|
Hiasan Ruang
Tamu |
Ruang
Makan |
Ruang Dapur |
Hiasan
Bilik Tidur |
Hiasan Bilik Air
|
Hiasan Cermin
Dinding |
Karpet Ruang Tamu |
HOME
IDEA
LAMPU
HIASAN RUANG TAMU RUMAH & APARTMENT
Anda
mencari idea untuk lampu hiasan di rumah?
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan
duduk di rumah sendiri ataupun rumah sewa, mesti
terdetik nak cari lampu hiasan rumah sama ada untuk
menghias bilik tidur supaya nampak romantik atau
untuk beri sedikit kelainan dari segi pencahayaan di
ruang tamu supaya nampak lebih kreatif, menarik dan
ceria. Jika ada budget, anda mungkin akan buat apa
saja agar lebih bahagia, lebih-lebih lagi kepada
yang ingin menjadikan rumahku syurgaku! Betul?
Klik untuk 5
tips pencahayaan menggunakan lampu hiasan rumah!
|
 |
| |
Jika
lalu saja kedai lampu yang memang biasanya menarik
perhatianlah sebab lampu-lampu dalam kedai dipasang
dengan terang dan bergemerlapan, anda pun automatik
ada perasaan macam nak singgah, tak semestinya nak
membeli tapi sekadar untuk menjamu mata mungkin.
Saya juga gemar masuk ke kedai-kedai lampu jika
berkesempatan. Dari gedung jual lampu yang besar
macam IKEA dan IKANO sehinggalah yang kecil di
tepi-tepi jalan, banyak yang saya dah masuk untuk
menengok-nengok saja. Ini kerana saya memang seorang
penggemar lampu hiasan rumah. |
|
| |
|
|
| |
|
Jenis-jenis Lampu Hiasan Rumah
Ada beberapa
kategori lampu hiasan rumah antaranya
lampu lampu lantai, lampu siling, lampu
dinding, lampu sorot dan juga lampu
meja. Dalam penulisan saya ni, saya
lebih memfokuskan kepada lampu hiasan bagi
ruang tamu dan ruang makan, tak kiralah sama
ada lampu hiasan lantai, lampu siling
ataupun lampu dinding kerana lampu-lampu ini
boleh dipadankan dalam satu ruang di dalam
rumah atau apartment.
Lampu
Lantai
Lampu lantai
adalah yang paling popular sebab boleh
dialih-alihkan dari satu sudut ke sudut yang
lain. Kekangannya ialah, lampu lantai perlu
berada dekat dengan soket elektrik. Jika
tidak, wayar panjang di lantai antara lampu
hiasan dan soket elektrik boleh menimbulkan
satu masalah lain iaitu masalah keselamatan!
|
| |
|
|
Lampu
Lantai Moden daripada IKEA |
|
|
|
Terdapat design
lampu lantai yang moden di IKEA. Lampu
lantai moden boleh digayakan dengan pelbagai
cara kerana ada yang bersifat fleksibel,
boleh dilentur atau dilaraskan batangnya.
Jika anda google di Internet mengenai floor
lamp, anda akan temui beberapa gaya
penggunaan lampu lantai seperti di bawah. |
|
|
|
|
| |
|
|
|
| |
[KEMBALI
KE ATAS] |
|
| |
Lampu Hiasan -
Lampu Siling
|
|
| |
Tak seperti lampu lantai, lampu siling biasanya
tidak susah untuk disediakan kerana di siling rumah
memang dah ada wiring untuk lampu dan kipas angin
siling. Jadi, anda cuma perlu pilih sahaja design
lampu siling yang match dengan saiz siling rumah
anda. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.
Cumanya, jika anda tidak mahir memasanganya sendiri,
terpaksalah keluarkan duit untuk kos upah pasang
pula. Biasanya, untuk lampu dengan design, caj
pemasangan sekitar RM10/lampu.
Jika anda dah menggunakan banyak lampu downlight
sebagai hiasan lampu siling rumah, maka anda mungkin
tidak memerlukan lampu siling yang kuat cahayanya.
Siling gaya moden zaman sekarang (gaya
pulau). Asalnya gaya siling macam ni dibuat sebagai
hiasan siling pejabat dan hotel. Tapi, taste orang
sekarang ni nak bagi nampak rumah macam pejabat dan
hotel juga. |
|
 |
|
| |
Mungkin dengan cara ni boleh menaikkan
mode bekerja bagi orang zaman sekarang ni yang
sebahagiannya bekerja dari rumah! |
|
Siling apartment pada gambar di atas menggunakan
lampu hiasan siling yang lebih ringkas tetapi modern
style. Kabel pendawaian dikemaskan dengan PVC
fittings. |
|
| |
|
|
|
|
| |
Plaster Ceiling |
|
 |
|
| |
Ruang
dalam rumah akan semakin indah dan menawan jika anda
mempunyai bajet untuk membuat sedikit pengubahsuaian
keatas siling rumah anda. Lampu hiasan siling yang
cantik akan bertambah seri jika dipadankan dengan
deko plaster ceiling yang sesuai.
