ECO-POWER COMPRESSOR (ECO-PC)

 

Eco-power compressor

"Pengalaman penjimatan petrol dan peningkatan prestasi enjin kenderaan yang harus dikongsikan bersama anda..."

 Lakukan carian (search) | Kembali ke Laman Utama

Google

 

  

Kandungan

 

 

Pengalaman Awal Penggunaan Eco-Power Compressor.

KAJANG Ahad, 25 Mei 2008. Wang kertas besar ada di dalam poket...minyak petrol kereta saya pula dan mencecah huruf 'E'. Baguslah tu. Sengaja saya buat sehingga ke paras itu pada kali ini. Saya yang kebetulan berada di Bandar Kajang terus ke stesen minyak Shell Kajang dan mengisi petrol sebanyak RM50.00. Huh!!! (saya mengeluh sedikit) Isi RM50 tak penuh sangat pun. Lebih kurang 3 bar lebih sikit je. Dah lama tak isi full tank. Kalau full tank, rasanya mahu cecah RM65 ke RM70 ni. Memang harga petrol dah semakin mahal, nak buat macam mana. Tak apa, lepas ni bolehlah start kira berapa jauh jarak perjalanan dengan RM50 ni. Bila lagi nak test penjimatan petrol...". Kan saya dah pakai Eco-Power Compressor...

Mohd Azeri, 25 Mei 2008.

 

SEPANG Isnin, 26 May 2008. Minggu ini saya bertugas di Sepang untuk selama empat hari mulai hari ini. Saya mengendalikan kursus ICT di salah sebuah pusat komuniti desa yang belum dirasmikan lagi iaitu Medan Info-Desa Daerah Sepang yang terletak di Pulau Meranti, 29 km dari bandar Kajang.

Jam 8.00 pagi, saya masih di Taman Kajang Sentral, Kajang menikmati minum pagi dengan rakan setugas. Saya belum pernah sampai ke MID Pulau Meranti ini tetapi menurut rakan setugas, untuk sampai ke sana cuma mengambil masa 25 minit saja. Saya pun rasa legalah sebab belum mengisi perut lagi kerana sibuk memunggah barang kelengkapan latihan dari jam 7.40 pagi tadi. Tepat jam 8:11 pagi, saya menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan ke Pulau Meranti, Sepang.

Dengan keyakinan akan tiba dalam masa 25 minit, saya mula memecut kereta saya menyusur Highway Silk. Tetapi, keadaan ketika itu diluar jangkaan. Jalan agak sibuk dengan kenderaan. Pelik, saya sangka jalan akan 'clear' sebab musim cuti sekolah. Selepas melalui Plaza Tol Sungai Ramal, keadaan trafik mulai perlahan. Ahhh! Kacau!. Saya harus tiba di sana jam 8.30 pagi...dah berjanji dengan pengurus pusat MID Pulau Meranti tadi. Saya harungi kesesakan di lebuh raya berhampiran Hospital Serdang itu dan selepas beberapa kilometer, kereta mula beransur kurang dan kereta-kereta yang di lorong kanan mula memecut. Saya pun ikut sama memecut dan memotong kereta-kereta yang dibawah kelajuan 100 Km/j.

Wahhh! Terasa hebat dan berkuasa kereta ni sewaktu memotong. Walau ada kereta lain di lorong kanan, saya tak teragak-agak untuk mencelah masuk ke lorong yang sama dan mendahului kereta di belakang. Walaupun membawa beban muatan barangan latihan termasuk PC dan notebook, tak terasa pula beratnya. Adakah ini kesan daripada penggunaan ECO-POWER COMPRESSOR?

Okay...Sebaik sampai di daerah Sepang, jalan di situ banyak selekoh, seronok memandu di jalan macam ni...macam litar lumba. Keadaan jalan yang macam tu memerlukan saya bertukar gear beberapa kali dan keadaan enjin begitu lancar.  Ya, prestasi enjin begitu lancar dan memuaskan meskipun kerap bertukar gear. Dalam masa yang sama, saya luahkan apa yang saya rasa (mengenai prestasi kereta saya) kepada rakan setugas...sebab diapun turut memandu kereta saya secara bergilir-gilir kalau kami sama-sama outstation ke tempat yang jauh. Cuma saya belum minta dia mencuba sendiri selepas saya memasang ECO-POWER COMPRESSOR. Ini kah kehebatan tindakbalas enjin terhadap alat ECO-POWER COMPRESSOR. Adakah ia benar?

