|
 |
|
Alamilah suasana penginapan
ala-business suite dengan bajet yang biasa di Apartment Suite
Sri Lavender! |
|
Sri Lavender Apartment Suites - Alternatif terbaik
kepada pilihan hotel di Putrajaya!
Adakah anda
mencari hotel di Putrajaya atau alternatif kepada bilik
hotel yang berdekatan
dengan Putrajaya? Kami
menyediakan bilik penginapan yang selesa untuk
anda yang datang untuk berurusan di kawasan-kawasan yang
berdekatan dengan suite apartment Sri Lavender di Kajang
iaitu Putrajaya, Bangi, Cyberjaya dan Kuala Lumpur. |
|
Lokasi
stategik dengan 2 minit akses ke lebuhraya Kajang SILK
menjadikan Apartment Suite Sri Lavender sesuai untuk
anda yang ingin tiba ke destinasi pekerjaan anda dalam
masa yang anda jangkakan. |
|
HAD TEMPAHAN
Apartment
ini dibuka kepada yang
muslim sahaja, sama ada pada hari bekerja ataupun hujung
minggu.
|
|
KONSEP PENGINAPAN
Penginapan di
apartment suite hotel ini adalah berkonsepkan homestay.
Dengan kemudahan bilik tidur yang selesa,
ruangan yang lain boleh digunakan tanpa perlu berkongsi
dengan orang lain walaupun anda menempah untuk 1 bilik
sahaja! |
|
 |
| Lihatlah
segala kemudahan yang disediakan untuk anda di bawah.
Alah membeli, menang memakai! Dengan yuran penginapan
yang berpatutan, apartment suite Sri Lavender adalah
nilai terbaik untuk wang anda! |
|
|
|
KEMUDAHAN KHUSUS |
-
Katil
bersaiz Queen dengan tilam berkualiti import.
-
Penghawa dingin dengan remote control.
-
Kipas siling dengan remote control.
-
Bilik air (dalam bilik tidur) yang dilengkapi dengan
alat pemanas air yang boleh dilaraskan suhunya serta
berkuasa pam.
-
Side table dan lampu tidur.
-
Almari pakaian.
-
Meja solek berlaci dan kerusi.
|
|
Bagaimana untuk membuat
tempahan? |
|
Dengan
menginap di apartment suite ini, anda dibenarkan untuk
check-in dan check-out pada masa yang dipersetujui
bersama, dan di atas budi bicara bersama. |
|
 |
|
Mengapa memilih Apartment Suite Sri Lavender... |
|
Dengan
memilih apartment suite, anda bukan sekadar mendapat
bilik yang selesa, tetapi lebih daripada itu! Selain
daripada kemudahan yang disediakan di dalam bilik tidur,
anda juga boleh menggunakan kemudahan-kemudahan lain
yang sedia ada dalam apartment suite Sri Lavender
termasuklah: |
|
|
|
KEMUDAHAN UMUM |
- Ruang
tamu yang dilengkapi dengan sofa kulit dan coffee
table.
- Televisyen LCD 32 inci.
- Ruang
dining yang dilengkapi dengan meja 6 kerusi
-
Kemudahan peti
sejuk untuk menikmati minuman sejuk.
- Dapur
yang dilengkapi dengan kitchen kabinet.
-
Kemudahan mesin
basuh separuh automatik.
-
Seterika elektrik.
-
Sejadah.
- Tuala,
sabun dan syampu disediakan.
Apartment
suite ini terletak di tingkat 12, berhadapan dengan
tasik, sebuah apartment Sri Ixora yang baru dibina dan
mempunyai pemandangan ke arah Bangi serta Kajang.
Rasailah suasana yang dingin dan mendamaikan! |
|
 |
|
BILIK TIDUR KE-2 (non-aircond).
Alhamdulillah!
Atas permintaan yang banyak terhadap penginapan 2 bilik
untuk percutian famili, katil bilik tidur ke-2 telah
dinaiktaraf pada Disember 2009! Pelanggan sebelum ini
disediakan dengan katil 2 layer - single dan kini, satu
set katil japanese style yang lebih kontemporari
disediakan di bilik ke-2 ini dengan harga sewaan yang
sama!
