Taman Kajang_Sentral Map  | Kajang Map | Rumah sewa di Kajang | Taman Kajang Utama

Getting to Taman Kajang Sentral | Stesen Komuter Kajang | Hotel di Pekan Kajang | Reko Sentral Kajang | UniKL MESTECH

Sponsored

Oasis 1 Condominium Mutiara Heights Kajang

Only RM0.90 toll fee, 18 km/20 minutes drive via Cheras-Kajang Highway to Kuala Lumpur!

 

 

 

Pendahuluan: Laman Web ini dibangunkan sebagai catatan peribadi mengenai perkembangan pembangunan kawasan Taman Kajang Sentral yang berlaku sejak tahun 2005 hingga 2015. Ini termasuklah bangunan-bangunan yang sedang dibina dan juga perniagaan-perniagaan yang beroperasi di sini. Sejak akhir-akhir ini, sudah ada banyak laman web di Internet yang menceritakan perihal Taman Kajang Sentral. Walau bagaimanapun, keterangan yang ada kebanyakannya adalah mengenai jual beli hartanah dan perkhidmatan rumah sewa oleh ejen-ejen hartanah. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan nilai hartanah di Taman Kajang Sentral. Taman Kajang Sentral merupakan salah sebuah taman perumahan dan juga pusat perniagaan di Kajang yang paling hampir dengan projek KVMRT Stesen Kajang. Impak projek KVMRT terhadap nilai hartanah di kawasan ini telah merancakkan kerja pembangunan hartanah oleh pemajunya TKS Projects Sdn Bhd. Selain daripada itu, pembinaan bangunan blok asrama pelajar UNIKL (MESTECH) di Taman Kajang Sentral pada 2012 (kini telah siap) telah menyebabkan pertambahan mendadak penduduk di kawasan ini.

Pada Jun 2015, bangunan Serviced Apartment Sentral Residences 1 dan Sentral Residences 2 telahpun siap. Ini akan menyumbang kepada pertambahan penduduk dalam tempoh 6 -12 bulan daripada sekarang. Dalam masa yang sama, satu blok bangunan baharu sedang di bina di belakang bangunan pejabat urusan TKS Projects Sdn Bhd. Rumors menyatakan blok bangunan tersebut adalah untuk dijadikan asrama tambahan bagi pekajar-pelajar Kolej New Era Kajang. Begitulah scenarionya sekarang di Taman Kajang Sentral.

 

Sponsored:

HalalSurf ialah satu tapak perdagangan untuk perniagaan online, yang memberi fokus kepada pasaran Halal bagi membolehkan pengguna berjual beli segala keperluan halal dengan cara yang mudah. HalalSurf mengumpulkan sebanyak-sebanyaknya perniagaan dan produk halal di bawah satu tapak e-dagang HalalSurf.Com. Justeru, pengguna sedunia kini mempunyai satu one-stop-center khusus untuk mendapatkan pelbagai keperluan dan barangan halal secara online di www.halalsurf.com.  Hebatnya, HalalSurf adalah PERCUMA. Mendaftarah sekarang juga!

Di sini bermulanya Taman Kajang Sentral (juga dikenali sebagai Kajang Sentral Business Park). Blok E, Jalan TKS 1 adalah bangunan perniagaan (business/commercial) terawal yang beroperasi di Taman Kajang Sentral, menempatkan Pusat Rawatan Britannia sebagai landmark kepada orang ramai yang ingin datang berurusan di sini. Foto ini diambil pada Mac 2005. Beberapa syarikat yang dilihat pada gambar ini telah berpindah ke tempat lain.

Taman Kajang Sentral

Taman Kajang Sentral. Signage ini terletak di jalan masuk ke Taman Kajang Sentral. Namun kini telah ditukar tulisannya kepada Kajang Sentral Business Park. Jika anda menuju ke Semenyih melalui SILK papan tanda ini terletak di sebelah kiri, selari dengan Kajang SILK Highway yang menyebabkan ramai orang tersasar semasa mencari laluan masuk ke Taman Kajang Sentral.  Sebaik sahaja anda menyusur masuk, anda telah berada di Jalan TKS 1. Kebanyakan pejabat di sini berada di Jalan TKS 1.  Jalan TKS 1 agak panjang, bermula dari blok Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di hujung gambar di atas, sampailah ke penghujung blok bangunan iaitu bangunan MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research).