Itulah yang saya rasakan. Kelancaran dan peningkatan prestasi enjin tidak kira waktu - pagi, siang, petang dan malam - membuatkan saya tersenyum semasa memandu. Tidakkah anda mahu mengalami sendiri apa yang saya rasakan? Prestasi enjin betul-betul melekakan saya dari kerisauan saya tentang masa yang saya kejar untuk tiba ke MID Pulau Meranti.

Alhamdulillah, perjalanan amat baik, tidak sesat dan sebagainya dan saya telah tiba di pintu masuk MID Pulau Meranti jam 8.34 pagi. Empat minit sahaja lewat dari masa yang dijanjikan. Saya 'respect' dengan diri saya sendiri! Sekian untuk tatapan anda kali ini. Terlintas pula dalam fikiran, bagaimana untuk saya mengukur penggunaan minyak perkilometer ye? Opps! Waktu solat fardu Maghrib pun dah masuk. Marilah bersolat! Wassalam.

Mohd Azeri, 26 Mei 2008, 7:30 malam.

[Ke atas]

 

KAJANG, Khamis 29 Mei 2008. Saya telah tiba di Kajang jam 2:10 petang dan kursus ICT yang saya anjurkan di MID Kampung Pulau Meranti telah selesai pada hari ini. Setakat ini jumlah perjalanan saya selama 4 hari ialah sejauh 232 km. Minyak petrol kereta saya ada tinggal kira-kira 1 bar saja lagi. Jika berdasarkan perkiraan secara anggaran, kereta saya boleh berjalan lagi sejauh lebih 50 - 100 kilometer. Lihatlah macam mana nanti.

 
Khuatir beban hutang selepas tamat pengajian? Ingin anak-anak mahir menggunakan Abakus Anak-nak malas belajar bahasa Inggeris?
Program Diploma Kemahiran ICT yang menawarkan potongan pembiayaan 50% Dapatkan buku kerja Abacus & Mental Arithmetic untuk murid sekolah rendah. CD interaktif belajar bahasa Inggeris untuk murid sekolah rendah.
http://www.intim.edu.my http://www.abacus.com.my http://www.english-lipo.com
 

Ads by My-Rummy.com

 

Apa kata mereka yang baru mencuba.

KAJANG, Jumaat  30 Mei 2008. Hari ini saya menerima sms dan emel daripada seorang pengunjung laman web Eco-Power Compressor ini. En. Rusdi dari Shah Alam. En. Rusdi nampak sangat-sangat berminat untuk mencuba alat penjimatan petrol ni. Nah! Saya dah pesan agar dapatkan maklumat dahulu sebelum membuat sebarang keputusan! Mungkin juga semua maklumat yang dicari telah ada dalam laman web saya dan rasanya sudah mencukupi. Bagus lah kalau begitu. Jadi, kami membuat temujanji di Giant Shah Alam esok hari, Sabtu, 31 Mei 2008 jam 9:00 pagi. Oleh kerana saya ada half-day course  on Business Communication anjuran syarikat esok, jadi saya wakilkan seorang kawan di Shah Alam untuk jumpa dan pasang Eco-Power Compressor di kereta Honda En. Rusdi.

 

KAJANG, Sabtu 31 Mei 2008. Saya berkursus di Kajang hari ini. Saya memang suka berkursus untuk cari ilmu untuk kemajuan diri. Bukan senang nak dapat peluang berkursus bila kita bekerja di sektor swasta ni. Kerja dengan kerajaan lainlah kan! Walau bagaimanapun, saya keep contact dengan En. Rusdi yang keretanya sedang dipasangkan dengan alat penjimatan petrol Eco-power Compressor. Kira-kira jam 11:50 pagi, saya menerima mesej berikut daripada En. Rusdi kita...

SMSkan pengalaman anda...keseronokan menggunakan alat penjimatan petrol ECO-Power Compressor harus dikongsi bersama.

Saya dah agak dah. En. Rusdi akan merasai pengalaman yang berlainan dari yang sebelumnya. Lihat pernyataan "...km(kilometer) tu kena test for few days..." Tak mengapa. Cubalah dahulu dalam seminggu dua. Kami tidak meminta sebarang bayaran pendahuluan. Jadi, tiada sebab untuk tidak mencubanya dahulu. ECO power compressor memberikan jaminan jika anda tidak berpuashati, cuma kembalikan! Tiada bayaran akan dikenakan! Saya ucapkan Welcome to the EPC Club En. Rusdi!

Esok dah masuk bulan Jun. Goodbye to May and Welcome to June 2008.

