MY RUMMY®

 

Have Fun with LIPO

 CD belajar BI (7-8 Tahun)

ARTIKEL ILMIAH

Bagaimana kanak-kanak belajar matematik?

Amalan Pembelajaran Koperatif oleh Guru-guru Matematik

Komunikasi Melalui Interaksi Sosial.

Bagaimana kanak-kanak belajar bahasa Inggeris.

 

JADIKAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SERONOK, BERMAKNA, BERGUNA DAN MENCABAR!

 

 

 

Home | Mengenai Kami | Q & A | Latihan Matematik Tahun 1 | Latihan Mental Math  (umur 8 to 9) | Hubungi Kami

 

Buy Now!

 

:: My Rummy di syorkan untuk kanak-kanak berumur 8-9 tahun ::

 

FREE DOWNLOAD! Satu Set Permainan Matematik My-Rummy!

 
   

Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid :: Ahmad Hozi H. A. Rahman (Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum)

 
 

 

 
   

PENGENALAN

 

Umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas. Murid diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Kurikulum matematik sekolah rendah pula memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian.

Kini, pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah telah menggunakan bahasa Inggeris yang bermula dari darjah 1. Adakah matematik masih seronok, bermakna, berguna dan mencabar? Cukupkah bahan-bahan matematik yang ada disekolah yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan?

 
ARTIKEL ILMIAH
Tahap Pencapaian Matematik Malaysia dalam Kajian TIMMS
Inovasi dan Amalan Yang baik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Bahasa murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 

MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

Guru-guru matematik sebagai golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar matematik berdepan dengan pelbagai masalah pengajaran matematik yang berbeza mengikut tahap murid. Murid sekolah rendah tahun 1 dan 2 yang baru mengenal alam persekolahan pun mempunyai masalah yang tersendiri. Apakah di antara masalah-masalah mereka? Jika hendak di senaraikan, banyak juga masalahnya. Jika anda seorang guru matematik, anda lebih mengetahuinya bukan?

Namun, daripada pandangan orang luar, mengajar murid sekolah rendah iaitu tahun 1 dan tahun 2 nampak mudah. Hakikatnya, ia tidaklah semudah yang disangka.

 

Masalah #1: Pada peringkat usia 7 dan 8 tahun, murid-murid ini bukannya boleh berdikari untuk belajar. Semuanya perlu diarahkan. Mungkin kerana didikan tidak formal di rumah oleh ibu bapa, menjadikan mereka amat memerlukan perhatian secara individu sebagaimana di rumah. Jika dilayan secara individu, mereka sebenarnya lebih pantas dalam pembelajaran.

Apa lagi masalah yang biasanya dapat anda lihat semasa mencuba mengajar matematik kepada anak-anak di rumah?

 

Masalah #2: Ya, mereka susah benar memberikan fokus dalam perkara yang di ajar. Menyebut tentang fokus terhadap pembelajaran matematik ini, boleh dikatakan fokus murid-murid perempuan lebih lama berbanding murid laki-laki. Kanak-kanak atapun murid perempuan nampak lebih senang duduk diam dalam menyiapkan kerja. Kanak-kanak atau murid lelaki pula, pantang nampak kawan, mereka akan terdorong untuk saling mengajak untuk bermain. Itulah yang mereka paling suka! Itulah alam mereka!

 

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran matematik, jika kawalan guru terhadap kelas tidak baik, murid-murid ini akan terus leka dan tidak banyak belajar di dalam kelas. Tidak mustahil juga, mungkin akan ada yang langsung tidak faham konsep-konsep matematik yang diajar oleh guru walaupun hanya konsep-konsep nombor yang asas! Mereka juga akan gagal menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang asas - tambah, tolak darab dan bahagi. Oleh kerana masalah ini tidak ditangani dan kelemahan tidak diperbaiki dari perignkat awal, maka ia berterusan sehinggalah murid itu masuk ke Tahun 2. Tidak faham dan tidak faham memanjang akan memadamkan motivasi belajar dan akhirnya menjadikan murid bosan untuk belajar matematik! Bagaimana mungkin generasi 'pandai matematik' dapat dilahirkan jika beginilah keadaannya.

