SYNeRGY MLM
  Synergy WorldWide            SynerProf              
 

JADILAH YANG TERAWAL DI MALAYSIA!

Anda baru mendengar tentang Synergy MLM? Dengan moto Synergy - Leave a Legacy cukup bermakna bukan? Jika anda sedang mencari maklumat, idea dan pendapat tentang Synergy MLM ini di Malaysia, mungkin catatan ini boleh membantu anda! Teruskan membaca!

Synergy MLM sebenarnya bukan baharu tahun ini bertapak di Malaysia, tetapi gelombang pertamanya telah berlaku pada tahun 2007 lagi! Cuma, tidak seperti MLM lainnya, Synergy MLM Malaysia menguncup bersama peredaran masa. Mengapa terjadi demikian? Apakah produk-produk Synergy MLM kurang bagus? Tidak. Sebenarnya, pada tahun 2007 itu begitu ramai yang menjadi ahli Synergy MLM Malaysia tetapi tidak ada barisan leader yang kuat untuk meneruskan pelan pemasaran Synergy. Synergy WorldWide tidak menghadapi sebarang masalah dalam membekalkan rangkaian produk-produknya malahan kini berkembang dengan begitu baik dan hebat di negara-negara seperti Amerika, Jepun dan Indonesia. Jadi, mulai pertengahan tahun 2009 ini, kami berazam untuk memperhebatkan Synergy MLM di Malaysia semeriah Synergy MLM di Indonesia! Dan kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami bergabung dengan MLM Indonesia agar membentuk jaringan Synergy yang hebat di ASIA TENGGARA!

Synergy Worldwide Marketing is a 30:70 per cent joint venture between Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar and US-based Synergy Worldwide. Synergy Worldwide is a wholly-owned unit of Nasdaq listed Nature’s Sunshine.

MLM Business Oppurtunity Weblog

Bagaimana Saya Mengenali SYNERGY MLM...

Saya mengenali Synergy Worldwide melalui seorang introducer dari Medan Indonesia iaitu Ismadi atau lebih mesra dipanggil dengan Pak Ismadi. Pak Ismadi saya kenali sebagai salah seorang potential client untuk MLM saya kerana beliau telah menghubungi saya dari Medan Indonesia untuk mendapatkan sejenis produk penjimat minyak. Namun, produk penjimat minyak tersebut tidak lagi mempunyai jaringan MLM yang aktif di Malaysia kerana harga minyak petrol telah kembali rendah sejak tahun 2009.

Pada hari Ahad, 31 Mei 2009, Pak Ismadi sekali lagi telah menghubungi saya melalui telefon untuk bincang-bincang mengenai bisnes. Beliau telah sampai di Malaysia dan sedang menginap di Hotel Berjaya Times Square, KL. Pada sebelah petang hari yang sama, saya ke Nilai 3 untuk shopping dan dalam masa itu juga membuat keputusan untuk pergi bertemu Pak Ismadi di Berjaya Times Square KL pada sebelah malamnya. Saya memaklumkan kepada Pak Ismadi untuk ke Berjaya Times Square KL lewat malam kerana risau jalan sesak. Beliau bersetuju sahaja.

Saya telah bertolak ke Berjaya Times Square KL dari Kajang Sentral kira-kira jam 9.55 malam. Saya sampai agak lewat ke hotel Berjaya kerana mencari parking kereta yang sesuai dan saya telah memilih parking di Law Yatt Plaza dengan flat rate RM4. Saya sampai dan bertemu dengan Pak Ismadi yang menunggu saya di lobi hotel Berjaya Times Square KL kira-kira jam 10.45 malam.

Kami kemudiannya di bawa ke tingkat 30 hotel Berjaya Times Square KL. Di bilik hotel tersebut, saya lihat ada beberapa orang sedang duduk berbincang di sofa - sepasang suami isteri dan ada dua orang lain yang sedang menerangkan sesuatu kepada mereka. Setelah bersalaman dengan mereka dan duduk di kerusi, Pak Ismadi memulakan perbualan dan dia bertanya tentang bisnes MLM saya (produk EPC). Selepas saya menceritakan keadaan yang sebenarnya, Pak Ismadi memulakan perbincangannya mengenai bisness yang dimaksudkan. Dari keadaan perbincangan yang saya dengari di sofa, saya dapat mengagak, perbincangan ini adalah tentang bisnes MLM. Disinilah bermulanya saya berkenalan dengan bisnes MLM Synergy - Leave a Legacy!

Dalam perbincangan tentang MLM Synergy - Leave a Legacy, Pak Ismadi menerangkan dalam bahasa Indonesia. Tidak lama kemudian, sepasang suami isteri yang duduk berbincang tadi pun minta diri untuk pulang. Saya di jemput duduk di sofa dan kali ini seorang lagi rakan Pak Ismadi iaitu Pak Rasyid pula yang menerangkan MLM Synergy kepada saya. Saya hanya mendengar, kerana belum terdetik lagi dihati saya untuk join MLM Synergy ini kerana belum tumbuh minat. Mungkin kerana penerangan yang dibuat dalam bahasa Indonesia dan ada kebimbangan di hati mereka kalau-kalau saya tidak dapat faham apa yang mereka terangkan menjadikan penerangan mereka cukup berhat-hati bahasanya dan kurang mantap gayanya. Dalam hati saya berkata, kalaulah yang menerangkan ini ialah orang Malaysia, gayanya akan berbeza kerana kefasihan berbahasa Melayu membolehkan mereka 'menggoreng cerita' dengan ayat yang bersemangat dan yakin! Penerangan Pak Rasyid ini juga kadang-kala disampuk oleh isterinya Ibu Cita. Saya pula berharap yang saya mentafsir cerita-cerita Pak Rasyid ini dengan betul..maklumlah ada bahasa Indonesia yang tidak sama istilah dan maksudnya dengan bahasa Melayu.

