Inovasi dan Amalan Yang Baik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

 

AZIZ BIN NAIM, UNIT MATEMATIK, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Artikel Ilmiah Lain

Tahap Pencapaian Matematik Malaysia dalam Kajian TIMMS

Bagaimana interaksi sosial mampu membina dan memperkembangkan pengetahuan matematik

Amalan Pembelajaran Kooperatif dalam kalangan Guru

Bagaimana Kanak-kanak belajar Matematik

 

 Search GOOGLE untuk topik Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di sini.

 

KELEMAHAN MURID

(Kata-kata Cikgu)

Guru kelas di sekolah

Pengajaran & Pembelajaran Matematik KBSR

EMPAT hasrat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR

LIMA Prinsip Pembelajaran Matematik KBSR

 

(1) BERMAKNA (MEANINGFUL)

 

Prinsip pembelajaran matematik yang bermakna bermaksud ayat matematik simbol-simbol yang mengandungi maksud tersendiri. Angka dan simbol yang digunakan membawa makna yang boleh ditafsirkan dalam situasi harian seperti:

2 + 3 = 5

Ayat matematik di atas boleh disebut sebagai dua tambah tiga sama dengan lima.

Simbol '2', '+', '3', '=' dan '5' ada membawa maksud tertentu. Umpamanya terdapat 5 biji epal. 2 biji berwarna merah dan 3 biji berwarna hijau.

 

buah epal merahbuah epal merahBuah epal hijauBuah epal hijauBuah epal hijau

 

Sesuatu simbol boleh memberi makna tertentu mengikut konteks tertentu. Umpamanya simbol '=' memberi maksud sama dengan. Ini memberi makna kesamaan antara sebelum tanda dan selepas simbol '='.

Contoh:

 

2 = 3 - 1

Contoh ayat matematik untuk operasi bergabung.

2 + 3 x 4 = ?

Contoh yang diberi selalu diikuti dengan prosedur tertentu seperti "sekiranya ada tambah dan darab dalam satu ayat matematik, maka selesaikanlah darab dahulu". Ia merupakan satu prosedur yang tidak difahami oleh murid kenapa mesti dilakukan darab dahulu.

Oleh yang demikian, sesuatu ayat matematik yang berbentuk simbol (abstrak) mestilah diikuti oleh cerita yang memberi makna kepada ayat matematik tersebut. Ini akan memberikan kefahaman yang lebih tentang konsep matematik yang hendak disampaikan.

(2) BERGUNA (USEFUL)

 
Prinsip pembelajaran matematik yang berguna bererti ayat matematik berguna dalam kehidupan mereka. Contoh: Jadual waktu perjalanan bas ekspress, keretapi, komuter dan lain-lain lagi.
 

Selain daripada itu ia juga bererti berguna dalam penguasaan kebolehan lain - dalam penyelesaian masalah dalam matematik dan matapelajaran lain.

Contoh-1: Membilang sepuluh-sepuluh, seratus-seratus, dua-dua dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

"Double 150 is the same as double 100 + double 50"

Contoh-2: Mencerakin nombor 75 x 6 =. Soalan ini boleh ditulis semula sebagai... 75 ialah 70 + 5. Oleh itu, adalah lebih mudah untuk mendarab 70 dengan 6 dan 5 dengan 6. Atau 6 x (70 + 5) = 450.

 

(3) MENYERONOKKAN (FUN)

 

Menyeronokkan bermaksud ada daya tarikan untuk murid terus membuat aktiviti pembelajaran tanpa paksaan. Penyelesaian masalah mestilah bermula daripada masalah yang boleh diselesaikan oleh oleh murid dan beransur kepada masalah yang lebih kompleks.

Aspek konstruktivisme diambil kira supaya murid memahami sesuatu konsep bermula daripada pengalaman sedia ada pada mereka.

Contoh 1:

   23456 - nombor yang diberi oleh murid

+45678 - nombor yang diberi oleh murid

+76543 - nombor yang diberi oleh guru

= 145677 - jawapan

Contoh 2:

Satu cara untuk mengajar membilang (counting on and counting back)

Guru tidak harus berpuashati setakat murid boleh membilang terus  dan sebaliknya. Usaha hendaklah diteruskan supaya murid boleh berkomunikasi dengan menerangkan kenapa jawapan mereka begitu.

 

(4) MENCABAR (CHALLENGING)

 
Mencabar bermaksud murid berasa aktiviti yang diberikan kepada mereka itu adalah aktiviti yang mencabar.

Contoh 1: Jika guru telah memberi contoh membina sifir untuk sifir angka ganjil, maka minta murid membina sifir untuk angka genap pula.

Ia juga bererti berapa banyak cara boleh dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Contoh 2: Ali dan Adi merupakan dua beradik kembar. Adi membeli dua topi dan satu baju dengan harga RM20 manakala Ali pula membeli dua baju dan satu topi yang sama dengan harga RM28. Cari harga satu baju dan satu topi.

Cabaran juga memungkinkan kepada penggunaan daya kreativiti misalnya memikirkan beberapa cara untuk mewakilkan sesuatu situasi/cerita.