 

Masalah #3: Seterusnya, guru matematik juga berdepan dengan masalah tiadanya minat untuk mempelajari matematik dalam kalangan murid-murid sekolah. Masalah ini mungkin adalah masalah yang diwarisi! Masalah tidak minat atau kurang minat ini seterusnya membawa kepada masalah yang kedua iaitu murid-murid gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam matematik. Nah! Hal inilah yang menyebabkan adanya murid tahun 5 dan 6 yang markahnya corot-corot belaka dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)!. Tidakkah pihak sekolah berasa malu jika keputusan matematik UPSR sekolah di tahap yang corot? Tidakkah guru matematik merasa tertekan mendapat murid yang sedemikian?

 

 

 

 

 

 

 

Apakah yang sepatutnya dilakukan?

 

Tidak dapat dinafikan bahawa, guru matematik yang pakar sekalipun akan mati akal untuk mengajar matematik jika murid-muridnya tidak berminat untuk belajar. Tinjauan pernah dibuat dalam kalangan guru-guru mengenai bagaimana mereka menangani masalah seperti ini. Kebanyakannya mengatakan bahawa mereka akan memberikan banyak latihan matematik kepada murid-murid tersebut. Latihan matematik secara bertubi-tubi ini sekurang-kurangnya akan menjadikan murid-murid sibuk dan tidak membuang masa di dalam kelas. Sekalipun murid-murid telah menyiapkan semua latihan matematik yang diberikan oleh guru mereka pada setiap hari, adakah semua latihan matematik itu akan menambah minat murid-murid kepada matematik? Ya, belum tentu!

 

Pernahkah anda terfikir...

 

Jika masalah murid tidak meminati matematik ini berlaku di kelas anda bagaimana? Pernahkah anda terfikir untuk keluar dari kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang stereotaip kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang kreatif?

Mungkin anda pernah membuat satu permainan yang berkaitan dengan matematik untuk menarik minat murid-murid terhadap matematik. Cuba anda perhatikan;

  • Adakah permainan matematik tersebut sesuai dimainkan oleh semua murid dalam kelas anda? atau

  • Permainan matematik yang anda buat itu hanya sesuai untuk murid yang cerdik sahaja atau yang lemah sahaja?

  • Adakah teknik permainan matematik anda betul?

  • Adakah permainan matematik anda itu mendapat sambutan murid-murid dan mereka seronok dalam pembelajaran?

Jika anda mempunyai misi dalam memperbaiki prestasi dan pengalaman pembelajaran matematik , anda berada di tempat yang tepat. Lihatlah, apa yang boleh anda lakukan dengan bahan bermutu yang kami sediakan! Di samping latihan, perbanyakkanlah aktiviti! My Rummy, bukan setakat aktiviti matematik yang mencabar dan menyeronokkan malah lebih daripada itu! My Rummy, sesuatu yang perlu anda ketahui! Teruskanlah bacaan anda!

 

 
 

TUJUAN PEMBANGUNAN APLIKASI MY RUMMY

 
     

checklist

Membantu guru menyediakan bahan sokongan yang bermutu mengikut keperluan negara.

checklist

Bahan sokongan yang menepati kehendak Kementerian Pelajaran berdasarkan kelemahan yang dikenalpasti.

checklist

Bahan yang sudah dicuba beberapa tahun sebelum diperkenalkan ke sekolah-sekolah.

checklist

Mudah digunakan kerana ramai Guru Jurulatih Utama (JU) dan guru sudah didedahkan dengan pendekatan ini.

checklist

Memberi pendidikan mengikut kemudahan zaman kanak-kanak masakini.

checklist

Pembelajaran kendiri yang boleh menguji pelbagai gaya pembelajaran murid.

 

 

New Resource

Sila muat turun My Rummy PowerPoint Presentation Slides. Ia menerangkan konsep permainan My Rummy serta bagaimana My Rummy memenuhi prinsip-prinsip pembelajaran dalam kurikulum KBSR.

 
     
 

     

Pengenalan My Rummy

 
   

My Rummy ialah satu versi game-card untuk Matematik. Apa yang dimaksudkan dengan rummy? Istilah rummy, tiada ditakrifkan didalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan 2002. Namun, di dalam kamus Web Wikipedia, rummy sebenarnya ialah istilah generik atau umum bagi permainan kad atau game-card. Oleh kerana terdapat banyak jenis kaedah permainan game-card, permainan padankan kad atau matching card games mungkin lebih sesuai untuk menjelaskan mengenai permainan rummy.

