Hentian Bas Klang Utara telah ditutup operasinya dan dipindahkan ke Klang Sentral. Pemindahan terminal bas Klang Utara pada bulan November 2008 ini memang banyak mendapat bantahan daripada pelbagai pihak terutama pengusaha bas, pemilik-pemilik peniaga berdekatan dan juga pengguna bas. MPK mengambil inisiatif ini adalah bagi memperluaskan lagi kemajuan perbandaran di pusat bandar dan mengelakkan tumpuan orang ramai kepada satu kawasan sahaja

Keadaan Hentian Bas Klang Utara pada awal tahun 2008.
Jika dianalisa pembangunan pusat bandar Klang, pusat pengangkutan awam hanya bertumpu di kawasan sedia ada sahaja di Jalan Pos Baru dan bas-bas tidak melalui kawasan-kawasan perniagaan lain dan hanya melalui jalan-jalan utama sahaja. Ini menyebabkan pusat bandar Klang tertumpu sebahagian sahaja dan orang awam terpaksa berjalan kaki jauh jika ingin ke kawasan atau destinasi lain dalam bandar.






