|
Mencari hotel di
Putrajaya? Tak banyak pilihan dan tak ada pula hotel yang
murah-murah kan! Memang inilah masalah dan dilema orang-orang
yang mencari hotel di Putrajaya. Tidak kiralah sama ada
anda ke Putrajaya atas urusan kerja ke atau saja-saja nak
melancong, mencari hotel yang dekat dan murah memang tak jumpa.
Jika anda melayari
internet untuk meng 'google' hotel di Putrajaya, senarai hotel
yang dipaparkan tidak semuanya berada di Putrajaya walaupun
senarai hotel di Putrajaya menerusi Google semakin hari semakin
bertambah bilangannya. Antara hotel-hotel yang tersenarai adalah
seperti berikut:
|
A.
|
-
www.shangri-la.com - 03-8887-8888 -
43 reviews
|
|
B.
|
-
maps.google.com.my - 03-4042-5555 -
38 reviews
|
|
C.
|
-
www.coronade.com - 03-2148-6888 -
85 reviews
|
|
D.
|
-
www.equatorial.com - 03-2161-7777 -
111 reviews
|
|
E.
|
- www.hotelnoble.com -
03-2691-7111 -
45 reviews
|
|
F.
|
-
maps.google.com.my - 03-2145-9599 -
42 reviews
|
|
G.
|
-
www.mines.com.my - 03-8943-6688 -
27 reviews
|
|
H.
|
-
www.impiana.com - 03-2026-6060 -
117 reviews
|
|
I.
|
-
maps.google.com.my - 03-2148-2322 -
19 reviews
|
|
J.
|
-
www.swissgarden.net - 03-2141-3333 -
409 reviews |
| |
|
Selain daripada itu,
ada juga hotel-hotel budget yang terletak di kawasan berhampiran
Putrajaya. Daripada menginap di hotel 4 atau 5 bintang yang
nahal dan jauh daripada Putrajaya (seperti yang dalam senarai
Google di atas), lebih bijak malah lebih ekonomi lagi jika dapat
tempah hotel-hotel budget di sekitar Bangi dan Kajang.
PUTRAJAYA
Putrajaya merupakan
kawasan pembangunan millennium yang cukup terancang dari segi
susun atur dan lanskapnya. Dengan barisan bangunan-bangunan yang
unik arkitekturnya, pelan pembangunan Putrajaya Malaysia
sebenarnya masih belum 100 peratus siap sepenuhnya. Maka, tidak
hairanlah pada masa ini kita dapat melihat pembinaan
bangunan-bangunan hebat terus berlaku dan ia menghala ke arah
Presint 5 iaitu kawasan dimana terletaknya Putrajaya
International Convention Center atau singkatannya PICC. Saya
begitu berminat mengikuti perkembangan dan pembangunan
pembandaran di Putrajaya. Salah satu sumber gambar-gambar
mengenai perancangan bandar Putrajaya pada masa akan datang
dapat dilihat di
sini.
Kawasan
pembangunan utama di Putrajaya telahpun penuh dengan bangunan-bangunan dan pusat-pusat
pentadbiran kerajaan meliputi kawasan Alamanda Putrajaya, Masjid
Putrajaya dan sepanjang jalan utama dari Presint 1 hingga
Presint 5. Kawasan-kawasan sepanjang jalan utama ini
menghidangkan pemandangan yang menarik untuk dirakam oleh lensa
kamera. Di tambah lagi dengan tasik-tasik yang mengelilingi
Putrajaya Malaysia, serta jambatan-jambatan futuristik yang
menghubungkan antara dataran dengan dataran yang lain menjadikan
Putrajaya sebuah destinasi pelancongan yang popular bagi mereka
yang melawat Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Putrajaya
tidak memerlukan bangunan-bangunan pencakar langit untuk
menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di
negara ini kerana Putrajaya mempunyai keindahan alam semulajadi
yang tersendiri yang mampu menggamit pelancong datang ke sini.
|
 |
|
Pullman
Putrajaya Lakeside hotel di Presint 5 mengeksploitasi
keindahan tasik Putrajaya dan panorama matahari terbenam
untuk menggamit pengunjung. |
Memandangkan
Putrajaya sebenarnya merupakan kawasan pusat pentadbiran
kerajaan persekutuan Malaysia yang baru, maka projek-projek
pembinaan yang dirancang pada ketika ini tidaklah termasuk
pembinaan hotel-hotel mewah, resort, rumah rehat dan sebagainya.
Ini adalah kerana jarak Putrajaya dengan Kuala Lumpur yang dekat
membolehkan pelancong asing datang berkunjung ke Putrajaya
dengan menginap di bandaraya Kuala Lumpur.