Nota:
Bilik tidur ke-2 ini tidak disediakan penghawa dingin
(non-aircond). Hanya kipas siling sahaja disediakan.
Turut
disediakan ialah side table, permaidani sisi, sejadah
serta hanger untuk menggantung pakaian. 2 biji bantal
serta comforter dan selimut akan disediakan pada setiap
katil queen.
Hanya untuk
Muslim Sahaja! Kami turut menerima panggilan
daripada pelanggan non-muslim. Walau bagaimanapun, kami
tidak dapat menerimanya bagi memelihara kesucian
apartment ini |
|
Nota:
Apartment suite ini hanya dibuka kepada pelanggan
Islam sahaja. |
|
 |
 |
 |
|
Ruang dining yang luas dilengkapi satu set meja makan. |
Ruang tamu yang elegan dilengkapi dengan sofa dan televisyen LCD
32 inci. |
 |
 |
|
Almari pakaian 4 pintu yang besar serta meja dan kerusi solek.
Ini adalah antara kemudahan eksklusif yang anda dapat nikmati di
apartment suite ini. |
Dekorasi dinding dengan kemasan cermin-cermin yang berbilang. |
|
 |
 |
|
Ruang dapur dilengkapi dengan peti sejuk dan kemasan jubin table
top serta rak kabinet. |
Bilik air ke-2 yang telah diubahsuai dengan kemasan jubin
dinding hingga ke bahagian siling yang menggunakan lampu
downlight. |
|
Ciri-ciri
lain suite apartment Sri Lavender |
- Ruang
berehat yang luas - berkeluasan 1045 kaki persegi
-
Balkoni yang menghadap apartment mewah Sri Ixora dan untuk pemandangan luar ke arah tasik.
-
Terdapat 2 bilik air.
- Yard
untuk menyidai pakaian jika perlu. Mesin basuh juga
disediakan.
-
Terdapat dua lif disediakan.
-
Kemudahan surau (aras ground) untuk solat fardu
berjemaah.
-
Kawalan keselamatan 24 jam.
-
Berdekatan dengan kedai-kedai makan, kedai dobi,
kedai cuci kereta, pasaraya, Seven-Eleven yang beroperasi 24 jam.
-
Berdekatan dengan surau untuk solat Jumaat (jarak
berjalan kaki sahaja).
-
Parkir
kenderaan persendirian berbumbung.
|
|
Beberapa
pemandangan sekitar apartment suite Sri Lavender adalah
seperti pada susunan foto di sebelah... |
|
Jarak perjalanan dari apartment suite ke beberapa
destinasi utama: |
- 7
minit ke pusat bandar Kajang
- 7
minit ke Bandar Baru Bangi.
- 10
minit ke Stesen Komuter Kajang.
- 15
minit ke UKM Bangi/KLIUC/UNITEN/UPM.
- 20
minit ke Putrajaya.
- 20
minit ke Sri Petaling/Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
- 25
minit ke Cyberjaya.
- 35
minit ke pusat bandar Kuala Lumpur
- 35
minit ke Puchong.
- 50
minit ke Shah Alam dan Klang.
|
|
Kedudukan
suite apartment Sri Lavender yang bersebelahan dengan
Kajang SILK membolehkan anda bergerak dengan lancar
untuk kemana-mana destinasi di atas tidak seperti
hotel-hotel dalam bandar Kajang yang dikelilingi
kesesakan jalan raya. Jika anda memilih penginapan hotel
dalam bandar, misalnya di Kajang jarak perjalanan anda untuk ke Putrajaya
dan KL melalui Kajang SILK akan lebih jauh kerana anda
terpaksa membuat pusingan U di plaza tol Bukit Balak,
Kajang SILK yang menghala ke Semenyih. Namun, jika anda
memilih Sri Lavender, jarak perjalanan akan lebih dekat
dan lancar.