Bangunan TKS Sentral Point di Taman Kajang Sentral yang siap pada hujung tahun 2012. Bangunan ini mempunyai rekabentuk yang berbeza daripada bangunan-bangunan TKS yang lain, nampak lebih moden dan cantik. Sangat sesuai untuk dijadikan bangunan kolej atau IPTS. Bangunan baru ini juga terletak di sepanjang Jalan TKS 1. Pada awal tahun 2015, Coway telah meletakkan papan iklannya menggantikan papan iklan Sentral Residences yang telah musnah dipukul ribut.

Taman Kajang Sentral sudah semakin membangun. Di belakang Sentral Business Point ni ialah serviced apartment moden yang baru yang diberi nama Sentral Residences (mula dibina pada 2012). Kini serviced apartment Sentral Residences telahpun siap sepenuhnya dan banyak juga unit sedang diubahsuai oleh owner masing-masing sebelum move in, sama ada untuk duduk ataupun disewakan.

Signboard Sentral Residence sedang dinaikkan pada awal 2013 (Move in ready)

Sentral Point, bangunan di tengah - banyak lagi kerja renovation oleh penyewa ketika ini (Dec 2013)

Selekoh masuk ke Taman Kajang Jaya.

Blok E, Taman Kajang Sentral di depan highway SILK

Bangunan Taman Kajang Sentral di kiri Highway silk

Bangunan Taman Kajang Sentral di kanan Highway silk

Pejabat Urusan TKS & Pejabat Jualan Sentral Residences Serviced Apartment yang terletak di baris hadapan bertentangan dengan lebuhraya SILK Kajang dan bersebelahan dengan KTMD. Walaupun pengurusan TKS belum dapat penyewa untuk kesemua premisnya, tapi di belakang bangunan pejabat urusan ni, TKS telah membangunkan sebaris lagi blok bangunan komersial yang serupa dengan bangunan di pejabat urusan. Dengan cerita, bangunan tersebut akan diambil oleh Kolej Universiti New Era untuk dijadikan asrama pelajar. Itulah bangunan paling dekat dengan KTM dan MRT Kajang nanti.

 

Nasi Lemak Bajet Taman Kajang Sentral

 

Terdapat sebuah jejantas (gambar sebelah kanan) untuk menyeberang ke Taman Kajang Utama. Berdekatan jejantas ini, terdapat sebuah geral menjual nasi lemak (khemah warna biru tu).

Selepas pelaksanaan GST 2015, kakak yang menjual nasi lemak tu mempromosikan nasi lemak bajet. Nasi lemak bajet ni dijual pada harga RM2 dan ada 2 pilihan lauk (paru atau kerang). Saya pun try beli nasi lemak bajet makcik ni. Tapi pada saya, bukan kita (pembeli) yang bajet tapi makcik (penjual) tu yang bajet. Sebabnya, nasi dia dah siap bungkus (tak boleh tambah nasi dah). Lauk dia dah masukkan (letak sikit je, bajet la tu) dan timun pun tak boleh nak pilih timun yang segar-segar (tension dapat timun yang keras), then telur tak dimasukkan.

jejantas taman kajang sentral

Best lagi makan nasi lemak di Restoran Cili Hijau, Reko Sentral. Saya sebenarnya dah lama juga tak makan nasi lemak kakak tu walaupun memang pejabat saya di Taman Kajang Sentral ni juga. Sebelum ni saya makan memang rasa sedap sangat. Tapi sebab nasinya dia bubuh sikit, jadi saya tak beli dah lah dan beli temapt lain.

Tapi baru-baru ni bila beli lagi, rasanya macam dah kurang best pulak. Tak tahulah mungkin sebab dah selalu makan nasi lemak kedai lain. Apa-apa pun, good luck lah kakak berniaga kat situ. Walaupun dah kena kompaun dengan MPKj, dia tetap teruskan berniaga.

Blok B, Kajang Sentral Business Park - Perbadanan Aset Keretapi (PAK) Kajang telah membuka pejabatnya di sini pada hujung 2010 yang lalu. . Sebelum Perbadanan Aset Keretapi memasuki bangunan di Taman Kajang Sentral ini, kerja-kerja renovation yang besar telah dilakukan ke atas beberapa blok bangunan 3 tingkat ini yang rasanya menelan belanja ratusan ribu ringgit. Banyaknya duit PAK...berapa tahun akan berada di sini pun tak pasti. Antara syarikat lain yang membuka perniagaan di sini termasuklah Kolej Mutiara (kolej kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia atau UUM) dan baru-baru ini juga telah dibuka Wisma MKRS...wisma apa tu ye...Diam tak diam, Taman Kajang Sentral sudah ada 3 IPTS...lebih ramai pelajar akan membanjiri kawasan ini suatu masa nanti.