Sama ada dari segi istilah mahupun bahasa, rummy sememangnya tiada kaitan langsung dengan matematik. Malahan, gaya permainan rummy yang menggunakan kad dan dimainkan secara berkumpulan sinonim dengan permainan poker atau mungkin juga disebut kad judi!

 

Disebalik gaya permainan rummy, jika difikir-fikirkan, bermain secara berkumpulan adalah sesuatu yang dilalui oleh semua orang! Oleh sebab itulah, My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan, sesuai dengan naluri kanak-kanak!

 

Seperti juga istilah rummy, permainan atau game juga tiada kaitan langsung dengan matematik. Malahan, aktiviti bermain bagi kanak-kanak zaman sekarang adakalanya disekat kerana bermain membuatkan kanak-kanak menjadi leka.

 

Namun, jika difikir-fikirkan kanak-kanak sebenarnya bermain untuk belajar! Bermain adalah merupakan interaksi sosial bagi kanak-kanak. Dengan bermain dalam kumpulan, lebih banyak lagi pengalaman akan dipelajari oleh seorang kanak-kanak tanpa disedari oleh kita sebagai orang yang telah dewasa. Oleh sebab itulah, My Rummy dicipta untuk murid-murid belajar matematik dalam permainan berbentuk game-card. Secara tidak langsung, My Rummy menggalakkan interaksi sosial. Melalui cara ini juga, murid-murid akan belajar matematik melalui cara dan pengalaman yang menyeronokkan! Nah! itulah sebahagian daripada tujuan pengajaran dan pembelajaran matematik!

 

 

Rummy - easy_to_hold

Apa itu MY RUMMY?

  • My Rummy ialah game-card untuk matematik.

  • My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan.

  • Bermain My Rummy menggalakkan interaksi sosial.

  • Kanak-kanak bermain untuk belajar.

  • My Rummy membolehkan murid-murid belajar matematik dengan cara dan pengalaman yang menyeronokkan!

 

 
   

Keunikan My Rummy

 
   

My Rummy bukan permainan game-card yang biasa. My Rummy bukan permainan game-card yang menyebabkan kanak-kanak leka dalam pembelajaran. My Rummy bukan permainan game-card yang membuang masa. Jika anda ingin tahu, selain fungsinya sebagai alat permainan dalam kumpulan yang menimbulkan keseronokan, My Rummy juga direkabentuk untuk membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.

 

Dalam My Rummy Level 1 yang ditawarkan, ia memberikan fokus terhadap penguasaan konsep tambah dan tolak (addition and subtraction) sahaja. Ini adalah kerana murid-murid sekolah tahun 1 dan tahun 2 selalu bermasalah dalam memahami konsep asas tersebut apabila di ajar didalam bahasa Inggeris. Murid-murid anda mungkin tidak bermasalah untuk menyelesaikan operasi matematik asas seperti 5 - 1 = ?. Apakah yang anda akan lakukan jika murid-murid anda menghadapi masalah untuk menyelesaikan operasi matematik 'count back 1 counts from 5 = ?'

 

My Rummy menyediakan 120 operasi matematik yang sedemikian yang disusun mengikut aras kesukaran yang rendah ke tinggi. My Rummy memang dicipta untuk murid tahun 1 dan tahun 2. My Rummy ialah pilihan aktiviti yang terbaik untuk mereka!

 

Selain daripada mempertingkatkan penguasaan konsep-konsep asas dalam matematik, My Rummy juga adalah permainan di dalam kelas yang mampu untuk meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number sense yang di dapati begitu lemah dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain daripada itu, My Rummy juga menjurus ke arah pembangunan komputasi mental (mental computation). Bagaimana My Rummy melakukannya? Skrol ke bawah untuk mendapatkan jawapannya.

My Rummy - 20 sets of game-card

Apa itu MY RUMMY?

  • My Rummy membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.

  • My Rummy meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number sense.