Pada masa ini, pembinaan bangunan residential dan kuaters
kakitangan kerajaan sangat rancak di Putrajaya. Kuaters di
Putrajaya nampak terlalu berlebihan kerana kuaters-kuaters yang
telah lama siap pun masih lagi banyak yang kosong. Jika anda
ingin mengetahui kekosongan kuaters di Putrajaya, sila
klik di sini. Mungkin, jika kuaters Putrajaya ini telah
berlebihan, ia dapat ditukar statusnya menjadi service apartment
ataupun hotel putrajaya. Kuaters Putrajaya yang baru-baru
kebanyakannya mempunyai rekabentuk yang moden dan sesuai untuk
di convert menjadi hotel Putrajaya ataupun apartment suite
hotel.
 |
|
Pembangunan
kawasan residential di Putrajaya yang kini menumpu
kepada pembinaan kuaters, akan beralih kepada
pembangunan hartanah komersial yang terdiri daripada
kondominium dan resort pada masa akan datang. |
 |
|
Senibina unik
ini akan wujud di Putrajaya dalam masa 5 tahun akan
datang. Adakah anda mengetahuinya? |
 |
Dengan pendedahan maklumat mengenai pelbagai projek pembangunan
di Putrajaya, anda boleh jangkakan bagaimanakah keadaan
Putrajaya 10 tahun akan datang. Putrajaya akan menjadi kawasan
padat penduduk kerana projek perumahan, apartment dan
seumpamanya adalah sangat pesat. Dengan pelbagai aktiviti dan
program hujung minggu anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia
menjadikan Putrajaya semakin menarik. Sebab itulah keperluan penginapan seperti hotel dan service apartment di
Putrajaya dan sekitarnya semakin mendesak ketika ini. Ini adalah
kerana Putrajaya dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran Putrajaya
seperti Kajang, Bangi, Cyberjaya, dan Sepang menjadi semakin
penting.
Sebelum ini,
tumpuan kakitangan awam untuk berkursus adalah di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, pilihan hotel yang banyak membentuk persaingan
sihat dan pakej-pakej kemudahan hotel untuk tujuan kursus,
seminar, latihan dan mesyuarat begitu kompetitif. Kemudian itu,
ditubuhkan banyak pusat-pusat latihan milik swasta yang siap
dengan tempat penginapan di sekitar Kajang dan Bangi. Kini,
kursus dan latihan untuk kakitangan awam yang berkhidmat di
Putrajaya terpaksa dibuat di luar Putrajaya kerana jika tidak,
ia akan membabitkan kos latihan yang sangat tinggi jika dibuat
di hotel dalam Putrajaya. Pada masa ini, hotel di Putrajaya,
yang benar-benar berada di Putrajaya adalah Hotel Shangri-la
Putrajaya.
 |
|
Shangri-la
Putrajaya. Business class hotel di Presint 1 yang
menawarkan bilik dan suite pada harga tinggi yang kurang
mampu ditempah oleh orang kebanyakan. |
Hotel ini pula sangatlah mahal! Lantaran itu,
hotel-hotel berhampiran Putrajaya menjadi tumpuan. Antara hotel
yang paling popular ialah Hotel Marriot Putrajaya. Hotel ini
berada bersebelahan Highway ke Puchong -LDP dan bebas daripada kesesakan
jalanraya dan kedudukannya di antara Putrajaya dan Kuala Lumpur
menjadikan hotel ini menjadi pilihan ramai.
 |
|
Hotel Marriot
Putrajaya merupakan hotel mewah yang popular dan telah
beroperasi lebih awal berbanding hotel-hotel di
Putrajaya yang lain. |
|
 |
 |
|
The
hotel concept is a combination of Mediterranean –
Moorish architecture, where its decor and aesthetics are
palm leaf inspired. |
Selain daripada itu,
Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya dan Hotel Residence Uniten juga sesuai
untuk mereka menjalankan kursus-kursus, latihan dan seminar.
Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya merupakan hotel 5 bintang. Jika
dibandingkan dengan Hotel Marriot-Putrajaya, Jarak Hotel
Equatorial dari Putrajaya agak jauh sedikit (10 km saja)
kerana lokasinya adalah di Bangi . hotel ini adalah hptel Golf
Resort. Ramai pelancong dari Jepun, Korea dan China menginap di
hotel ini untuk bermain golf.
Sebagai alternatif,
hotel-hotel di Kajang juga boleh dijadikan pilihan antaranya
Hotel Oriental Crystal dan Hotel Prescott Metro-Inn. Antara
kedua-dua hotel ini, hotel Oriental Crystal paling mudah ditemui.
Sebabnya, bangunan Hotel
Oriental Crystal Kajang lebih tinggi daripada bangunan
sekitarnya dan merupakan hotel paling tinggi di Kajang.
Jadi, hotel ini memang dari jauh sudah dapat dilihat dan paling mudah untuk dicari.
Jika dibandingkan dari segi harga, Hotel Oriental Crystal Kajang
boleh juga dikategorikan sebagai hotel mahal di Kajang! Harga
bilik hotelnya antara RM200++ ke RM400++ semalam. Kalau anda
teringin melihat panorama Kajang, hotel ini sangat sesuai
disebabkan ketinggiannya. Kalau anda mempunyai budget hotel yang
rendah, lupakan sajalah!
Walau
bagaimanapun, hotel ini agak tersorok di belakang kedai-kedai 3
tingkat dan lorongnya agak sunyi pada waktu malam. Jika anda
berkenderaan, tidak menjadi masalah. Kedai-kedai makan Cina juga
banyak di situ dan menjadikan kawasan di sini tidak berapa
bersih.
|