|
TLS
Holding Sdn. Bhd. merupakan pemaju apartment yang
popular di Kajang. Pemaju ini boleh dikatakan
satu-satunya pemaju hartanah yang begitu fokus dalam
pembangunan hartanah bertingkat dan berstrata. Oleh
yang demikian, TLS telah membangunkan satu rumah
contoh di dalam pejabatnya di Jalan Wan Siew, Sg.
Chua, Kajang.
Boleh
dikatakan semua rumah contoh apartment yang dibina
sejak tahun 2004 telah dibuat di pejabat ini. Sudah
tentulah keluasan rumah contoh ini lebih besar
daripada yang sebenar. Pembeli yang datang melawat
perlulah bijak dengan meminta penjelasan mengenai
saiz unit apartment yang sebenarnya.
Setiap 2 tahun projek baru dilancarkan, rumah contoh
ini bertukar rekaan dalamannya dan berubah warna
dinding dan kemasan yang lainnya. Dalam laman ini
saya bawakan beberapa contoh hiasan dalaman yang
pernah dibangunkan dalam rumah contoh ini untuk anda
mendapatkan idea hiasan ruang tamu. Untuk lebih
banyak gambar apartment ini, sila klik
idea hiasan
ruang tamu apartment. |