Home
 
Bawalah keluarga anda untuk beristirahat dan bersantai di Pantai Morib, Banting Selangor.

Pantai Morib - Banting, Selangor

Disusun oleh: Mohd Azeri (mohd_azeri@yahoo.com)

Lain-lain pantai: Pantai Kelanang | Pantai Batu Laut | Mengenai Banting Selangor

 

Ramai yang masih tidak tahu bahawa Pantai Morib di Banting Selangor telah diberi sentuhan landskap yang baru dan cantik sejak 2010. Mungkin ada juga orang Banting sendiri belum berkesempatan melihat perubahan landskap yang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat ini. Pantai Morib terletak mengadap Selat Melaka dan jaraknya dari Banting sekitar 15 kilometer dan dari Kuala Lumpur hanya memakan masa satu jam lebih.

 

Apa yang boleh dibuat di Pantai Morib, Banting Selangor? - Bersiar-siar, berehat, main layang-layang (layang-layang ada banyak dijual di sini), mencari maklumat sejarah Pantai Morib, mencari maklumat siput laut, belajar seni lanskap, jogging, memancing di pesisir pantai, mandi-manda (kawasan berpasir agak terhad), melihat matahari terbenam, BBQ dan bermain golf. Jadi, bersiap-siaplah dengan kelengkapan yang sewajarnya sebelum datang ke pantai Morib, Banting Selangor.

 

Sejarah Pantai Morib

Pantai Morib menyimpan pelbagai sejarah negara di mana pada 9 September 1945, satu pasukan tentera India dari Batalion ke-46 tentera marin British telah mendarat di kawasan tersebut bagi mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tentera Jepun. Suatu masa dahulu, Pantai Morib pernah menjadi sebuah kawasan pelancongan yang popular di kalangan pelancong asing mahupun tempatan.

 

Kelainan Suasana Pantai Morib

 

Walaupun pantai Morib ni tidaklah sehebat pantai-pantai pelancongan utama di negara ini, namun kelainan yang ada di sini tetap menggamit ramai penunjung. Negeri Selangor tidak mempunyai banyak laluan jalanraya yang menyusuri pantai sebagaimana di Terengganu dan Port Dickson, N. Sembilan. Jadi apabila anda semakin hampir dengan kawasan pantai, anda dapat merasakan kelainan suasana secara automatik. Pohon-pohon Rhu banyak tumbuh di sepanjang pantai ini. Suasana petang semakin meriah dengan kehadiran lebih ramai pengunjung. Menjelang senja, pemandangan menjadi semakin cantik. Ini kerana anda dapat melihat keindahan waktu terbenamnya matahari di Morib ini. Keindahan matahari terbenam ini juga dikongsi bersama dengan pengunjung yang ada di pantai Port Dickson, dan juga Tanjung Bidara serta Pangkalan Balak di Melaka.

 

 

 

Aktiviti Riadah di Pantai

Tak berapa menarik jika anda datang ke Pantai Morib ketika air pasang. Namun, apabila air surut, seseorang perlu berjalan di atas pasir yang rata dan landai sejauh 400 meter dari pantai untuk sampai ke gigi air. Sesiapa yang berminat menambah koleksi cangkerang laut, inilah masanya! Aktiviti paling banyak dilakukan ialah mandi-manda (terutamanya kanak-kanak lah) dan juga bermain layang-layang. Jika air sudah pasang, kaki pancing mulalah datang dengan joran masing-masing. Mungkin senang dapat ikan di pantai yang airnya keruh macam di Morib ni. Morib juga terpilih sebagai destinasi pertandingan memancing selain di Tg. Harapan Port Klang. Untuk makan dan minum, gerai-gerai banyak disediakan di tepi pantai tersebut.

 

Penginapan

Terdapat dua buah penginapan yang paling hampir dengan pantai. Sementara Hotel Sri Morib menambah nilai penginapannya dengan akses ke kelab golf, Impian Morib Hotel pula merangkaikan tarikan penginapannya dengan pakej kursus selain kolam renang yang besar.

 

Kesimpulan

Apa yang jelas, kebersihan Pantai Morib kekal terjaga. Biarpun airnya belum tentu menjanjikan warna kebiruan, ia masih lagi menjadi tumpuan pengunjung secara berkumpulan mahupun bersama keluarga untuk makan-makan dan mandi-manda. Di bawah ini disertakan gambar wajah baru Pantai Morib kini. Jangan lupa, klik untuk melihat banyak lagi gambar!