  • My Rummy menjurus ke arah pembangunan komputasi mental (mental computation)

Permainan My Rummy juga unik kerana tidak berkonsepkan menang atau kalah. My Rummy lebih berminat untuk mengenalpasti siapakah yang paling responsif daripada siapa menang atau kalah. Menerusi kaedah permainan yang unik, pengoperasian matematik yang dilakukan oleh murid secara komputasi mental (mental computation) memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk murid menghasilkan jawapan yang tepat. Rangsangan daripada ahli kumpulan pula melatih murid untuk berfikir dengan pantas dan membuat keputusan yang cepat untuk menjawab pengoperasian matematik yang dilontarkan dalam sesi permainan. Bagaimanakah My Rummy dimainkan? Skrol ke bawah untuk mendapatkan jawapannya.

 

Masih ingatkah anda mengenai gaya pembelajaran (learning style) dalam kalangan murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang masih dikira baru dalam alam persekolahan? Ianya ada dalam kajian pedagogi. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 lebih suka dan mudah memproses maklumat melalui apa yang ia dengar. Jika diminta membaca daripada buku, mereka agak liat dan kurang fokus! My Rummy adalah mathematical game yang mengambilkira gaya pembelajaran murid di peringkat ini.

 

My Rummy menyediakan pengoperasian matematik dengan ayat matematik dan bahasa yang mudah. Ini adalah bagi mengelakkan murid terpaksa mengulang ayat matematik yang dilontarkan kepada ahli kumpulan. Penggunaan ayat matematik yang mudah juga dapat membangunkan kemahiran yang disebut sebagai reasoning skill.

 

Reasoning skill iaitu kebolehan untuk memberikan alasan atau sebab adalah kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi dalam pembelajaran murid. Reasoning skill semakin diterima sebagai kaedah penilaian dan merupakan kemahiran kritikal pada abad ini. Semua ciri-ciri ini menjadikan My Rummy amat sesuai untuk diaplikasikan di sekolah untuk murid-murid seawal sekolah rendah!

 

Tidak seperti permainan mathematical game yang lain, My Rummy dibangunkan untuk mencipta hubungan dengan aplikasi matematik seharian malahan mampu juga menjadi alat yang menarik dalam meningkatkan penguasaan istilah (misalnya istilah count on, count back, counts from, less than dll) serta kemahiran komunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

My Rummy - two boxes

Apa itu MY RUMMY?

  • My Rummy meningkatkan keyakinan diri.

  • My Rummy melatih cara berfikir yang pantas dan cepat membuat keputusan.

  • My Rummy mencipta hubungan (making connections) dengan aplikasi matematik seharian

  • My Rummy membangunkan reasoning skill.

  • My Rummy meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

 

 
   
   
   

Bagaimana Cara Bermain Untuk Memaksimumkan Faedah My Rummy?

 
   

1.0 Persediaan

 

Untuk bermain dengan My Rummy, guru atau tutor akan menjadi fasilitator. Guru juga berperanan sebagai pemerhati. Langkah pertama ialah pembahagian kumpulan.

 

1.1 Pembahagian Kumpulan

 
   

Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 6 orang sahaja. Di dalam sebuah kelas dengan jumlah murid seramai 35 - 40 orang , bahagikanlah kepada 6 atau 7 kumpulan. Jika berlaku masalah semasa permainan, guru akan pergi kepada kumpulan tersebut.

 
   

1.1 Pemilihan dan Pengedaran My Rummy Game-Card

 

Pemilihan kad-kad My Rummy boleh dibuat berdasarkan keupayaan sesebuah kumpulan murid yang menjadi pemain. Kad-kad My Rummy tidak sama di antara satu sama lain. Guru lebih memahami murid-muridnya. Oleh sebab itu, guru boleh menentukan sendiri kad-kad My Rummy yang bersesuaian untuk sesebuah kumpulan. Pada peringkat permulaan, saya mencadangkan seperti berikut:

  • Berikan set kad My Rummy yang melibatkan mathematical operations aras rendah yang lebih mudah kepada kelompok murid yang agak lemah. Misalnya, set kad My Rummy yang bernombor 1.1 sehingga 1.10.

  • Berikan set kad My Rummy yang melibatkan mathematical operations aras lebih tinggi diberikan kepada kelompok murid yang lebih baik penguasaan matematiknya. Misalnya, set kad My Rummy yang bernombor 1.11 sehingga 1.20.

Jika guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan secara rawak, edarkanlah kad-kad kepada kumpulan-kumpulan murid secara rawak, atau guru boleh memint a mereka m emilih sendiri set kad yang disukai. Jika ada kumpulan murid yang hanya memilih kad-kad My Rummy yang mudah, nasihatkanlah mereka agar mencuba pula kad-kad My Rummy yang lebih sukar.