Pembinaan Blok Bangunan Komersial Baharu

Di belakang Block B ini, TKS Projects Sdn Bhd sedang membangunkan satu lagi blok bangunan komersial baharu yang dijangka siap pada tahun 2016.

Itu sahaja tanah kosong yang tinggal dan itulah blok bangunan terakhir di Taman Kajang Sentral dan merupakan bangunan paling dekat dengan stesen komuter Kajang dan MRT Kajang.

Di belakang bangunan tersebut ada sebatang anak sungai yng memisahkan Taman Kajang Sentral dengan Taman Kajang Jaya.

SILK Highway

Inilah Kajang SILK highway. Jika anda daripada KL, laluan anda adalah yang di sebelah kanan gambar ini. Sebelah kiri pula adalah Taman Kajang Utama. SILK Highway membelah kawasan ini yang dihubungkan dengan satu jejantas pejalan kaki. Gambar ini diambil dari atas jejantas Taman Kajang Sentral.

KAWASAN PENDUDUK TAMAN KAJANG SENTRAL | RUMAH SEWA DI KAJANG

Rumah kedai

Surau Al-Huda

Atas: Low cost apartments (kiri) dan surau al-Huda,Taman Kajang Sentral (kanan) di Jalan TKS 4 Taman Kajang Sentral. Pada 2010, ramai pelajar UNIKL menginap di sini. Pada 2012, bangunan asrama UNIKL telahpun siap.

Pangsapuri Blok L

 Pangsapuri Blok N

Jika anda inginkan rumah sewa di Kajang, pangsapuri di Taman Kajang Sentral ini pun boleh dikatakan sesuai. Kos sewa rumah di sini masih rendah. Banyak unit apartment di sini disewakan pada harga RM420.00 (3 bilik dan 2 bilik air). Jika budget rendah, cari rumah sewa di Blok L atau Blok I. Untuk ke bandar Kajang cuma 10 minit sahaja dan untuk ke komuter Kajang dan stesen MRT Jalan Bukit, Kajang pula cuma 5 minit sahaja (700-800 meter).

Stesen Komuter Kajang kurang 5 minit dari Taman Kajang Sentral (700 meter dari Sentral Point Kajang). Ramai orang memakir kenderaan di sepanjang jalan Bukit, iaitu jalan ke Komuter Kajang dan MRT Kajang.

PREMIS PERNIAGAAN

Antara premis perniagaan terawal di Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral yang beroperasi sejak tahun 2005. Indian restaurant Basil Leaves (non-halal) baru dibuka pada tahun 2009 berada di corner blok bangunan ini.

Gambar premis perniagaan di Taman Kajang Sentral pada 2011. Pusat Rawatan Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Britannia adalah yang terawal di sini. Smart Kids Taman Kajang Sentral terletak di sini. Antara perniagaan yang beroperasi di sini termasuklah etiQA takaful Asianadi Sdn. Bhd. dan sebuah pusat Fisioterapi dan pemulihan. Namun, ada berapa syarikat telah memindahkan operasinya ke blok bangunan di hujung Jalan TKS 1 kerana kadar sewanya yang lebih rendah.

Facts: Keluasan setiap unit kedai ialah 22 x 75 kaki. Keluasan 1,268 - 2,738 sqft. Tenure: Freehold. Kawasan ini berpotensi untuk maju pada masa akan datang.

Restoran Salju Cafe...tinggal signboard sahaja. Kedai ini telah menamatkan operasinya pada tahun 2013 selepas menjalankan perniagaan sejak 2010.

Taman Kajang Sentral is a commercial center located in Kajang facing SILK Highway. The development comprises of three phases of mixed development properties and a separate Sentral Point. A development by TKS Projects, the freehold properties were completed in September 2011. It is only a few minutes to Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, and Serdang.