Mohd Azeri, 31 Mei 2008, 3:35 ptg.

[Ke atas]

 
Mengukur kadar penjimatan minyak selepas pemasangan Eco-Power Compressor.

Kuala Lumpur, Rabu 4 Jun 2008. Dimana anda berada ketika pengumuman kenaikan harga minyak dibuat oleh Perdana Menteri pada 4 Jun 2008? Berapa banyak minyak yang tinggal dalam tangki kereta atau motosikal anda ketika pengumuman tersebut dibuat? Sempatkah anda mengisi penuh miyak petrol atau diesel sebelum jam 12.00 tengah malam pada hari pengumuman tersebut?

Saya menerima SMS mengenai berita kenaikan harga minyak daripada teman-teman antara jam 5.00 - 5.30 petang (tak berapa nak ingat). Ketika itu, saya sedang bermesyuarat dengan klien di bangunan AmBank, Jalan Raja Chulan, KL. Mula-mula tu macam tak percaya sebab kerajaan kata kenaikan akan berlaku pada bulan Ogos. Tanya dengan kawan pun kawan kata "tak lah...bukan sekarang...Ogos nanti."

Tapi sebaik sahaja selesai mesyuarat, nak balik dari KL ke Kajang, jalan sesak teruk. Dapat kita lihat orang berpusu-pusu nak keluar dengan kereta dan stesen minyak tak kira jenis minyak apa, semuanya penuh dengan deretan kereta menunggu giliran mengisi minyak 'full tank'.

Minyak kereta saya memang dah tinggal sikit nih! Tak lepas kalau nak balik Kajang, Jadi terpaksalah ke stesen minyak juga. Tapi stesen minyak mana nak pergi ni? Semua penuh. Berapa jam pula terpaksa berbaris tunggu giliran?

Sampai sahaja di Seri Petaling, saya terus exit ke kiri untuk masuk ke Bukit Jalil Stadium dan masuk highway KESAS. Kebetulan saya nak jumpa kawan di The Summit USJ sebelum balik ke Kajang. KESAS highway memang mahallah bayaran tolnya, tapi saya perhatikan, tak banyak kereta masuk ke KESAS waktu itu. Ini mungkin peluang baik sebab stesen minyak di KESAS mungkin tak sesesak di tempat lain.

Selepas berhenti solat Maghrib di hentian sebelah Awan Besar, saya terus ke Stesen Shell Awan Besar. Maaflah kereta-kereta yang berderet menunggu giliran ye. Saya terpaksa potong barisan sebab dah kebetulan sebelah hentian Awan besar ni ialah Stesen minyak Shell. Tak kan saya nak patah balik ke belakang sebab ini jalan 'one way'. Saya pun terus menghimpit masuk ke Stesen Shell dan dapatlah mengisi minyak 'full tank'. Alhamdulillah, lega rasanya. Tak sampai 10 minit saya dapat giliran mengisi minyak...Alhamdulillah.

Akhirnya dapat juga isi 'full tank' RM70.00 kira-kira jam 8:30 malam, Rabu, 4 Jun 2008. Mileage saya selepas isi penuh ialah 53km.

Selepas tu, saya jumpa member di The Summit USJ. Member saya nak terangkan mengenai pelan pemasaran MLM untuk Eco-Power Compressor. Lama juga nak faham sebab ini pertama kali saya menyertai MLM secara serius. Nak kata faham semua, tak juga...70% faham tu adalah. Insya Allah, nanti saya akan publish maklumat pelan MLM Eco-Power Compressor dalam laman web ini.

Selain daripada itu, saya juga bertanyakan soalan-soalan teknikal tentang Eco-Power Compressor kepada member-member MLM yang ada di situ. Antaranya tentang produk-produk penjimatan petrol yang lain yang bersaing dengan Eco-Power Compressor yang banyak terdapat di Internet. Kebanyakan produk yang ada memang baik juga. Cuma Eco-Power berbeza dari beberapa segi.

  1. Eco-Power Compressor amat praktikal untuk digunakan. Pasang di dalam bonet depan di hos yang menyalurkan minyak ke sistem pembakaran dalam enjin. Tidak mudah dicuri kerana tak siapa nampak. Siapa tahu yang anda ada menggunakan teknologi penjimatan petrol?