 

1.2 Pengrekodan dan Carta Prestasi

Untuk menjadikan permainan My Rummy lebih bersistematik, guru-guru digalakkan untuk merekodkan setiap set kad yang telah digunakan oleh sesebuah kumpulan. ini adalah bagi mengelakkan mereka keliru dengan set-set kad yang belum lagi dimainkan dan yang sudah dimainkan. Setiap kumpulan berpeluang untuk mencuba setiap satu set kad My Rummy. Terdapat 20 set kad My Rummy kesemuanya.

 

2.0 Peraturan Permainan My rummy

Pesanan Penting:

Apabila mengedarkan kad-kad My Rummy, pastikan murid-murid dalam sesebuah kumpulan melindung kad masing-masing. Setiap murid hanya diberikan satu kad My Rummy sahaja. Oleh itu, mereka perlu merahsiakan kad mereka daripada pengetahuan rakan sekumpulannya.

 

Dalam sebuah kumpulan, arahkan murid-murid untuk duduk dalam satu bulatan. Jarak di antara seorang murid-dengan seorang murid yang lain boleh dipelbagaikan. Jika kad-kad My Rummy belum lagi diedarkan, guru bolehlah mengedarkannya sekarang. Jika kad-kad My Rummy telahpun diedarkan, pastikan mereka terus merahsiakan kad yang dipegang. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan satu kumpulan murid dalam permainan My Rummy.

 

bermain my rummy

Rajah 1: Kedudukan 6 orang murid dalam permainan My Rummy. Sebelum permainan, maklumat pada kad mestilah dirahsiakan.

 

 
3.0 Memulakan Permainan My Rummy
   
   

Peranan guru:

Permainan My Rummy seharusnya berjalan dalam suasana senggang, yang tidak memberi sebarang tekanan kepada murid-murid. Ini adalah penting agar permainan matematik ini mampu merangsang dan menggalakkan murid berfikir. Oleh itu;

Guru boleh melantik salah seorang ahli kumpulan untuk memulakan permainan atau;

Secara sukarela, murid-murid juga boleh menjadi pemula permainan. 

Berdasarkan Rajah 1 di atas, terdapat 6 orang murid ditandakan dengan Player 1 hingga Player 6. Katakanlah Player 1 adalah murid yang dilantik dilantik untuk memulakan permainan.

3.1 Menyebut Ayat Matematik Dengan Suara Yang Kuat

Arahkan Player 1 untuk menyebut nombor pada kad My Rummy mereka sendiri diikuti dengan ayat matematik yang tertera pada kad dengan kuat. Contohnya, Player 1 akan menyebut:

My Rummy Card 1-6

PLAYER 1 STARTS

Four is my number!

What is the number if we add 3 more to 4?

3.2 Murid Mendengar Ayat Matematik Dengan Teliti

Murid lain akan mendengar dengan tekun, nombor dan ayat matematik yang dibacakan oleh player 1. Dengan cara inilah My Rummy menggalakkan kemahiran mendengar! Teknik ini juga menguji tahap kepekaan nombor atau disebut number sense dalam kalangan murid-murid. Jika mereka telah mendengar, tahukah mereka nombor apakah yang disebutkan oleh Pemain 1 tadi? Apakah pula pengoperasian matematik yang dibacakan tadi? Ya, My Rummy benar-benar menguji tahap kepekaan nombor!

3.3 Murid Menganalisis Ayat Matematik dan Mengira Secara Mental

Setelah lulus dalam fasa pendengaran tadi, murid lain akan membuat pengiraan tetapi tidak boleh menggunakan pensil dan kertas! Sebaliknya mereka hanya dibenarkan mencongak menggunakan mental sahaja! Ya, dengan cara inilah My Rummy menggalakkan kemahiran operasi mental atau computation! Pada peringkat ini jugalah proses pemikiran bermula dan guru boleh memerhatikannya. Di dalam fikiran mereka:

  • Nombor yang dikenalpasti ialah FOUR iaitu 4 dan operasinya ialah ADD iaitu operasi tambah (addition).
  • Melalui operasi ADD, pernyataan "add 3 more to 4" akan memberikan jawapan SEVEN iaitu 7.