Contoh 3: Adib, Aziz, Azah dan Ali pergi memancing. Adib berjaya mendapat 25 ekor ikan, manakala Aziz hanya mendapat 10 ekor sahaja. Ali yang rajin dan berani telah mendapat paling banyak iaitu sebanyak 40 ekor dan Azah mendapat 10 ekor kurang daripada Ali.

 

Perwakilan menggunakan Graf Palang

Perwakilan menggunakan Jadual

Perwakilan Menggunakan Piktograf

 
 
 

LIMA Prinsip Pembelajaran Matematik KBSR

Kembali ke atas...

Ada 5 prinsip pembelajaran yang sepatutnya dilibatkan dalam semua pembelajaran dan pengajaran Matematik KBSR iaitu:

 

1) Penyelesaian Masalah

Mulakan sesuatu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan Penyelesaian Masalah.

Contoh 1: Untuk mengira luas dalam meter persegi. Mengadakan satu situasi dimana ada keperluan untuk murid mengira luas.

2) Berkomunikasi (mathematical communications)

Pengisian P & P dengan berkomunikasi.

Contoh: Minta murid menerangkan sesuatu dapatan, kesimpulan, penyelesaian dan sebagainya. Umpamanya given number ialah 20 dan mengapa mereka memilih 10 dan 30...

3) Menaakul (reasoning)

Pengisian P & P dengan meminta murid memberi sebab.

Contoh 1: Murid akan memberi alasan...

a. membilang sepuluh-sepuluh

b. tolak sepuluh dan tambah sepuluh

c. lebih sepuluh dan kurang sepuluh.

Pengisian P & P dengan meminta murid memberi sebab mengapa memilih jawapan tersebut.

Contoh 2:  Murid akan menjawab seperti di atas dengan alasan beliau mendapat 7 markah untuk matematik dan 8 markah untuk sains. Jumlah ialah 15 per 20.

Persoalan?

a. Adakah murid itu betul?

b. Kenapa murid memberi alasan itu?

c. Bagaimanakah cara untuk membetulkan murid berkenaan?

Boleh membetulkan salah konsep jika ada membuat presentation (communication and reasoning) di dalam P & P matematik.

 

4) Membuat Perkaitan (making connections)

Sesuatu konsep dalam matematik boleh dikaitkan dengan disiplin lain. Umpamanya aritmetik, ruang dan sebagainya.

Contoh 1: Guru mungkin boleh memberi contoh seperti berikut:

a. Kemahiran ruang iaitu luas boleh dikaitkan dengan darab dan tambah.

Rajah 4.1 di bawah menunjukkan satu segiempat berukuran 2 meter lebar dan 3 meter panjang.

Rajah 4.1a

Luas segi empat tersebut ialah (2 x 3 ) meter persegi atau boleh juga disamakan dengan Rajah 4.1b. Operasi tambah digunakan untuk mendapatkan keluasan yang sama.

Rajah 4.1 b

Guru tidak harus berhenti di situ. Sebaliknya meneruskan dengan contoh yang lain yang boleh menambahkan kefahaman murid tentang sesuatu yang dipelajari.

Contoh 2: Guru mungkin boleh memberi contoh seperti berikut:

Rajah 4.2

Apa yang cikgu boleh kaitkan dengan rajah di bawah.

 

 

Perhatikan corak berikut. Ia dibahagikan kepada 4 untuk tujuan pengiraan. Bermula dengan 1...

 

Cara 1:

Campurkan bulatan oren dan hitam. Anda akan mendapat jawapan berikut: 1, 4, 9, 16...Kuasa duakan angka 1, 2, 3 dan 4. Anda akan mendapat jawapan seperti berikut:- 1, 4, 9, 16... (1, dua kuasa 2, tiga kuasa 2, empat kuasa 2...)

Cara 2:

Cuba jumlahkan bermula daripada 1 bulatan hitam, 3 bulatan oren dan seterusnya secara berselang-seli. Anda akan mendapat jawapan berikut: 1, 3, 5, 7.... Apakah makna nombor-nombor ini?

  :: Kenali permainan kad Matematik My Rummy di sini ::

Permainan kad matematik My Rummy telah direkabentuk khas untuk menampilkan kesemua EMPAT hasrat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah iaitu untuk menjadikan pembelajaran matematik itu bermakna, berguna, seronok dan mencabar!  Dalam permainan matematik ini, ia turut menyelitkan LIMA Prinsip pembelajaran matematik KBSR iaitu Penyelesaian Masalah, Berkomunikasi, Penaakulan, Membuat Perkaitan dan semestinya Penggunaan Teknologi. My Rummy boleh dibeli dari laman web http://www.my-rummy.com dan merupakan permainan matematik sekolah rendah yang dicadangkan untuk digunakan oleh guru-guru matematik sebagai permainan matematik dalam bilik darjah. Untuk mendapatkan permainan matematik ini, sila hubungi sales@my-rummy.com

Berjumpa lagi!

Kembali ke atas...

 

Tahap Pencapaian Matematik Malaysia dalam Kajian TIMMS

Bagaimana interaksi sosial mampu membina dan memperkembangkan pengetahuan matematik

Bagaimana Kanak-kanak belajar Matematik

 

Laman Web ini disenggarakan oleh My-Rummy.com

Semua Hak Cipta Terpelihara

2006-2014