Klik untuk melihat gambar pekan Pelabuhan Kelang.
Pelabuhan Klang ialah sebuah bandar dan pintu masuk perkapalan utama di Malaysia. Asalnya dikenali sebagai Pelabuhan Swettenham, ia merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia. Terletak di kawasan seluas 806 hektar di daerah Klang, Selangor, pelabuhan ini merangkumi Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan. Pelabuhan Klang menawarkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang serba lengkap dan tercanggih untuk mengendalikan sebarang jenis dagangan.
Fakta Mengenai Pelabuhan Klang
-
Ia merupakan pelabuhan pemindahan ke-13 tersibuk di dunia pada tahun 2004.
-
Pelabuhan ke-26 tersibuk berdasarkan jumlah tanan kargo yang dikendalikan pada tahun 2005, dan
-
Pelabuhan ke-16 tersibuk di dunia pada tahun 2007.