3.4 Murid Membuat Perbandingan dan Membuat Keputusan

Kini jawapan SEVEN berada di dalam fikiran mereka. Seterusnya, mereka akan membandingkan SEVEN dengan nombor yang terdapat pada kad My Rummy masing-masing. Berdasarkan Rajah 1, siapakah yang memegang kad jawapan tersebut? Ya, jawapannya ialah Player 6! Dalam pusingan ini, Player 6 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!

Nota: Pada peringkat ini, permainan boleh terhenti seketika disebabkan masalah kepekaan nombor. Nah! Jika murid-murid tidak peka, apa akan jadi? Pastinya, tiada seorang muridpun yang akan mengangkat tangan selepas Player 1 membacakan kadnya!

Peranan Guru: Pada peringkat ini, guru sendiri dapat mengenalpasti siapakah yang tidak peka atau selalu leka. Mereka inilah golongan murid yang lemah kepekaan nombor atau number sense nya! Dalam meneruskan permainan My rummy ini, guru mesti menyemak siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumbalas. Tegur dan berilah nasihat kepada murid tersebut agar memberikan perhatian, meningkatkan kepekaan terhadap nombor dan juga ayat matematik yang akan dibacakan oleh rakan-rakan mereka.

 
   

3.5 Murid Memberikan Maklumbalas

Selepas membuat keputusan, salah seorang murid akan mengangkat tangan dengan pantas untuk memberikan maklumbalas! Siapakah murid itu? Ya, pastinya Player 6. Sepertimana yang dilakukan oleh Player 1, Player 6 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 6 dengan yakin akan menyebut:

My Rummy 1-6

PLAYER 6 RESPONSE

Seven is my number!

What happen if we remove 5 from 7?

Pada peringkat ini, guru juga dapat melihat dan menilai sejauh mana kefasihan murid-murid dalam membacakan ayat-ayat matematik pada kad permainan matematik My Rummy yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Cuba perhatikan sebutan mereka untuk ayat-ayat seperti "count on, count back, counts from, less than, count before, count after, add another" dan sebagainya. Semua ayat-ayat dalam kad permainan matematik My Rummy cukup bermakna dan sesuai dengan pengalaman seharian murid. My Rummy secara tidak langsung menjadi alat bantuan mengajar untuk meningkatkan kemahiran matematik dan komunikasi dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

3.6 Meneruskan Permainan.

Permainan ini akan diteruskan sehingga kesemua kad My Rummy telah di bacakan. Siapakah murid yang akan memberikan maklumbalas selepas Player 6? Lihat pengoperasian matematiknya.

  • Nombor yang dikenalpasti ialah 7. Operasinya ialah REMOVE iaitu operasi tolak (subtraction).
  • Melalui operasi REMOVE , pernyataan "remove 5 from 7" memberikan jawapan TWO iaitu 2.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 2? Ya, jawapannya ialah Player 5! Dalam pusingan ini, Player 5 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!

Sepertimana yang dilakukan oleh Player 6, Player 5 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 5 akan menyebut:

My Rummy 1-6-2

PLAYER 5 RESPONSE

Two is my number!

What is the sum of 2 and 1?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?

Lihat pengoperasian matematiknya.

  • Nombor yang dikenalpasti ialah 2. Operasinya ialah SUM iaitu menyamai dengan operasi ADD tambah (addition).
  • Melalui operasi SUM , pernyataan "the sum of 2 and 1 " memberikan jawapan THREE iaitu 3.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 3? Ya, jawapannya ialah Player 2! Dalam pusingan ini, Player 2 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!

Sepertimana yang dilakukan oleh Player 5 tadi, Player 2 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 2 akan menyebut:

My rummy card 1-6-3

PLAYER 2 RESPONSE

Three is my number!

What happen if we add 2 to 3?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?

Lihat pengoperasian matematiknya.

  • Nombor yang dikenalpasti ialah 3. Operasinya ialah ADD iaitu tambah (addition).
  • Melalui operasi ADD, pernyataan "add 2 to 3" yang mudah akan memberikan jawapan FIVE iaitu 5.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 5? Ya, jawapannya ialah Player 3! Dalam pusingan ini, Player 3 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!

Sepertimana yang dilakukan oleh Player 2 tadi, Player 3 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 3 akan menyebut:

My rummy Card 1-6-5

PLAYER 3 RESPONSE

FIVE is my number!

