|
|
Abstrak
Harga petrol yang sentiasa
meningkat sejak 10 tahun lalu dan sehingga ke tahun 2008 ini
mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha
mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling rendah.
Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum
dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah
penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol kereta anda
bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini
tetapi penggunaan petrol yang lebih daripada yang sepatutnya
menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Penjimatan Petrol
-
Memandu
dengan tenang. Sikap dan cara pemanduan kerana banyak
mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.
Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh
tajam, janganlah tiba-tiba saja menukar gear daripada gear
tinggi (misalnya gear 5) kepada gear rendah dan membrek sesuka
hati.
-
Kurangkan berat/bebanan
kereta. Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan
yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar
penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan
stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak
barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke
sana ke mari.
Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak 2 peratus).
-
Tayar diisi
dengan tekanan angin yang betul. Tekanan angin mesti betul.
Tekanan angin yang
tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan
penggunaan minyak bertambah 5 peratus.
Carta berat dan tekanan angin biasanya
terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.
Jangan
biarkan tayar lembik dan kurang tekanan kerana ia menyebabkan
kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan petrol.
-
Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala.
Penalaan enjin yang teruk meningkatkan
penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan
palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara
berkala.
-
Kurangkan kelajuan tinggi. Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak
digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer
sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak
bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25
peratus).
-
Matikan saja enjin kereta jika menunggu
sesuatu.
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu
seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di
kedai runcit untuk membeli hatta satu barang kadang-kadang boleh
jadi lama. Ini kerana mungkin ada ramai orang di kedai
atau tuan kedai mencari-cari duit tukar untuk memulangkan duit
pelanggannya. Jadi, buka tingkap kereta dan tutup saja enjin
untuk menjimatkan minyak petrol kereta anda.
-
Bijak dalam penggunaan gear. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan.
Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan
pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan
malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda
memilikinya.
-
Membrek secara
beransur-ansur.
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,
misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan
kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.
-
Rancang perjalanan.
Jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa
terlebih dulu merancang jalan mana untuk kita ikut menuju ke
destinasi. Ini termasuklah rancangan perjalanan
untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pilihan jalan yang
tidak banyak lampu traffic, banyak bonggol (menyebabkan anda
perlu kerap menukar gear yang akhirnya tidak membantu usaha
penjimatan petrol kereta anda)
-
Elakkan kesesakan
lalulintas. Ini
menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Jalan yang sesak
juga menyebabkan anda mendapat kurang kilometer. Untuk
penjimatan minyak, cari jalan yang kurang sesak. Jangan
mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih
jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih lancar.
-
Panaskan enjin kereta sebelum
memulakan perjalanan.
Enjin dalam keadaan panas (panas yang normal) juga boleh
membantu meningkatkan perbatuan (lebih kilometer) dan prestasi
kereta anda. Terutamanya pada waktu pagi, jika boleh, biarkan
enjin panas sebelum memulakan perjalanan.
-
Minimumkan perjalanan jarak dekat.
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini
mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.
Sebagai langkah penjimatan petrol, eloklah naik motosikal atau
mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai
berhampiran.
-
Gunakan
saiz tayar dan sport rim yang sesuai. Saiz port rim perlu
disesuaikan dengan keupayaan kereta. Kalau wira 1.3, dan kita
hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 Inci,
kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan
kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang
tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek
jangka hayatnya dan yang paling penting, minyak petrol akan
lebih sedikit. Jika saiz rim dan keupayaan tidak seimbang, ini
tidak membantu langkah penjimatan petrol anda.
Barang Yang
Perlu Dibawa.
-
Anda harus membawa barang
yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat
yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa
barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan
petrol pada kadar 5 peratus.
-
Harus diingatkan, jangan
sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang
membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang
udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Kesimpulannya
Jika anda mendapati penggunaan
petrol kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya
terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal
kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli
sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol di pasaran
seperti eco-power compressor.
eloklah anda mengamalkan tips-tips yang dinyatakan di atas.
|