Lokasi Kondominium Pearl Avenue
83.3
peratus pembeli hartanah meletakkan lokasi sebagai
kriteria paling utama dalam pemilihan rumah pertama
mereka. Ini adalah kerana kebanyakan pembeli rumah
pertama adalah pasangan yang baharu beberapa tahun
mendirikan rumahtangga, ataupun yang masih bujang dan
mempunyai bajet yang terhad. Dengan harapan lokasi yang
baik dan membangun dapat menjadi faktor kenaikan harga
hartanah di antara tempoh 3-10 tahun, pembeli
boleh menjual semula hartanah pada harga yang lebih
tinggi.
Pearl Avenue Condo
terletak di Sg. Chua, Kajang, iaitu kira-kira 15km
daripada Plaza Tol Sg. Besi, Kuala Lumpur dan 20 km
daripada Putrajaya. Pearl Avenue Condo terletak bersebelah
Lebuhraya SILK, dan hanya 2 minit untuk masuk ke
lebuhraya tersebut dan tiba di Plaza Tol Sg. Ramal.

Kawasan berlabel 'A' adalah lokasi
Pearl Avenue Condo di Taman Sepakat Indah yang
dilihat daripada Google Map. Klik imej untuk pembesaran.
Dalam
daerah Kajang, kedudukan Pearl Avenue Condo terletak
di antara bandar Kajang dan juga Bandar Baru Bangi.
Pekan Sg Chua adalah yang paling hampir. Di pekan Sg
Chua terdapat kemudahan bank (CIMB Bank Sg. Chua), 7
Eleven, kedai 24 jam dan pasaraya besar Bintang.

Lokasi Pearl Avenue Condo di
Taman Sepakat Indah yang dilihat daripada Google Earth.
Klik imej untuk pembesaran.
TLS
Fitness Center juga hanya jarak berjalan kaki sahaja!
Jika perlukan lebih banyak kemudahan dan pilihan,
bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi dan
Reko Sentral hanya 5-10 minit sahaja.
Kajang
dan Bangi merupakan destinasi popular kepada penyewa
dalam kalangan pelajar-pelajar IPT dan IPTS. Mereka ini
termasuklah pelajar daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)
dan ada juga daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Lokasi TLS SALES OFFICE di Sg.
Chua Kajang. Klik imej untuk pembesaran.
Adalah
diharapkan maklumat yang diberikan di atas akan membantu
anda membuat penilaian ke atas Kondo Pearl Avenue daripada aspek lokasinya.
Sila
hubungi saya untuk keterangan lanjut:
MOHD AZERI HAIRUDDIN
TLS VIP PARTNER
H/P: 019-676 0020
mohd_azeri@yahoo.com