What is the number if we add 1 and 5?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?

Lihat pengoperasian matematiknya.

  • Nombor yang dikenalpasti ialah 5. Operasinya ialah ADD iaitu tambah (addition).
  • Melalui operasi ADD, pernyataan "add 1 and 5 " yang mudah akan memberikan jawapan SIX iaitu 6.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 6? Ya, jawapannya ialah Player 4! Dalam pusingan ini, Player 4 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!

Ini adalah pusingan yang terakhir! Sepertimana yang dilakukan oleh Player 3 tadi, Player 4 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 4 akan menyebut:

My rummy card 1-6-6

PLAYER 4 RESPONSE

SIX is my number!

What is the number if we remove 2 from 6?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?

Lihat pengoperasian matematiknya.

  • Nombor yang dikenalpasti ialah 6. Operasinya ialah REMOVE iaitu tolak (subtraction).
  • Melalui operasi REMOVE, pernyataan "remove 2 from 6 " akan memberikan jawapan FOUR iaitu 4.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 4? Ya, jawapannya ialah Player 1 iaitu murid yang pertama sekali membacakan kad My Rummy! Dalam pusingan ini, Player 1 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!

 

 
   

4.0 Menamatkan Permainan

Apabila tiba giliran murid yang ke-5, iaitu Player 4, hasil operasi matematik akan kembali kepada Player 1. Player 1 yang sebelum ini merupakan murid yang memulakan permainan My Rummy juga perlu melalui proses mendengar, menganalisis, membuat perbandingam dan memberikan maklumbalas. Apabila Player 1 memberikan maklumbalas, secara automatik permainan My Rummy pun tamat!

 
 

Kesesuaian Permainan dan Penggunaan My Rummy

Permainan My Rummy math game amat sesuai digunakan sebagai permainan sama ada di peringkat awal,  pertengahan mahupun di akhir waktu kelas atau sesi pembelajaran. Ia membuatkan murid-murid teruja untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam membuat pengiraan secara mental (mental computation). Siapa yang paling pantas menjawab dengan jawapan yang tepat, mereka adalah murid yang tinggi tahap number sense nya! Cubalah My Rummy dalam kalangan murid anda sendiri!

Jika anda seorang guru kelas...

Gunakankan permainan matematik My Rummy ketika waktu senggang, misalnya pada waktu selepas minggu peperiksaan atau sebelum cuti penggal bermula. Ia tidak sekali akan membebankan guru. My Rummy adalah permainan matematik yang sangat mudah. Daripada murid-murid membuang masa kerana tiada lagi silibus yang hendak diajar, adalah sangat baik jika murid-murid ini dilatih minda mereka dengan permainan matematik My Rummy yang menggalakkan komunikasi, hubungan sosial dan menyuburkan kemahiran pengiraan dan operasi mental (mental computation). My Rummy juga mampu terus merangsang dan memperkembang kemahiran berfikir murid-murid peringkat sekolah rendah

 
   

My Rummy ialah permainan kad matematik atau math card game yang amat sesuai untuk murid tahun 1 dan 2. Dengan aplikasi My Rummy, murid akan dapat:

ListMeningkatkan interaksi sosial sesama rakan-rakan.

checklist Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.

List Meningkatkan kemahiran mendengar.

List Meningkatkan tahap kepekaan nombor.

List Meningkatkan keupayaan mengira secara mental (menggunakan teknik mental computation)

ListMeningkatkan keyakinan diri.

checklist Meningkatkan keupayaan menganalisis, membuat perbandingan dan membuat keputusan.

ListMembangunkan keupayaan kemahiran reasoning (reasoning skill).

checklist Menghubungkaitkan matematik dengan kehidupan seharian.

checklistMeningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga murid tahun 3 yang begitu lemah tahap number sense nya! Jika demikian, mereka juga termasuk dalam golongan yang sesuai bermain dengan My Rummy. My Rummy juga sesuai untuk digunakan oleh:

checklistPusat-pusat tuisyen yang mengajar subjek matematik!

checklist Pusat kanak-kanak Pra-sekolah yang berumur 6 tahun!

 

 

Khidmat Sokongan Kami...