Taman Kajang Sentral is separated by four types. The first type is Sentral Point that is made of freehold individual strata title shops and offices. The four-storey block comes with lifts, basement car parks and 24-hour CCTV security systems. Each lot is allocated one free car park. In terms of built-ups, the shops on ground floor ranges from 1,072 sf to 1,644 sf. The first floor shops are made of 1,072 sf to 2,453 sf. Meanwhile, the offices on the second floor have built-ups between 614 sf and 2,453 sf. The third floor corner lot offices have built-ups of 2,453 sf.

Taman Kajang Sentral was built in three phases. Block A and Block B are four-storey high shops, showrooms and offices with strata title. The units are standard 22 x 75 ft and come with lift and basement parking. It is meant to serve bank, finance, legal office, clinics, restaurants, colleges, among others business ventures. The second phase; Block E, Block F and Block G share the same characteristics.

The third phase of Taman Kajang Sentral is slightly different from the previous buildings. Block I and Block J are four-storey high shop apartment with double height ceiling. Block L and Block M are four-storey high medium-low cost apartment, while Block N are made of four-storey high low cost apartment. All of them share the same dimension size of 22 x 75 ft.

Taman Kajang Sentral is easily accessible via SILK Highway, Lebuhraya Kajang Seremban, and Kuala Lumpur - Seremban Highway. It is only a short walking distance to Kajang town center, where plenty of amenities can be found. Furthermore, there is a Kajang KTM Komuter station within minutes of walking distance, where you can reach Kuala Lumpur or Seremban easily.

Property Details
Name: Taman Kajang Sentral
Address: Jalan TKS1, 43000 Kajang, Selangor
Developer: TKS Projects
Completion Date: September 2011
Type: Shop, Shop Office & Shop Apartment
Tenure: Freehold
No. of Blocks: 11
No. of Storey: 4
Dimension: 22 x 75 ft
Built-up: 1,268 - 2,738 sf
Launch Price: RM217,800 - RM680,000
Subsale Price: RM54,000-RM190,000
Rental: RM1,800-RM3,700
Analysis

Taman Kajang Sentral is next to ERA College, and is surrounded by residential area, schools, universities like UKM, UPM, UNITEN and other public conveniences such as Women's & Children's Specialist Hospital Britannia. Kajang is famous for its satay, a form of skewered barbecued meat. Informally, Kajang is known as the "Satay Town", and is famous among tourists and locals alike. The township has a number of new and old shopping complexes, such as Billion Shopping Center, Metro Kajang, Metro Point, Kompleks Kota Kajang and also near to the new IOI City Mall.

Taman Kajang Sentral enclave faces the bustling SILK Highway. It is said to be be within walking distance to Kajang KTM Station and the upcoming MRT Station. It may a good place to run a small business. They are still lots available with the rate being affordable.

 
 
DIREKTORI BIZ

Universiti dan Kolej

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) - Institute of Medical Science Technology (MESTECH)

Asrama UniKL MESTECH Kajang

Kolej Mutiara (Skill based Training Centre)

SS Cakna Resouces - Pusat Latihan Komputer Autodesk

Easytution Center

Institut Teknologi Info-Sains Mahir (INTIM)

 

Agensi Kerajaan

MIROS Taman Kajang Sentral Malaysian Institute of Road Safety Research

Perbadanan Aset Keretapi (PAK)

 

Restoran Mamak

Restoran al-Sarifa Kajang Sentral

Al-Uzair Kajang Sentral

Restoran D'Klasik (closed)

Restoran Melayu

Restoran RBZ

Teratak Kampungku (masakan Kelantan) closed.

Ilman Cafe

Restoran 2004 (masakan Thai)

 
 

Restoran (Tidak Halal)

Old Street Kitchen

Basil Leeves Kajang Sentral

Restoran Eurasian

Eurasian Cuisine

This is the first Eurasian restaurant to open in Kajang and it is located facing the SILK Highway in Taman Kajang Sentral (TKS) on the way to Semenyih. The restaurant enjoys a steady following who wish to have some western, Eurasian or Nonya style food.

 

Perniagaan/Businesses

Integrated Commerce Sdn. Bhd. - ICT and multimedia, oil and gas trading, training and education.

HalalSurf.com

Idea Kreatif Publication (IKP)

PCZone Motorsport

Simplex Marketing Sdn. Bhd. (Canon Distributor)

NuSolar

Perpustakaan swasta

Giant Bubble Putrajaya

Juwata Supplies - Specialised in golf equipment, driving range accessories and spare parts.

Mayfield Sdn. Bhd.

