memerintah Klang.

Bekas
tapak Kota Raja Mahadi di atas bukit di mana bangunan Majlis
Perbandaran Klang didirikan.
Jadi,
jika berkunjung ke Klang, anda boleh melawat bekas tapak
Kota Raja Mahadi dan Masjid Sultan Sulaiman yang indah di
bandar diRaja Klang.
Kesimpulan
Dengan
kepesatan pembangunan hartanah di Klang dan kawasan
sekitarnya - Meru, Setia Alam, projek perluasan kampus UiTM,
Klang Sentral, Bandar Baru Klang, Bandar Bukit Tinggi, Taman
Botanic, Taman Parklands dan banyak lagi kawasan projek
perumahan mega di Klang, laman Web ini diharapkan dapat
memberikan panduan kepada anda yang ingin berhijrah dan
menetap di Klang.
Mohd Azeri Hairuddin, Klang, Selangor. |