Kami telah menyediakan halaman yang khusus untuk memantapkan kemahiran pengiraan dan operasi mental (mental computation). Sila klik Work Out Mental Maths Exercises. Halaman tersebut mengandungi latihan-latihan matematik yang menggunakan sepenuhnya kemahiran pengiraan mental. Kandungan laman web tersebut boleh dicetak dan digunakan secara PERCUMA. Laman web tersebut juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Pakej My Rummy

 

My Rummy dipakejkan dalam kotak berkualiti tinggi untuk tujuan penyimpanan. Di dalamnya terdapat span yang berkualiti yang akan melindungi kad My Rummy daripada rosak. Kotak My Rummy juga mempunyai magnet untuk tujuan buka dan tutup yang mudah!

 

Kotak penyimpanan adalah sangat penting. Ramai guru yang membuat sendiri pelbagai permainan matematik yang kreatif, namun tidak sempat untuk memikirkan soal kaedah penyimpanan yang baik. Ini menyebabkan ada set permainan matematik yang telah dibuat itu hilang dan guru terpaksa membuat set yang baru. Bukankah ini amat menyusahkan? Dengan itu, My Rummy menyediakan kotak dengan ciri-ciri yang sesuai bagi memudahkan kad-kad disimpan dan mengelakkannya daripada hilang,

 
   

My Rummy Packaging Box

 

Kotak simpanan permainan matematik My Rummy yang berkualiti tinggi mengelakkan kerosakan ataupun kehilangan kad-kad permainan.

 

 

 

 

 

 

Spesifikasi My Rummy

Design: Rounded rectangle.

Dimension (card):3.5' L x 2.3' W

Card sets (hierarchical numbering): 20 (1.1 - 1.20)

Dimension (packaging box): 6.0' L x 9.6' W

Gross Weight: 486 g

 

 

My Rummy terdiri daripada 20 set kad yang menggunakan kertas keras yang berkualiti tinggi dan tidak menyerap air seperti kertas yang biasa. Ini bagi mengelakkan kad-kad My Rummy daripada terkoyak atau mudah rosak. My Rummy juga dicetak pada kad-kad dengan pelbagai warna yang menarik. Kad-kad My Rummy yang berwarna-warni lebih menambah keseronokan murid untuk bermain.

My Rummy Card My Rummy Card My Rummy Card My Rummy Card My Rummy Card Back of My Rummy Card

Kad-kad My Rummy® diperbuat daripada material berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Setiap set My Rummy terdiri daripada 6 kad. Ini bermakna anda mempunyai 120 kad semuanya. Setiap set My Rummy berbeza dari segi kompleksiti pengoperasian matematiknya, iaitu daripada set yang mudah sehingga yang rumit. Jadi, murid-murid yang lebih bijak biasanya diberikan dengan set pengoperasian matematik yang lebih rumit.

checklistMudah dipegang checklistWarna Cerah Ceria checklist Saiz font Besar checklist Ayat Matematik Ringkas

 
 

My Rummy Sebagai Hadiah!

Dapatkan My Rummy, untuk sekolah anda! ATAU jika anda ingin memberi sumbangan kepada sekolah anda semasa zaman persekolahan dahulu, My Rummy juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada bekas sekolah anda! Satu idea yang sangat baik jika anda mendapatkan My Rummy dan menghadiahkannya kepada guru matematik sekolah rendah anda.

 
   

 

Ingin mencuba dahulu? Sila download My Rummy sekarang!

Permainan kad matematik My Rummy®  tidak terdapat di kedai-kedai buku mahupun di pasaraya. Permainan matematik dalam kategori  educational games ini hanya dapat dibeli di tapak web  My-Rummy.com. Apa yang anda tunggu lagi?

Bantulah murid-murid anda! Lengkapkan keperluan pengajaran dan pembelajaran sekolah atau pusat latihan anda dengan My Rummy sekarang!

 

 
Flashing arrow Flashing arrow
 
 
   
   

Artikel:

 

Bagaimana kanak-kanak belajar matematik? | Komunikasi Melalui Interaksi Sosial:Membina dan Memperkembangkan Pengetahuan Matematik | Matematik abad ke-21 dan Kajian TIMMS

 

Inovasi dan Amalan Yang baik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

 
 
 
   

 

 

 

 

 



My Rummy Home

© 2006-2014 My-Rummy.Com. All Rights Reserved.