Hampir
tiada kesesakan jalan raya! |
|
Dari apartment
suite Sri Lavender untuk ke UKM ataupun Putrajaya, anda
tidak akan mengalami kesesakan lalulintas.Sedikit
kesesakan berlaku di SILK highway selepas tol Sg. Ramal
Luar jika anda bertolak sekitar jam 7.30 pagi untuk ke
Putrajaya. Selepas waktu itu, lalulintas baik dan
lancar. |
|
|
|
Untuk
berurusan di Putrajaya, anda tidak mempunyai banyak
pilihan hotel yang kosnya sederhana. Hotel Marriot
Putrajaya dan Shangri-la Putrajaya terlalu mewah untuk
ditempah jika anda menginap atas perbelanjaan sendiri.
Hotel-hotel sederhana lain pula biasanya fully-booked
jika anda terlewat. Hotel-hotel budget juga tidak banyak
dan jika lambat ditempah, anda mungkin mendapat bilik
yang kurang selesa. Jika itulah masalah anda, pilihan
terbaik telah tersedia - Sri Lavender apartment suite! |
|
|
|
Aktiviti dan
suasana malam |
|
Suasana malam
di kawasan ini tidak sunyi kerana adanya kedai-kedai
yang beroperasi 24 jam yang sentiasa hidup sehingga jam
2-3 pagi! Jika anda ingin ke pusat bandar Kajang pada
waktu malam, anda mempunyai 2 pilihan laluan - melalui
seksyen 7 Bangi, ataupun melalui Sg Chua Kajang. Seksyen
7 Bangi merupakan kawasan perniagaan baru yang mula
beroperasi pada 2009. Banyak pilihan restoran di sana
dan jika anda masih tidak puas, ronda-rondalah ke Bandar
Baru Bangi ataupu Hentian Kajang. Kedua-dua destinasi
ini boleh anda tuju kurang daripada 10 minit!
|
|
|
|
Penggunaan Kad Akses untuk meletak kenderaan dan masuk
ke lift lobby |
|
Jika anda
menginap di apartment ini, anda akan diberikan kad akses
sementara. Kad akses ini diperlukan untuk anda
keluar-masuk apartment kerana lobi apartment ini
mempunyai pintu automatik yang hanya boleh dibuka
menggunakan kad akses yang sah untuk keselamatan dan
privasi semua penghuni apartment ini. |
|
|
|
Tempat-tempat menarik sekitar Apartment Suite Sri
Lavender |
- Tasik
Cempaka, Bandar Baru Bangi.
- Satay
Kajang Hj. Samuri
-
Kompleks PKNS Bangi.
Pasaraya dan Shopping Complexes |
-
Pasaraya Bintang (walking distance)
-
MyMydin Seksyen 7, Bangi (1 km)
-
Pasaraya Warta, Bangi (4 km)
-
Parkson/Metro Kajang/Mydin di Kajang (4 km).
|
Anda boleh
menginap di apartment ini untuk tujuan;
- Melancong
di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
- Menghadiri majlis konvokesyen di IPTA/IPTS sekitar
Bangi, Kajang, Cyberjaya dan Serdang.
- Urusan
pekerjaan, mesyuarat, kursus, latihan dll.
- Peristiwa dan sambutan tertentu.
|
|
Prosedur Penginapan |
-
Tempahan mesti dibuat SEHARI sebelum tarikh
penginapan.
Walk-in chek-in tidak disyorkan.
- Kunci unit apartment
akan diberikan setelah bayaran deposit RM50 dibuat.
-
Check-in selepas jam 6 petang dan checkout sebelum
jam 6 petang pada hari-hari bekerja.