  2. Tidak perlu pasang lebih daripada satu unit untuk mendapatkan kesan penjimatan minyak. Tidak kiralah sama ada anda nak pasang untuk motosikal, kereta, lori, van, MPV, bas dan sebagainya, hanya satu unit sahaja Eco-Power Compressor yang perlu anda pasang. Ada sesetengah produk teknologi penjimatan petrol memerlukan anda memasang sekurang-kurangnya 2 unit atau lebih untuk mendapatkan lebih kesan.

  3. Semakin panas enjin, semakin berkesan penggunaan  Eco-Power Compressor. Sebab itulah pengguna Eco-Power Compressor yang CCnya besar tidak ragu-ragu untuk memecut sehingga 200km sejam di lebuhraya yang lengang! Walaupun membawa laju, penjimatan minyak tetap berlaku!

  4. Tidak ada masalah habis guna seperti perlu isian semua (refill - jika menggunakan cecair), kehabisan bahan (seperti yang berlaku jika menggunakan pil). Kan menyusahkan kalau anda terpaksa membeli berulang kali! Harga boleh jadi lebih mahal pada masa itu nanti!

  5. Eco-Power menawarkan pilihan untuk menjana pendapatan. Tidak seperti alat teknologi penjimatan minyak petrol atau diesel yang lain, jika anda membeli Eco-Power Compressor anda ada 2 keuntungan: Pertama - Jika anda membeli untuk tujuan memakai saja, keuntungan adalah kepada diri sendiri kerana berjaya menjimatkan penggunaan minyak petrol atau diesel kenderaan anda sekaligus menyelamatkan wang dan belanja bulanan anda. Lebihan wang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih utama. Kedua - Jika anda membeli untuk tujuan business peribadi dengan mengikut pelan MLM Eco-Power Compressor, keuntungan adalah untuk anda dan juga orang-orang dalam group MLM anda

  6. Beri peluang majukan diri anda secara lebih bijak dan bukannya terus memberi kekayaan kepada orang lain. Jika anda memberi produk teknologi penjimatan minyak petrol semata-mata (produk tanpa pelan MLM), ia adalah perniagaan berupa trading sahaja. Anda mengambil produk daripada pihak pengedar dan menjualkannya untuk mendapatkan sedikit komisen. Dalam kaedah ini, siapa yang lebih bijak dan untung besar? Sudah tentulah pengedar lebih untung daripada anda. Nah! Dengan pelan MLM Eco-Power Compressor, anda pun tahu, anda akan ada lebih peluang untuk mendapat lebih banyak wang. Dengan cara apa? Tidak lain dan tidak bukan, dengan usaha anda mencari siapa yang akan menjadi orang di barisan bawah anda (downline). Jangan bimbang, jika anda berjaya mendapatkan downline, itu rezeki namanya. Jika tidak, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada Upline anda. Upline yang baik akan membantu anda kerana mereka akan mendapat ganjaran juga. Jika anda kurang berjaya, analisis mengapa jadi demikian dan cuba berusaha dan terus berusaha. Tidak akan ada orang yang rugi membeli dan menggunapakai Eco-Power Compressor!

Itu soal MLM. Soalan yang tidak kurang pentingnya ialah tentang penjimatan minyak dan prestasi kenderaan...Apa point yang paling penting bila bercakap tentang Eco-Power Compressor, jimat minyakkah atau peningkatan prestasi kereta? Rata-rata ahli MLM Eco-Power Compressor menyatakan kedua-duanya sama penting. Eco-Power Compressor memang dicipta untuk menjimatkan bahan api kenderaan dan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi kenderaan! Tak boleh dipisahkan. Siapa yang ulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang perlu melalui jalan berbukit akan lebih merasai kesannya. Cubalah uji dan lihat pertukaran gear. Jika sebelum ini, anda mendaki bukit gear bertukar secara automatik (jika menggunakan kereta gear auto) kepada gear lebih rendah ketika mendaki, selepas memasang Eco-Power Compressor bagaimana pula keadaannya? Oleh kerana kereta saya menggunakan gear manual, ujian seperti ini saya serahkan kepada anda yang memiliki kenderaan gear auto untuk mencubanya.

Soalan seterusnya ialah bagaimana nak lebih merasai penjimatan minyak petrol selepas memasang teknologi penjimatan minyak Eco-Power Compressor ni? Saya masih belum berpuashati. Mereka memberi cadangan supaya kedudukan pemasangan Eco-Power Compressor di semak semula.