Hampir sejam sesi penerangan,saya masih kurang berminat untuk join MLM Synergy. Seperti kebiasaannya, saya nekad tidak akan membuat apa-apa keputusan tergesa-gesa pada malam ini. Saya harus balik dan membuat kajian sendiri tentang Synergy Worldwide di Internet. Betulke cerita-cerita mereka ni? Atau sebenarnya satu pembohongan dan percubaan untuk melarikan duit orang! He..he...buruk sangka pulak saya. Kira-kira jam 12:15 malam saya minta diri. Mereka semua mengiring saya ke lif dan mereka menjemput saya untuk datang dan melihat sendiri pejabat jualan Synergy Worldwide Marketing Sdn. Bhd. yang terletak di tingkat 10, Berjaya Times Square pada esok hari.

Dipendekkan cerita, keesokan harinya saya telah pergi ke Berjaya Times Square KL dan tiba di sana kira-kira jam 8:45 malam. Saya telah naik ke tingkat 10 dan mencari ibu pejabat Synergy Worldwide Marketing Sdn. Bhd. Bangunan Berjaya Times Square KL memang besar dan masih banyak ruang perniagaan yang belum disewa.  Orang pula tidak ramai, lengang sahaja. Saya teruskan berjalan dan tidak sukar sebenarnya mencari ibu pejabat Synergy MLM Malaysia. Besar, memang besar ruang pejabat Synergy MLM Malaysia di Berjaya Times Square ini. Terdapat food court  bersebelahan dengan pejabat ini.

 
Synergy Worldwide di Berjaya Times Square Malaysia

Pejabat Synergy WorldWide di 10th floor, Berjaya Times Square KL

Saya mengelilinginya dan kemudian menuju ke pintu masuk utamanya. Kelihatan di dalam ada beberapa orang kakitangan Synergy Worldwide Marketing Sdn. Bhd. dan ada lagi beberapa orang yang kelihatan macam pelanggan. Oh ya...itu lah pasangan suami isteri yang saya nampak di bilik hotel semalam. Mereka bersama Ibu Cita melihat-lihat ruang pejabat yang kosong tidak digunakan. Saya pun masuk ke dalam dan Ibu cita nampak saya dan menyambut saya masuk dengan mesra. Saya dibawa melihat-lihat ruangan di sini dan produk-produk yang dipamerkan. Besar sungguh pejabat ini. Sayangnya kerana terbiar kosong dan tidak aktif. Kemudian Ibu Cita memperkenalkan saya dengan kakitangan di kaunter pejabat jualan Synergy Worldwide Marketing Sdn. Bhd. itu. Tanpa berlengah lagi kerana jam sudah pun menunjukkan jam 9.00 malam dan pejabat akan ditutup sekarang, saya pun terus mendaftar sebagai ahli Synergy MLM Malaysia!  

Beraninya saya membuat keputusan serta merta pada jam 9.00 malam di pejabat jualan Synergy WorldWide Marketing! Sebenarnya, sebelum mengambil keputusan ini, saya telahpun membuat literature study tentang Synergy WorldWide menerusi laman webnya. Anda boleh melayarinya di sini:  Synergy WorldWide. Yang pasti, segala cerita yang disampaikan oleh Pak Ismadi dan Pak Rasyid & isterinya (Ibu Cita) bukanlah sesuatu yang diada-adakan tetapi semuanya adalah benar belaka. Itu yang menjadikan saya yakin untuk bergabung dengan mereka.

Malah, ini adalah timing yang tepat! Di Malaysia, Synergy MLM belum berkembang dan belum dikenali. Sedangkan di negara-negara jiran kita - Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan juga negara Asia lainnya termasuklah Jepun, Korea, Taiwan dan negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, UK, Sepanyol dan lain-lain lagi begitu meriah dan rancak mencipta kejayaan bersama Synergy WorldWide!  Maka, ini adalah satu peluang buat saya dan anda juga!

 

Antara negara-negara yang mendahului Synergy MLM. Indonesia adalah antara yang amat berjaya!

 
       
  Kepada anda yang ingin menjadi ahli Synergy MLM yang terawal di Malaysia, nah! Ini lah masanya! Tunggu apa lagi? Hubungi saya sekarang juga!    
 

Mohd Azeri Hairuddin (019-676 0020)

 
  mailto:mohd_azeri@yahoo.com  
 

 

 
  Taklimat Synergy WorldWide Kali Ke....  akan diadakan pada ...... di Aras 10, Berjaya Times Square. Sila sahkan kehadiran anda sekarang!  
             
 

Lawat Laman Web Synergy Worldwide sekarang!

 
 

Copyright my-rummy.com June 2009