-
Check-in selepas jam
2.00 ptg dan check-out sebelum jam
2.00 petang pada hujung minggu.
|
|
 |
 |
 |
|
Main
Entrance untuk ke Blok A dan B, Apartment Sri Lavender. Lot
parking anda berada di kawasan ini. |
Pemandangan di Ground Floor, Apartment Sri Lavender. Taman
permainan kanak-kanak disediakan di sini. |
 |
Peringatan: Anda dilarang membawa haiwan
peliharaan seperti kucing untuk menginap bersama anda di
apartment ini. |
|
 |
Peringatan: Anda dilarang membuat sampah dari
tingkat 12 apartment ini ke bawah menerusi balkoni. |
|
|
|
 |
Peringatan: Anda dilarang merokok di mana-mana
ruang apartment ini kecuali di balkoni atau di koridor
luar apartment. |
|
 |
Peringatan: Anda tidak dibenarkan memasak
menggunakan sebarang bahan api kecuali menggunakan
peralatan elektrik yang disediakan. |
|
|
Bagaimana untuk ke sana... |
| Melalui
lebuhraya Kajang Silk, anda exit ke kiri selepas Plaza
tol Sungai Ramal. Pada persimpangan lampu isyarat, ambil
ke kanan dan jalan terus untuk menuju ke Taman Sepakat
Indah 2. Di bawah adalah jalan masuk ke Apartment Sri
Lavender. |
 |
|
| Rajah
Google Earth di bawah menunjukkan lokasi Apartment Suite
Sri Lavender dan jaraknya dapat anda anggarkan untuk ke
beberapa destinasi utama. |
 |
|
|
Sri Lavender
adalah alternatif terbaik kepada pilihan hotel di
Putrajaya untuk anda! |
|
|
|
HARGA
SATU apartment - 1 bilik
dan SATU Malam Sahaja - 2-3 orang
RM140
(RM160
: Jumaat - Ahad)
SATU Apartment - 2 bilik
dan SATU Malam Sahaja - 4-5 orang
RM190
(RM220 :
Jumaat - Ahad)
RM250
Cuti
Kelepasan Am/Public
Holiday
Kami
tidak dapat penuhi tempahan untuk bilangan yang ramai.
Apartment ini adalah eksklusif, satu unit sahaja di Sri
Lavender Apartment, Sg. Chua, Kajang.
Tempahan
perlu dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh
penginapan. |
|
Untuk tempahan
bilik, sila hubungi:Hp: 019-676
0020 (En. Azeri) atau emel kepada
mohd_azeri@yahoo.com |
|
P11-A12-07,
Apartment Sri Lavender, Jalan Sepakat Indah 2/2, Taman Sepakat
Indah II, Sg Chua, 43000 Kajang, Selangor. |
|
Last updated:
20 Julai 2010 |
|
Home | Google|
Yahoo! |
|
  |
|
Service Apartment
Sri Ixora dibuka mulai 20 Julai 2010! Penginapan
di apartment baru pada harga permulaan! Sila
hubungi En. Endra di talian 019-316 4406 |
|
|
PETA LOKASI BILIK SUITE
APARTMENT SRI LAVENDER |
|
 |
|
|
|
KOMEN DAN
CATATAN PENGUNJUNG |
|
Kajian kepuasan
pelanggan secara rawak telah dibuat keatas para
tetamu yang menginap di Sri Lavender Apartment
Suites sepanjang bulan April 2010. Berikut
adalah beberapa komen dan catatan daripada
mereka. Hasil tinjauan membuktikan 100% tetamu
berpuashati dengan penginapan yang disediakan. |
"Saya rasa selesa menginap di apartment ini.
InsyaAllah maybe next time boleh jumpa lagi
jika saya stay di Lavender lagi. Tq dan
semoga berjaya dalam bisness."
Nuurhafiza
Johor. (013-843 9545)
12-13 April
2010.
|
"Saya rasa selesa dan akan datang lagi ke
sini, Insya Allah pada hujung tahun ni"
En. Said & Pn
Syarifah, Terengganu (013-375 9235)
30 April 2010
|
"Saya memilih apartment Lavender sebab
harganya berpatutan dan masa check-in dan
check-outnya fleksibel".
En. Fendi,
Penang. (012-375 4468)
14-15 April
2010.
|
"Thanks for the nice hospitality and
service. May come again..."
En. Rashidi &
Family, Kedah (017-682 8133)
24 March 2010
|
|
TERIMA KASIH DIATAS MAKLUMBALAS YANG DIBERIKAN.
|
|
|