 
   

 

Pantai Morib dengan lanskap yang diperbaharui pada 2010
 

Landskap yang menjadi ikon Pantai Morib sekarang. Diatas usaha pihak berkuasa tempatan, pesisir pantai Morib berwajah baru mulai tahun 2010 yang lalu. Semoga keadaan ini dapat bertahan lama. Sama-samalah kita menjaga kebersihan Pantai Morib, Banting Selangor.

Catatan Penulis 2014:

Pada tahun 2014, saya telah datang untuk bersantai di pantai-pantai dari Sepang ke Banting. Memulakan perjalanan dari Kajang ke Sepang, saya singgah di pantai Bagan Lalang dan melihat pantainya yang masih cantik dan masih menjadi tumpuan ramai termasuklah rombongan-rombongan pelajar sekolah. Kemudian, saya beralih ke Gold Coast Morib menjenguk taman tema di sini, namun pada saya kurang menarik untuk percutian keluarga besar. Saya meneruskan perjalanan ke Pantai Morib di Banting Selangor.

Pada mulanya saya agak teruja untuk melihat pembaharuan lanskap Pantai Morib, namun selepas sampai, keadaan di situ pada saya akan sedikit mengecewakan. Pertamanya, saya lihat rumput yang telah naik dan panjang tidak dipotong. Ia memberi gambaran kawasan rekreasi ini seperti terbiar tanpa penjagaan. Keduanya, arca-arca yang dulunya cantik dan berfungsi untuk mempamerkan maklumat mengenai geologi, lautan dan hidupan pantai ada yang rosak. Ini mungkin disebabkan vandalisme daripada orang ramai yang datang melawat pantai ini.

Saya tidak pasti sama ada masih ramai kah orang yang bersantai di pantai Morib pada lewat petang kerana terpaksa meninggalkan kawasan pantai Morib selepas waktu Asar dan perlu bergegas ke Klang. Yang pasti, sepanjang 45 minit saya habiskan masa berada di Pantai Morib Banting, tiada satupun gambar yang saya ambil kerana tiada pembaharuan atau penambahbaikan terhadap kemudahan pantai dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat. Semua yang ada sekarang adalah sama seperti yang telah dilihat ketika saya melawat Pantai Morib Banting Selangor pada tahun 2010.

Satu lagi keadaan yang kurang menggembirakan saya ialah kelihatan beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan ini, memakan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh orang yang melawat pantai ini. Kehadiran anjing-anjing liar ini benar-benar telah menjejaskan imej pantai Morib. Orang yang datang melawat Pantai Morib pun akan berpandangan negatif terhadap pantai Morib disebabkan anjing-anjing liar yang berkeliaran. Aktiviti pengunjung mula terganggu dan kebersihan pantai mula diragui. Masalah ini telahpun mendapat perhatian media UTUSAN pada tahun 2010 lagi.  

Satu keselesaan di Pantai Morib Banting ni ialah kawasan rekreasi ini dekat dengan sebuah Masjid. Surau pun ada disediakan. Jadi, kalau dah masuk waktu solat tu memang kedengaranlah bunyi azan dari masjid berdekatan yang hanya di seberang jalan. Terpulanglah kepada anda sama ada untuk solat di surau ataupun dimasjid yang selesa kerana berhawa dingin. [Ke atas]

 
   

Ke atas | Pantai Kelanang | Pantai Batu Laut | Bandar Banting Selangor

Terima kasih kepada iblogmyway atas gambar-gambar yang di kongsikan untuk tatapan semua.


Banting Not The Only Attraction

By Stuart Michael

BANTING, a town in the district of Kuala Langat, Selangor, has a laid-back lifestyle and offers good food, reasonably-priced shopping and has a rich history. Situated on the banks of Sungai Langat, the town, with a population of about 50,000, has many attractions and one of them is a good place to shop for textiles.

 

The Indah Pesona Textile godown at Wisma MDKL is popular for its low-priced baju kurung and curtains. If you love saris and Punjabi suits, go to Jalan Pekan Banting. There you will find many items from India and the biggest of the shops is called Harekrishna. After watching the beautiful sunset at Morib beach, treat your family to a hearty meal as a whole stretch of stalls selling everything from satay to sotong and ikan bakar comes alive at night. On Sundays, there is a karaoke session with a small price of RM2 per song. Historically, the beach was a landing point for the British and Indian liberation forces during World War II.

 

Nature lovers can go jungle-trekking in the forest reserve at Bukit Jugra. Before reaching the peak, a lighthouse stands guard to guide vessels plying the Straits of Malacca. The view from the peak is breathtaking, so don’t forget to bring along a camera. Bukit Jugrah used to be called Parcelar Hill — derived from the Arabic word balasar, which means “above the head”.