Saya pun kemudian membuka bonet depan kereta dan beri mereka lihat. Kemudian, apa yang mereka buat ialah memotong semula cable tie pada yang mengikat Eco-Power Compressor saya di hos minyak ke enjin dan mengalihkannya ke hos minyak ke enjin di sebelahnya. Selepas itu, start enjin, freekan gear dan tekan minyak kereta kereta kuat dari biasa dan maintain selama hampir 3  minit. Temperature akan naik sedkit dan sebelum melepaskan pedal minyak, saya tekan lebih kuat lagi sehingga mengaum enjin dan lepaskan.

Wah!!! Kalau macam ni saya dah kembali semula ke mode testing. Baguslah, sebab baru sahaja isi minyak full tank. Kira-kira jam 11:45 malam, saya bertolak balik ke Kajang. Saya balik ikut highway LDP-Puchong dan kemudian masuk highway SILK. Saya memandu dengan tenang dengan kelajuan sederhana iaitu 90km/j dan sekali-sekali mencecah 100km/j. Selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 53km, meter minyak kereta saya mencatatkan bacaan seperti di bawah:

Perjalanan sejuh 53 km memberikan anjakan sedikit saja kepada jarum meter minyak kereta saya. Bandingkan dengan bacaan jarum meter pada rajah sebelum ini.

Bagaimana pada pandangan anda? Boleh terima? Pada saya, memang boleh saya terima dan saya rasa berpuashati dengan penjimatan minyak yang dapat diperhatikan. Lihatlah, perjalanan sejauh 53km pada malam ini menyaksikan penggunaan minyak tak sampai 1/2 bar pun! Anda masih ragu dengan teknologi penjimatan minyak petrol Eco-Power Compressor? Okay, cukup untuk hari ini, hari fenomena kenaikan harga minyak petrol kepada RM2.70 seliter!

 

[Ke atas]

 
Lebih kilometer biarpun melalui kesesakan jalan raya.

Pusat Bandar Damansara, Khamis, 5 Jun 2008. Hari ini saya perlu menghadiri satu sesi latihan teknikal selama sehari di Pusat Bandar Damansara, berdekatan Hotel Eastin. Dengan bacaan mileage yang dicatatkan sebelum ini iaitu 106km, saya akan menguji produk Eco-Power Compressor dan penggunaan minyak petrol kereta saya jika melalui jalan yang sibuk. Perjalanan dua hala dari Kajang ke Pusat Bandar Damansara, adalah medan ujian saya pada kali ini. Terlebih dahulu, saya melaraskan (reset) bacaan meter minyak kereta saya kepada 0.

Perjalanan saya dengan seorang rakan sekerja pada sebelah pagi dari Kajang ke Pusat Damansara mengambil masa hampir 1 jam 10 minit. Mungkin agak lama kerana kami sebenarnya terlajak perjalanan dan terpaksa membuat pusingan U dan kemudian mencari parking.

Okaylah...sehari suntuk kami menghabiskan masa untuk sesi latihan dan kemudian kami bertolak balik ke Kajang pada jam 6.30 petang. Perjalanan ke Kajang adalah melalui persimpangan bertingkat LDP dan terus ke Puchong. Kesesakan berlaku terutamanya sewaktu keluar dari Hotel Eastin dan satu lagi ketika melepasi tol lebuhraya LDP di Puchong. 

Setibanya saya di Kajang, jarak perjalanan yang dicatatkan ialah sejauh 87km. Lihat meter kereta saya di bawah:

Perjalanan sejuh 87 km memberikan anjakan sedikit saja kepada jarum meter minyak kereta saya. Bandingkan dengan bacaan jarum meter pada rajah sebelum ini.

Bagaimana pendapat anda? Bacaan meter ini memang sah ye! Saya tak adjust apa-apa. Jika dicampurkan dengan jarak sebelumnya iaitu 53km + 87 km = 140km. Perjalanan sudah sejauh 140km, dan menempuh kesesakan jalanraya pada hari ini, tetapi meter minyak menunjukkan bacaan penggunaan minyak petrol tak sampai 1 bar! Wowww!!! Ini satu perubahan yang cukup ketara. Inilah teknologi penjimatan minyak yang saya cari selama ini!  Anda masih ragu dengan teknologi penjimatan minyak petrol Eco-Power Compressor? Apa kata anda mencubanya sendiri! Untuk sekadar mencuba, anda tidak perlu membayar apa-apa. Jika berpuashati, maka bayarlah! Sekian untuk kali ini. Wassalam.

Mohd Azeri Hairuddin, SMS ke 019-676 0020 atau emel ke azeri@my-rummy.com atau mohd_azeri@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

[Ke atas]

 

All Rights Reserved