Three Cloud Office System

KTMD

Wisma MKRS

Wisma Tinakaran

TKS Projects Sdn. Bhd.

Mazhar Sdn Bhd

COWAY (Cody Office)

 

 

Kedai (Front - Jln TKS 4)

7 eleven Taman Kajang Sentral

Kedai Rakyat 1Malaysia Taman Kajang Sentral

99 Speedmart Taman Kajang Sentral

Stationery shop

 

Kedai bahan jahitan Sin Fah Trading

Kedai T Shirt (closed)

Kedai Kitchen Appliances (Closed)

 
 

Kedai (Back- Jln TKS 4)

Kedai Runcit Rizky Jaya

Kedai Guntin Rambut Abe Bob

Pasar Mini Wang Yue

Salun Kecantikan MS Beauty

 

Pusat Gymnasium

Gymnasium Muscletalk gym

 

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

1security Sdn. Bhd.

Golden Triangle Security Services Sdn. Bhd.

Gunma Guardforce DS Sdn Bhd

Insurans dan Takaful

Great Eastern Insurance (Agensi Moorthy)

Great Eastern Insurance (Agensi Sadashivan)

 

Klinik Pakar

Britannia Kajang - Pusat Pakar Wanita dan Kanak-kanak Britannia

ACS Eye Specialist

Klinik Mediviron Taman Kajang Sentral

Klinik Dr Ko Skin Specialist Taman Kajang Sentral
Klinik Pakar Perubatan dan Jantung Kumar Taman Kajang sentral
Pusat Pakar Mata ACS Taman Kajang Sentral

Kedai Hardware

Hon Mun Hardware Trading

 

Pejabat Peguambela

 

Lain-lain

Setor RELA

Pusat Dobi Clean Pro

Pusat Dobi Magic Pro

Pusat Dobi Somerset Malibu Enterprise

Noaz Enterprise

Noaz Sdn Bhd

Pusat Rehabilitation

HALALSURF - One-stop-centre for Everything HALAL.

Pengumuman
RELA Mukim Kajang sedang mengadakan rekrutmen anggota baharu mulai 22 Oktober 2015. Pejabat RELA Mukim Kajang terletak di Blok G, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral (bersebelahan MIROS). Keahlian terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki.
   

RESEARCH ORGANISATION

MIROS

BLOK G: Kajang Sentral Business Park. MIROS- Malaysian Institute of Road Safety Research was operated at Taman Kajang Sentral since 2008. Established on 3rd January 2007, MIROS functions as a one-stop centre for the generation and dissemination of road safety information through the print media and a concerted training programme. MIROS carries out studies and evaluates current procedures on road safety to generate information that will form the core of its evidence-based intervention programmes to enhance road safety.

FUCTIONS:

  • Conduct high impact research that will be translated into road safety policies.

  • Develop national objectives, policies, and priorities for the orderly development and administration of road safety research.

  • Enhance and increase knowledge based on new developments in issues related to road safety.

  • Serve as an audit and accreditation agency in curriculum design and standards on road safety.

  • Propose evidenced based cost-effective interventions/ programmes.
  • Serve as a repository of knowledge and linkage on road safety.
  • Serve as a centre providing consultation and advice on road safety issues.

MIROS is headed by a Director General and administratively organised into three Centres and two Divisions. The centres are the Road Engineering and Environment Research Centre, Road User Behavioural Change Research Centre, and the Vehicle Safety and Biomechanics Research Centre, while the divisions are the Administration and Finance Division and Publications & Knowledge Management Division

HIGHER LEARNING INSTITUTION

UniKL

BLOK A Kajang Sentral Business Park: UniKL - Institute of Medical Science Technology (MESTECH) at Taman Kajang Sentral - walking distance to Stesen Komuter Kajang. Along with the advancements in medical technology, MESTECH is specialised in fulfil the needs for skilled and trained biomedical technologist, Clinical Laboratory Science, and Environmental Health Science. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), aims to contribute towards the development and advancement of Malaysia’s human capital in engineering technology field through the concept of ‘one institute, one specialisation’. Our contributions encompass not only tertiary education but also research and development for commercialisation purposes. All of our programmes are approved and accredited by Malaysian Qualification Agency (MQA).

 
 

 GOOGLE | HOME | MPKJ | YAHOO

Date Published: 23 Julai 2010 . Last updated: 23 Oct 2015. By Mohd Azeri Hairuddin (mohd_azeri@yahoo.com)