Bergantung kepada budget anda, plaster ceiling boleh
dibuat sama ada untuk ruang tamu dan ruang makan
sahaja ataupun melibatkan kesemua bahagian dalam
rumah termasuk bilik tidur. Rekaannya pula boleh di
mix and match, sama ada kesemuanya menggunakan white
cornices atau mungkin anda berminat untuk
menggabungkan unsur kayu. Biasanya, kerja
renovation boleh disiapkan dalammasa 2 minggu
sahaja. Untuk
melihat beberapa design plaster ceiling, sila klik
di sini.
[KEMBALI
KE ATAS] |
|
|
| |
|
|
| |
Lampu Hiasan
Ruang Makan (Dining Room) |
|
|
|
Contoh Hiasan
Meja Makan dan Ruang Makan |
|
|
|
|
|
|
|
Lampu hiasan rumah untuk
ruang makan biasanya dipasang secara tergantung
daripada siling dan berada tepat di atas meja
makan. Bagi ruang makan yang ada kipas angin siling,
kekadang orang memasang kipas angin siling yang siap
ada lampu di bawahnya (biasanya lampu kuning). |
|
| |
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
|
Bagi kebanyakan
rumah atau apartment, ruang makan dan ruang
tamu tidaklah besar. Ada rumah yang
kedua-dua bahagian ini wujud pembahagian dan
ada juga yang tidak. Bagi yang ada
pembahagian, untuk meletakkan lampu
downlight, lampu hiasan siling dan kipas
angin lagi, macam dah tak cukup ruang dan
boleh jadi serabut dibuatnya. Lainlah kalau
rumah tak pakai kipas tetapi pakai aircond
100 peratus, jadi penggunaan sepasang lampu
hiasan siling rumah tanpa adanya kipas
siling memang nampak cantik sekali.
|
|
[KEMBALI KE ATAS] |
|
Lampu
Dinding |
|
|
|
Jika rumah anda
tidak menggunakan lampu hiasan siling dan
downlight yang banyak, maka
penggunaan lampu hiasan dinding akan lebih
menyerlahkan lagi hiasan ruang rumah anda.
Kalau di dalam bilik hotel, lampu dinding
banyak digunakan disamping lampu meja. |
|
|
|
Walau
bagaimanapun, lampu hiasan dinding agak
susah untuk disediakan kerana memerlukan
pendawaian baru. Kebanyakan rumah dan
apartment baru yang dibina tidak mempunyai
built-in wiring untuk
membolehkan anda memasang lampu dinding
sesuka hati anda. Lebih-lebih lagi bagi
rumah jenis apartment, kemungkinan terdapat
piping yang menghalang anda
daripada menebuk dinding.
Dalam kes
seperti itu, ada baiknya anda mendapatkan
nasihat daripada pihak pemaju apartment anda
untuk memastikan bahagian mana yang tidak
boleh ditebuk dan diubahsuai. Sekiranya
pihak pemaju telah melantik kontraktornya
sendiri bagi tujuan kerja renovation pembeli
rumah, maka anda boleh mendapatkan khidmat
mereka juga kerana mereka telah diberitahu
oleh pemaju mengenai hal ini. Yang penting
sekali, pastikan lampu hiasan rumah anda
dipasang dengan kemas (dinding yang
ditebuk diplaster semula tanpa nampak
cacat!). |
|
 |
|
|
|
|
|
Mana Nak
Beli Lampu Hiasan Rumah?
Mana lagi, kan
semua dah tahu, dikedai lampulah...Kedai
lampu mana satu? Ha, jika anda berada di
kawasan Lembah Klang, memang melambak-lambak
kedai lampu hiasan. Saya pernah masuk ke
dalam sebuah kedai lampu hiasan rumah yang
saya kira yang paling padat pernah saya
nampak. Kedai lampu hiasan ni bukannya di
Lembah Klang tapi di Alor Setar Kedah! Ini
lampu made in Siam ke apa...banyak sungguh
pilihan dan bergantungan di atas kepala.
Siap boleh ON bagi hidup lagi semua
lampu-lampu tu untuk di demo kan cahayanya.
Hebat! Kalau runtuh lampu-lampu ni, boleh je
saya tertimbus dibawah lampu-lampu kaca ni. |
|
|
|
[KEMBALI KE ATAS]
|
|
Jika nak survey design moden, barulah saya
recommend untuk pergi ke IKEA. Kalau tak ada
keperluan macam tu, boleh beli saja
dimana-mana kedai jual lampu hiasan rumah,
boleh tawar-menawar lagi, tak macam kat
IKEA, kalau nak murah kena pergi time sale
dan bersesak-sesak dengan orang yang sangat
ramai. Lihat beberapa contoh design lampu
IKEA di bawah: |
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|
|
|
 |
|
Sebuah restoran
makanan Melayu di Reko Sentral, Kajang yang
sepenuhnya menggunakan barang-barang IKEA
termasuklah meja, kerusi dan lampu
hiasan di bahagian siling yang kelihatan
bergantungan serta lampu hiasan dinding. |
|
|
|
|
|
|
[KEMBALI KE ATAS] |
|
|
|