 

Visitors should not miss the prominent Kanchong Darat landmark which is the Sidek residence belonging to Datuk Sidek Abdullah Kamar, the father of the Sidek badminton brothers. The brothers’ eldest sister stays there now, but visitors who wish to see the house are always welcome.

 

Before reaching Bukit Jugra, visitors will come across Makam Sultan Abdul Samad, the resting place of Sultan Abdul Samad Almarhum Raja Abdullah. He reigned as the Sultan of Selangor from 1857 to 1898. During his reign, Selangor saw its only civil war, which came to be known as the Klang War.

Banting town is also famous for its rojak mee and cendol. According to locals, the best rojak mee, which is pasembur and yellow noodles with five different curries, can be found at Restoran Tawaqal. The restaurant, run by a family of Indian Muslims from India, has been at Jalan Sultan Abdul Samad since 1941. Only two cendol stalls are worth mentioning here.

 

Both can be found along Jalan Sultan Abdul Samad — one in front of the old Lido cinema, which uses the traditional method to shave the ice, and the other in front of the KFC restaurant. Istana Bandar is historical as the fifth Sultan of Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Shah, built the royal palace in 1905.

 

It was the birth place of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, the 11th Yang di-Pertuan Agong, who died in office. The palace is open daily to the public. Admission is free. Visiting hours are from 8am to 6pm. For those who want fresh fish, Kampung Endah fishing village is the spot to visit. Fishermen can be seen unloading their catch or mending broken nets here. There is a Chinese restaurant in the area and patrons can ask the restaurant to cook the fish for you.

 

Another popular tourist spot is Fazz Enterprise Kerepek House located at Kanchong Darat which offers 75 different traditional crackers and kuih. It is owned by the Mahmuddin Abas family which grows its own tapioca, banana and oil palm to make the snacks. The family also owns a small shop selling furniture made from Indonesian Jati wood.

 

Pantai Kelanang is a new tourist spot in Banting. Unlike Morib beach, which is a hive of activity, it is quite serene here. With a white sandy beach nestled behind mangrove trees, it is a place to relax and enjoy the peace and calm. To get to this beach, take the same road to Morib beach. After Tongkah, signboards have been placed to guide visitors. Banting town has suddenly captured the attention of all Malaysians and for the first time people all over the country are talking about it.

 

It did not even get so much of attention even when the Sidek brothers, who come from Kampung Olak Lempit not far from Banting town, were winning honours on the national and international front during their heyday. The town is located 32km from Klang and 20km from the KL International Airport (KLIA). 

 

The townspeople are as stunned as the rest of the nation over the brutal killing of millionaire Datuk Sosilawati Lawiya along with three others.The mood is sombre in Banting and the people were devastated, finding it difficult to believe such a ruthless crime took place in their area. Inevitably, the news of the murder and arrests had been the talking point in coffee shops, offices and schools especially over the past two days. StarMetro made a check around Banting town and found life continues to go on at a slow pace.

 

It resembles the usual set up of a small town which is mostly filled with double-storey shophouses. The visit also found that there were not many people out and about in the town which appeared rather quiet compared with normal days.The shops including restaurants and retail outlets were rather empty. The people seemed to have come to terms with the frequent appearance of police vehicles, journalists and photographers in town. Anthony Paul, 47, said Banting attracted a lot of attention from people all over the country. He said the news reports had also placed the town in a bad light.

 

Morib Beach, Banting Selangor, Malaysia

 

If the popular west coast beach resorts are a bit too crowded for you, you might find Morib, located at the southern end of the Selangor state, more appealing.


Approximately 1 1/2 hour's drive from Kuala Lumpur, it is the perfect place for some quiet, peaceful relaxation. Surrounded by whispering casuarinas and swaying palms, you can comb the beaches of Morib during low tide, searching for seashells or watch small crabs scuttle away and disappear into the sand. You can even spread out a mat and settle down to a picnic lunch beside a shady casuarina grove. For history lovers Morib is also home to a wealth of historical sites. There are the ruins of old government buildings and the royal graves at Jugra, including an abandoned palace from the 1800's. Allied Forces also landed on this stretch of beach in September 1945, marking the end of the Japanese Army's occupation of Malaya. Those who wish to spend the night can seek accommodation at nearby Hotel Sri Morib.

Getting There


Morib is accessible from Kuala Lumpur by the Federal Highway or the North Klang Valley Expressway via Klang. From Klang, proceed to Banting before reaching Morib. To reach Morib by bus, you should board a Kuala Lumpur-Banting bus from the Klang Bus Station in Kuala Lumpur. From Banting, take another bus or taxi plying the Morib route.